SANDAKAN : Seramai 15 orang belia terpilih menjadi fasilitator bagi program YouthPREPLink (YPL) siri kelima peringkat Keuskupan Sandakan. Mereka ini telah menghadiri latihan untuk menjadi seorang fasilitator bertempat di Pejabat Belia Keuskupan Sandakan pada 6 -7 April 2015. Aktiviti ini bertujuan untuk mempersiapkan diri para fasilitator bagi program YPL yang akan diadakan pada 26 April sehingga 10 Mei.
Sesi yang telah dikongsikan kepada para fasilitator ialah ‘APA ITU FASILITASI?’ yang telah disampaikan oleh Sr. Maria Dipal dan sesi seterusnya telah dilongsikan kepada para fasilitator adalah ‘ENGLISH CONVERSATION LESSON’ yang disampaikan oleh saudari Evelyn Doikin wakil daripada Youth Prep Centre, Kota Kinabalu. Program ini telah memberi impak yang berkesan kepada setiap fasilitator YPL.

Antara sesi yang disampaikan oleh Sr. Maria Dipal rgs adalah 'My Relationship Map'. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana hubungan komunikasi antara fasilitator dalam tim. Selain itu, Sr. Maria juga menekankan tentang “Mannerism” iaitu pergerakan yang tidak perlu bagi seorang fasilitator apabila menyampaikan mesej kepada peserta. Penyampaian mesej perlu jelas dan sampai kepada pendengar. Disini, para fasilitator dapat memperbaiki cara penyampaian mereka dengan lebih efektif. Sr.Maria menjelaskan bahawa seorang fasilitator juga menggambarkan keperibadian sebagai seorang petugas yang membantu dalam menjayakan sesebuah program.
Pada 7 April, saudari Evelyn telah menyampaikan sesi “English Conversation Lesson” kepada para fasilitator. Sesi ini bertujuan untuk mempraktikkan cara menyampaikan English Lesson ini kepada para peserta program YPL. Dalam sesi ini, saudari Evelyn menekankan fasilitator perlu mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menyampaikan English Lesson ini serta menyampaikannya dengan penuh kegembiraan.
“If there is no change in behaviour, no real learning has take place” - Sr. Maria Dipal rgs
No comments:
Post a Comment