Artikel dan gambar oleh HILDY ALBERT
TELUPID: Peluang untuk melanjutkan
pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) pastinya impian bagi setiap
orang. Keadaan ini ditambah lagi dengan
perubahan suasana pendidikan pada hari ini yang memperkenalkan konsep ‘Pendemokrasian
Pendidikan’ di mana setiap orang berhak dan berpeluang untuk belajar di
peringkat tertinggi di negara kita.
Namun ini bukan bermakna hidup di kampus itu semuanya indah dan mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang timbul yang mungkin boleh menggagalkan keseluruhan pengajian ataupun mungkin mengubah hidup seseorang pelajar itu buat selama-lamanya.

Atas kesedaran ini, maka satu program yang dikenali sebagai KITA (Keep In
Touch Always) telah diadakan di Gereja Katolik Santo Martin Telupid 18 April
2015. Antara tujuan program ini adalah untuk memberi persediaan awal kepada para pelajar yang bakal
melanjutkan pengjian ke IPT. Program ini telah diadakan selama sehari dan telah
dihadiri oleh 15 orang peserta.
Program dimulakan dengan sesi pertama yang bertajuk “Realiti Hidup di
Kampus” disampaikan oleh sdra Hildy Albert yang juga merupakan koordinator
Kerasulan Belia Paroki Telupid. Dalam sesi ini para peserta didedahkan dengan 4
tahap penyesuaian di Universiti yang perlu dilalui oleh pelajar semasa
memulakan pengajian iaitu penyesuian akademik, penyesuaian sosial, penyesuian
peribadi-emosi (psikologi dan fizikal) serta komiten kepada matlamat.
6 minggu pertama berada di kampus merupakan satu tempo kritikal dalam menentukan pengekalan (retention) pelajar di universiti. Seterusnya Hildy juga turut mengongsikan cabaran-cabaran yang ada di kampus terutama sekali cabaran iman yang sentiasa dihadapi oleh pelajar-pelajar yang beragama Kristian di kampus. Dan satu-satunya senjata utama untuk menghadapi cabaran ini adalah dengan iman Katolik yang teguh. Beliau telah memberikan beberapa contoh yang telah berlaku, dan menyeru kepada peserta agar bersedia berdepan dengan keadaan sedemikian.

Peserta yang hadir
Sesi kedua, “Menghidupi Iman Katolik Saya” disampaikan oleh sdra Javy James. Peserta telah didedahkan mengenai apa itu iman Katolik dan bagaimana mereka boleh menghidupi iman terutama sekali dalam keadaan-keadaan yang
sukar. Para peserta telah diberikan aktiviti yang berkaitan
dengan iman dan keluarga untuk dibengkelkan. Di akhir sesi Javy mengongsikan
tentang bagaimana untuk menghidupi iman Katolik di Malaysia. Antaranya adalah
dengan mengenali dan mengikuti Kristus secara mendalam, mendalami pengetahuan
tentang Gereja Katolik dan komited dalam hidup berdoa.
Javy James menyampaikan sesi "Menghidupi iman Katolik
saya"
Sesi ketiga, “Hak dan tanggungjawab” telah disampaikan oleh sdra Sloane Styne Joseph, seorang pelajar tahun dua di universiti. Sdra Sloane telah menerangkan secara terperinci akan hak semua rakyat Malaysia
yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan terutama sekali dalam artikel
10, 11 dan 12. Iaitu hak untuk bersuara, hak untuk kebebasan beragama dan hak
untuk pendidikan agama. Di akhir sesi
ini para peserta diingatkan untuk tidak takut atau tunduk dengan sebarang
pencabulan hak sebagai seorang Krsitian ketika berada di kampus nanti. Beliau
juga menekankan kepada semua peserta agar menghormati sesama dan meraihkan
perbezaan yang ada.
Sloane, seorang penuntut universiti, menyampaikan sesi ketiga
dan keempat.
Hildy menyampaikan cenderahati kepada Sloane
Sesi keempat yang juga disampaikan oleh sdra Sloane, “Melangkah Ke
Hadapan.” Dalam sesi ini Sloane telah mengongsikan beberapa tips tentang
bagaimana untuk memilih kursus di IPT dan juga bagaimana memilih IPT swasta
serta mendapatkan bantuan kewangan secara umum. Dan apa yang paling penting
menurut Sloane, selepas mendapat tahu kursus dan lokasi pengajian, pelajar perlu
tahu paroki atau gereja Katolik yang terdekat dengan kampus pilihan mereka.
Dalam respon yang diberikan oleh para peserta, rata-rata daripada mereka
mengakui bahawa banyak input baru dan berguna yang mereka perolehi, sebagai
persediaan sebelum melanjutkan pengajian. Program ini selesai pada jam 5.00 petang.
No comments:
Post a Comment