Nama saya Katarina Lamamere berasal dari Flores, Indonesia. Sebelum ini saya beragama lain. Setelah berkahwin dengan seorang Katolik maka saya terpanggil untuk menjadi umat Katolik, sehaluan dengan suami saya.
Saya berdaftar mengikuti pertemuan Kelas IKD sejak pertengahan tahun 2014. Melalui proses IKD hampir setahun saya
telah banyak belajar terutama hal-hal mengenai kerohanian. Iman yang baru, cara Katolik telah mengubah sikap-sikap saya yang kurang baik kepada yang lebih menyenangkan. Kini, saya kurang marah, banyak bersabar dan lebih bertoleransi sesama ahli keluarga juga teman-teman.
Selain dari dorongan suami saya, teman-teman juga banyak membantu sepanjang masa saya berada dalam proses IKD. Dengan menghadiri pertemuan-pertemuan IKD saya akhirnya mengenali dan mengerti cara hidup Katolik. Teks-teks dalam Alkitab yang sentiasa dikongsi bersama, para pembimbing juga katekumen sungguh-sungguh bermakna dalam kehidupan saya kerana ia telah menerangi jalan hidup saya seharian.
Saya masih dalam perjalanan untuk lebih mengenali siapakah Yesus
walaupun saya mengimani Dia sebagai Juruselamat bagi saya.
Selepas mengikuti kelas IKD saya berani mengatakan bahawa saya tidak
ada keraguan untuk mengimani Yesus. Saya sungguh-sungguh bersyukur sebab
saya merasa telah ada perubahan dalam hidup saya. Semoga saya akan menghidupi Injil Yesus.
Selepas dibaptis nanti saya akan menyertai komiti warden agar
selalu dekat dengan Tuhan. Saya akan kongsi rasa sukacita saya setelah bertemu Yesus melalui IKD dengan sesiapa sahaja agar mereka juga tertarik mahu menjadi umat Katolik.
No comments:
Post a Comment