Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Wednesday, March 28, 2018

PROGRAM MEMPERKASAKAN WANITA ~ REKOLEKSI PRA-PASKA

BRENDA DE GUZMAN, ofs


Sandakan: Pada 16hb dan 17hb Mac 2018 lalu, Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan (KWKKS) telah mengadakan Rekoleksi Musim Pra-paska 2018 iaitu satu program untuk memperkasakan para wanita.  Rekoleksi ini diadakan di Dewan Persidangan Keuskupan Sandakan dengan dihadiri seramai lebih kurang 145 peserta wanita Katolik yang datang dari Paroki Katedral St. Mary Sandakan, Paroki Holy Trinity Tawau, Paroki St. Dominic Lahad Datu, Paroki St. Martin Telupid, Paroki Our Lady of Fatima, Beluran dan juga Misi Paitan. Tiga Religius  Sister (FSIC)  turut menyertai. Fasilitator adalah Sr. Maria Dipal, RGS (Sister Gembala Baik) dan turut hadir, Rev. Fr. Christopher Ireneus selaku Pembimbing Rohani kepada KWKKS.
Pendaftaran bermula pada jam 4:00 petang dan diikuti dengan Jalan Salib yang diadakan di Katedral St. Mary. Puan Cecelia D’Souza selaku Ketua Penyelaras KWKKS mengalu-alukan kehadiran para wanita dengan harapan semua dapat diperkasakan lagi sebagai seorang wanita dengan menimba ilmu melalui program ini.  Beliau juga berharap agar setiap yang hadir dapat mengalami perubahan, untuk lebih memahami hati sendiri dan memperteguhkan iman jauh lebih dalam lagi dengan semangat baru dan menjalani kehidupan dengan cara baru untuk melayani Tuhan serta sesama.
Rev. Fr. Christopher dalam ucapannya, menyeru para wanita di keuskupan ini untuk berjalan bersama bagi memperkasakan pelayanan kerasulan wanita Katolik di gereja dan lebih utama lagi mereka haruslah bijaksana ketika melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga bermula dari keluarga masing-masing. Fr. Christopher menegaskan bahawa pelayanan kerasulan wanita Katolik tidak semestinya hanya berfokus pada gereja. "Keluarga itu adalah Gereja (gereja kecil), di mana pelayanan wanita-wanita sebagai isteri, ibu, kakak sangat penting dan amat besar tanggungjawabnya", katanya.

Beliau juga mengingatkan agar setiap yang hadir untuk merenungkan dalam diri masing-masing mengenai apakah yang mereka mahu dapatkan dan harapkan daripada program tersebut. Rev. Fr. mengatakan bahawa sebagai salah satu cara memproses apa yang telah mereka lalui dalam program itu, beliau ingin melihat bersama mereka hasilnya nanti secara realiti, sama ada apa yang mereka harapkan itu dapat perolehi untuk dipraktikkan atau diubah dan digunapakai dalam pelayanan mereka. Dengan itu, beliau berharap agar wanita-wanita ini benar-benar dapat diperkasakan dalam pelayanan di gereja dan sekaligus terhadap pelaksanaan tanggungjawab kepada keluarga juga.
Program memperkasakan wanita ini adalah satu inisiatif KWKS yang mahu membantu wanita-wanita di keuskupan untuk bertumbuh dan melayani sesama dengan cintakasih sesuai dengan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan. 
Dalam sesi pertama, Sr. Maria mengajak para peserta untuk menyiapkan diri dan merenungkan beberapa persoalan:- 1) Dimanakah engkau? 2) Mengapa anda di sini? 3) Apa yang anda cari? 4) Apakah yang anda minta/harapkan?  Beliau memetik firman Tuhan, ‘Segala sesuatu ada waktunya’ (Pengkotbah 3:1).  Mengimbas kembali peristiwa Kejadian, di mana Tuhan menciptakan dunia ini dan segala isinya sesuai dengan waktunya dan semua baik dan indah.
Sesi kedua adalah mengenai Perjalanan Batin di mana para peserta diminta untuk mendengarkan dengan lebih dekat dan teliti akan hikmat kebijaksanaan setiap musim kehidupan dengan menggunakan refleksi, doa dan meditasi. Musim kehidupan merangkumi kitaran hidup yang membawa pertumbuhan, pengalaman dari segi spiritual dan menyedari kehadiran Tuhan di dalam diri.
Sesi ketiga membawa semua wanita Memahami Krisis Kehidupan Manusia yang mempunyai 4 Peringkat Perkembangan iaitu Fizikal, Kognitif/Pemikiran, Sosial/Personaliti dan Teori. Dalam sesi ini, Sr. Maria membicarakan krisis-krisis kehidupan wanita. Para wanita memerlukan satu semangat yang utuh, mentaliti yang bijaksana dan kematangan sikap di mana semua ini dapat diperoleh apabila mereka percaya, bertumbuh, berbuah dalam Yesus Kristus.  
Memasuki sesi keempat iaitu Bangkit dari Kegelapan di Hati dan Memilih Terang Hidup.  Dalam sesi ini menerangkan tentang seseorang akan mula pulih di saat mereka didengari dan sangat penting untuk mendengar luahan seseorang yang menghadapi krisis.  Bina perhubungan yang mesra dan selesa untuk menyelesaikan krisis. 
Sesi kelima ialah tentang Mewujudkan Ruang Kudus.  Untuk membina sistem sokongan, Kerasulan Wanita Katolik haruslah mewujudkan ruang kudus dalam persahabatan dan hidup berkomuniti.  Program ini merupakan program belajar bersama, berkongsi kebijaksanaan, mencari dan mendalami makna dan erti, memberi dan menerima sokongan serta memupuk proses transformasi (perubahan).
Di dalam sesi terakhir, para wanita diajak untuk ‘Menjadi pembawa damai.’  Setiap wanita yang hadir diminta untuk menyedari dan mengakui bahawa semua peribadi diri tidaklah sempurna tetapi mempunyai semangat untuk bangkit dan bertumbuh semula.
Program memperkasakan wanita ini berakhir dengan semangat baru dan diharapkan dapat dikongsikan bersama dengan para wanita di paroki masing-masing.  Dengan iringan doa dari Rev. Fr. Christopher Ireneus sebagai penutup tirai program ini, semua wanita yang hadir membawa harapan untuk bertumbuh dan berbuah dalam Kristus.

Monday, March 19, 2018

"Berbahagialah orang yang murah hatinya, karena mereka akan beroleh kemurahan" (Mat 5:7)


Disediakan oleh Steffi Paul Leo

Sandakan: Seramai 19 orang ahli KKD Maria Ratu Rosari telah membuat lawatan mesra ke Rumah Warga Tua Sri Harapan dan Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Cheshire Home) bertempat di Batu 5, Jalan Sibuga pada 10 Mac 2018.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Connie Joseph. Lawatan ini bertujuan untuk membuka hati para ahli KKD tentang kehidupan golongan tua dan istimewa.
Lawatan bermula seawal jam 1.30 petang di Rumah Warga Tua Sri Harapan. Dalam lawatan itu, En. Edin salah seorang kakitangan di tempat tersebut telah menerangkan serba sedikit tentang tugasan harian yang mereka lakukan kepada penghuni rumah amal tersebut. Beliau juga menambah bahawa mereka akan lebih mengambil berat kepada golongan lebih sensitif.
Ah Fong, salah seorang penghuni di Rumah Amal
Lawatan dilanjutkan ke Rumah Amal Sabah pada pukul 3 petang. Para ahli KKD berpeluang untuk beramah mesra, berhibur dan menangkap gambar bersama-sama golongan istimewa. Selain itu, para ahli telah memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada rumah amal tersebut. Lawatan berakhir pada jam 4 petang.

Thursday, March 15, 2018

24 HOURS FOR THE LORD 2018

Reported by: DaliusLL
Photos by: Lovink and Team

“Above all, I urge the members of the Church to take up the Lenten journey with enthusiasm, sustained by almsgiving, fasting and prayer. If, at times, the flame of charity seems to die in our own hearts, know that this is never the case in the heart of God! He constantly gives us a chance to begin loving anew.
One such moment of grace will be, again this year, the “24 Hours for the Lord” initiative, which invites the entire Church community to celebrate the Sacrament of Reconciliation in the context of Eucharistic adoration. In 2018, inspired by the words of Psalm 130:4, “With you is forgiveness,” this will take place from Friday, 9 March to Saturday, 10 March. In each diocese, at least one church will remain open for twenty-four consecutive hours, offering an opportunity for both Eucharistic adoration and sacramental confession.”(Pope Francis, 2018 Lenten Message)
For a third straight year, “24 Hours for the Lord” is a worldwide initiative called for by Pope Francis to invite the entire church community to pray for a Worldwide Peace through Eucharistic Adoration and the Sacrament of Reconciliation. St. Mary's Cathedral being the mother church of Sandakan Diocese responded to the Pontiff's call to open its door 24 hours for the common intention.
For St. Mary's Cathedral, the prayer commenced right after the Station of the Cross, marked by the Eucharistic celebration at 6.00 pm on Friday, 9th March, and concluded the next day at 6.00 pm, Saturday, 10th March with Sunset Mass.
In the Opening Mass on Friday, His Lordship Bishop Julius Dusin Gitom shared that it is the Holy Father’s wish that in every part of the world, the merciful, forgiving presence of Jesus be manifested during this 24-hour period through Eucharistic Adoration and Sacrament of Penance. He also emphasized the importance of peace that should start from our hearts, within the family, as well as to pray for peace in our country and throughout the world. With that, he ended his homily where peace means we pray towards one another, particularly we pray for conversion around the world.
The Parish Liturgical Committee has assigned a schedule to the various ministries, communities and groupings in the parish to take turns on an hourly basis to lead the prayer and was well attended for a 24-hour event in the Cathedral.

Monday, March 12, 2018

四旬期反省


(山打根訊) SUNNY鍾神父主講的四旬期反省于223日,晚上8時,聖瑪莉主教座堂舉行,約60位教友參與。

教會要我們做的三件事:祈禱、守齋、做善事,要持之有恆。我們的信仰也是一樣。信仰不會一蹴而就,必須像樹苗一樣慢慢地成長,才會茁壯成為一棵大樹。
天主讓以色列人在曠野40天進入福地,天主應允他們的地方,在這當中,魔鬼試探耶穌。在這40天,我們要預備耶穌的復活、我們自己的復活以及心靈的革新。瑪竇福音十三章提到“撒種的比喻”:

1) 種子需要好環境來成長,肥沃的泥土,陽光的光照,充足的水份;信仰也是一樣,需要家人、環境給予心靈上的成長,不管外在或內在都一樣。

2) 種子不能揠苗助長,不能強迫它快速成長。信德的成長也一樣,如果我們願意,讓主來帶領我們,幫助我們心靈成長是最好的方法。要有恆心,要接近天主,讓祂來幫助我們。

3) 每一棵種子都有它自己成長的方式和階段,有的長得快,有的長得慢;有的長得好,有的長得不好。我們也和種子一樣,不能做比較。重要的是:以自己的方式在成長。最后,我們的焦點仍是在耶穌身上。我們每一個旅程都不一樣,耶穌是我們應專注的焦點。

4) 在我們成長的過程中吸收什么最重要。我們不只是相信,而是要去尋求。尋求讓我們更了解自己與天主的關係,我們的成長不是為成長而成長,而是要成長至可以引導/帶領別人的人。就像樹一樣,可以吸引鳥兒、昆蟲圍繞在它的身邊。當我們成長至成熟,會成為別人的引導者、帶領者。

5) 我們成長之后,不是停留在某處,而是要傳給其他的人。如果我們不認識天主,與祂沒有更親密的關係,就無法把耶穌帶給別人,我們要把體驗傳給別人,讓其他人知道、認識天主。

種子種下、成長,並不是只是要長大而已,而是為了一個更大的使命,就是讓生命繼續繁衍下去。種子種下以后如果沒有成長,就僅僅是一棵種子;樹如果沒有結果,也僅僅是一棵樹,沒有繁衍。我們的信仰也和種子一樣,有更大的目的。

樹木的成長是為了結更多的種子長出更多的樹,人生的目的也是一樣。要把我們認識的主,也讓別人認識。我們聽了主的好消息以后,要把好消息帶給別人;我們最終的目的不僅僅是成為一位天主教徒,而是要把天主的好消息帶給別人。我們無須憂慮自己不是一棵好樹,而是要繼續地學習及尋求天主,繼續地成長;把天主的好消息傳揚出去,我們就是“好的樹”。

四旬期是我們的信仰旅程中的一部份,期間要做一些犧牲,如守齋、祈禱、做善事;這些都是過程。這些犧牲不是只有這40天,而是終其一生都要去做。如同樹一樣,沒有養份就不會成長,最終就會死去。我們的養份來自我們所做的這一些好事及與天主親密的關係,這些養份可以讓我們好好地成長,讓天主的好消息可以傳出去。

文:廖琳琳
图:黄士南







"JANGAN TAKUT, ALLAH BERKENAN KEPADAMU" - YOUTH LEADERS'CAMP 6 Hari Ke Lima (Terakhir)

SAYA TIDAK TAKUT, KERANA YESUS BERKENAN KEPADA KU!
Hari ke - 5 Youth Leaders' Camp (YLC) 6 bertemakan 'Jangan Takut, Allah Berkenan Kepadamu', menyaksikan 148 peserta di seluruh Keuskupan di utus. Hari ke - 5 ini telah dimulakan dengan doa pagi dalam bentuk doa Rosari yang dipimpin oleh tim Para Liturgi diikuti dengan sarapan pagi. Sejurus selepas itu, para peserta dibawa dalam satu sesi integrasi iaitu mengintegrasi semua pengalaman dari hari pertama sehingga hari ke-4 dan bagaimana pengalaman itu membantu dan membentuk keperibadian masing - masing. Pada masa yang sama, peserta juga dipersiapkan agar mereka akan lebih bersedia semasa pengutusan nanti.

Kad Doa Pengutusan YLC 6 diberikan kepada setiap peserta 
Misa pengutusan yang diselebrankan oleh Msgr. Nicholas Ong, dalam homilinya berharap agar para belia terutama sekali yang mengikuti YLC ini untuk lebih berani dan tidak takut untuk menjadi saksi Kristus. "Siapa lagi kalau bukan kau!" seru Msgr. Nicholas Ong kepada para peserta YLC 6. Beliau juga mengongsikan betapa pentingnya untuk mempercayai bahawa Tuhan adalah yang berkuasa dan penyelamatan hidup. Maka oleh itu belia harus terus menyebarkan khabar gembira ini. 

Sebelum pemberkatan terakhir, 148 peserta YLC 6 dijemput ke hadapan altar untuk doa pengutusan, selepas menyatakan doa pengutusan, mereka berhadapan dengan umat untuk memohon berkat dan doa tanda sokongan dengan diiringi lagu "Ku serahkanku". Para peserta merasa terharu dan rasa disokong oleh umat gereja. Ini telah mengesahkan bahawa panggilan untuk melayani tu adalah untuk mereka. 

"…You have a special place in my heart and in the whole Church, because the Church is always young! The Church trusts you. She counts on you! Be young in the Church! Be young with the Church! The Church needs your enthusiasm and your creativity! Youth is the time when we aspire to great ideals, when we study and train for our future work…"
 ~ Mesej Bapa Suci Benedict ke 16 kepada para Belia di Lebanon pada September 2012 ~

Msgr. Nisholas Ong, menerima persembahan dari para belia
Peserta YLC 6 diberkat dihadapan Altar
Peserta berhadapan dengan umat untuk mohon doa, berkat dan sokongan diiringi dengan lagu
'Ku serahkanku'
Gambar kenangan bersama - sama dengan Msgr. Nicholas Ong
Selepas misa, peserta sekali lagi dikumpulkan untuk sesi 'what's next?'. Namun sebelum itu mereka telah bahagikan kepada kumpulan untuk memperkongsikan pengalaman yang mereka perolehi semasa pengutusan. Ada yang pertama kali diutus, ada yang pertama kali didoakan oleh umat dan ada yang rasa diperbaharui. 

Antara belia yang tampil ke hadapan untuk berkongsi
Selesai dengan perkongsian, para belia dikumpulkan mengikut paroki / Misi Paitan untuk membincang satu perkara konkrit yang akan mereka lakukan sebagai belia paroki atau sebagai Kerasulan Belia Paroki / Kerasulan Belia Katolik kembalinya mereka dari YLC 6. Berikut adalah hasil perbincangan:
  1. Telupid: Mereka akan mengongsikan pengalaman YLC 6 dalam bentuk tulisan untuk dikongsikan dalam buletin agar umat setempat di Paroki Telupid dapat menegtahui apa yang dialami dan diperolehi oleh belia - belia yang mengikuti YLC 6.
  2. Lahad Datu: Mereka akan menjangkau dan membina hubungan persahabatan dengan para belia luar stasi.
  3. Tawau: Mereka akan '"membaik pulih" hubungan antara sesama tim Kerasulan Belia Paroki 
  4. Beluran: Membentuk Tim Kerasulan Belia Paroki Beluran yang lengkap.
  5. Sandakan: Membentuk Tim Kerasulan Belia Paroki Sandakan yang baru.
  6. Misi Paitan: Membentuk Kerasulan Belia Katolik.

Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu

Kerasulan Belia Paroki Our Lady of Fatima, Beluran

Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau

Kerasulan Belia Katolik Misi Paitan

Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan
Kerasulan Belia Paroki St Martin, Telupid
Youth Leaders' Camp 6 2018 diakhiri dengan doa dan lagu 'Syukur'. Mereka juga diberikan satu tugas untuk memberikan kata - kata peneguhan (affirmation) kepada rakan - rakan YLC 6 dalam 'You are and Amazing Person Because...' 

You are an Amazing Person because...
Para peserta bersama dengan kata - kata peneguhan masing - masing
Hidangan 'Nasi Lalap' untuk makan tengahari
Semoga, YLC 6 tahun ini memberikan pengalaman dan pembelajaran baru kepada para peserta. Diharapkan juga semoga hubungan antara sesama mereka diperteguhkan terutama sekali pelayanan sebagai belia di paroki masing - masing dan semoga, peserta ini akan mengikuti program Youth Leaders' Camp ke 7 2019.

Para Seminarian: Dari atas kiri: Sem. Steven Esquerra, Bawah Kiri: Sem. Arthur John, Atas kanan: Sem. Dafrin Diwol, Bawah Kanan: Sem Jayce Mujis (Baju Oren), Walter Milter (Sukarelawan), Tengah - tengah: Sem. Edward Yahan

Tim Penganjur Youth Leaders' Camp 6 2018
Dengan ini, pihak penganjur ingin merakamkan ucapan terima kasih pertama - tama sekali kepada Bapa Uskup Julius Dusin Gitom diatas kepercayaan yang diberikan untuk menganjurkan program ini. 

Kepada Msgr. Nicholas Ong, Paderi Paroki Holy Trinity, Tawau, Rev. Fr. Sunny Chung, Pembantu Paderi Paroki, Para Sisters, Kerasulan Belia Paroki Tawau dan umat diatas sokongan terutama sekali sumbangan yang telah diberikan dari segi kewangan dan bahan mentah. 

Kepada Rev. Fr. David Garaman, selaku penasihat Rohani DYA dan Sr. Lilian Unsoh diatas nasihat dan tunjuk ajar dalam persiapan YLC 6.

Kepada para seminarian yang telah menyertai dan membantu dalam program dan semua paroki yang juga telah menyumbangkan kewangan, bahan - bahan mentah untuk makan - minum sepanjang YLC 6 dan doa, terima kasih diucapkan. 

Kepada SOCCOM Paroki Tawau, Ibu - ibu dari Kerasulan Wanita Katolik yang telah memasak untuk 5 hari program, para sukarelawan dan semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program YLC kali ke 6 ini, terima kasih diatas segala - galanya. Semoga Tuhan memberkati dan menyertai kita terutama sekali dalam sama - sama membangunkan para belia di Keuskupan Sandakan.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent