Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Saturday, August 25, 2018

34TH ANNIVERSARY STAR OF YAHWEH COVENANT COMMUNITY (SYCC) SANDAKAN

Reported by;
Susanna Cordova

Sandakan Parish; Saturday, 18.08.2018 was a very significant day for SYCC (Star of Yahweh Covenant Community) as they were celebrating their 34th anniversary in a simple way but meaningful to everyone’s hearts. A thanksgiving mass was celebrated by our Lordship Rev. Julius Dusin Gitom during the sunset mass and thereafter a thanksgiving dinner at one of the restaurants in Sandakan with some invited guests; the religious sisters, parish priest Rev. Fr. David Garaman, Rev. Fr. Stanley, Pilis Malim chairman of Parish Pastoral Committee as well as SYCC friends.
Bro. Michael Lee, ex-presiding elder giving his speech
The community members had grown maturity as one of the communities in the parish as they strengthen their faith formation during their general community meeting every Friday, at 8.00 pm at the parish hall. Besides, they also help out in every activity in the parish such as in the church choir, MRSM, Sekolah Seni and Momfort boys monthly fellowship, Single Adult fellowship, Life in the Spirit Seminar etc. 
The new presiding elder, Bro. Philip Mosinoh
This 34th anniversary was very significant, as Bro. Philip Mosinoh accepting the call from the Lord to be the next Presiding Elder of SYCC, after Bro. Michael Lee had to pass the baton to him since it is a high time to give a way to the other elder to shepherd the community. Yet, Bro. Michael Lee will still be one of the elders in the community.
Cake cutting ceremony of the 34th SYCC anniversary by the SYCC elders.
Bro. Michael Lee handing over the task to the newly presiding elder, Bro. Philip Mosinoh
During his speech, Bro. Michael Lee shared about the living lifestyle of SYCC for the past 34th anniversary that has been united to serve the Lord and love one another as brothers and sisters. Indeed, a great commitment to the Lord as His people, though the challenges and difficulties that demand conversion, sacrifice and building relationship as the members come from different walks of life, different background, races, age, profession as well as the culture. He also added, fellowship and sharing are essential to strengthen the bond as Jesus gathers the community as one body. He encouraged the community to recommit each one another as the people of the Lord which is easier to work as a team in different ministry.
Rev. Fr. David witnessed of the signing ceremony for the new presiding elder.
Rev. Fr. David prayed and blessed the newly presiding elder, Bro. Philip Mosinoh
Besides, this community’s life should be living through righteous and holiness. He also emphasized that living in the community is also to help and serve other communities in the parish by the guidance of the Holy Spirit, particularly helping the church. He extended his profound gratitude to the elders and members of the community who had rendered assistance and supported him during his service as a presiding elder throughout the years. Towards the end of his speech he announced the next Presiding Elder of SYCC, Bro. Philip Mosinoh while Bro. Michael Tivit would be officially one of the elders in SYCC. Rev. Fr. David witnessed during the signing of Bro. Philip as the Presiding elder and laid hands upon him for blessing.
Bishop Julius presented the lucky draw winner during the celebration.

Tuesday, August 14, 2018

KONSERT PUJIAN 2.0

Laporan disediakan oleh SOCCOM Telupid
Suasana Dewan St Martin, Telupid 
Telupid, 27 Julai 2018 – Selepas dua tahun penganjuran Konsert Malam Pujian, sekali lagi Kerasulan Belia Paroki Santo Martin Telupid dengan kerjasama Telupid Event Management, menganjurkan konsert malam pujian 2.0 yang dihadiri oleh Rev Fr Jasery G. Emmanuel dan Rev. Fr. Stanley W. Matakim, Kumpulan Infinite Worship, ibu bapa dan kira-kira 300 orang belia yang datang daripada luar dan dalam Paroki Santo Martin Telupid serta para belia daripada gereja denominasi lain sebagai tanda solidariti.


Saudari Fetwinda Sipaan - Kordinator Kerasulan Belia Paroki Telupid merangkap Pengerusi Penganjur Konsert Pujian 2.0 


Rev. Fr. Stanley William Matakim - Pembantu Rektor Paroki Telupid
Konsert Malam Pujian 2.0 dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi penganjur iaitu saudari Fettwinda Sipaan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dari awal persiapan malam pujian sehingga pada hari konsert berlangsung. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan dan sumbangan dalam menjayakan Konsert Malam Pujian 2.0 ini. Dalam ucapan beliau, Fettwinda turut menyeru kepada semua untuk terus memberikan bimbingan dan sokongan kepada para belia di dalam pelayanan mereka kerana belia merupakan bakal pemimpin pada masa hadapan. Tenaga, semangat serta kreativiti para belia perlu digilap agar lebih berbuah dan menggunakan bakat-bakat tersebut dalam pelayanan. Sejurus selepas itu, ucapan tahniah daripada daripada Rev. Fr. Stanley W. Matakim kepada semua yang terlibat dalam penganjuran konsert malam pujian 2.0. Fr. Stanley juga menyeru kepada semua untuk memberikan sokongan kepada aktiviti-aktiviti belia dalam pelayanan. Fr. Stanley mengakhiri ucapannya dengan memimpin doa pembukaan.

Suasan Konsert Pujian 2.0 di dalam dewan St Martin, Telupid
Para belia yang penuh dengan bakat dalam muzik dan nyanyian membawa belia dalam lagu puji - pujian
Kumpulan Infinite Worship turut serta dalam Konsert Pujian 2.0
Konsert dimulakan dengan First Wave dimana para belia yang memimpin pujian membawa semua yang hadir memuji dengan lima buah lagu yang pertama. selepas itu, penampilan khas dan tanda sokongan daripada rakan belia dari band Infinite Worship memeriahkan lagi suasana dengan sambutan yang penuh sukacita. Second Wave dimulakan selepas sahaja persembahan daripada kumpulan Infinite Worship yang sanggup datang dari Kuala Penyu. Tujuh buah lagu dipersembahan sebelum Konsert Malam Pujian 2.0 berakhir.

Sepanjang berlangsungnya Konsert Malam Pujian 2.0, para belia mahupun para ibu bapa yang hadir memberikan penglibatan yang aktif dengan bersama-sama memuji dan memuliakan Tuhan dengan cara yang tersendiri. Perkara ini secara tidak langsung telah mencapai objektif utama penganjuran Konsert Malam Pujian 2.0 iaitu, membawa dan mengajak para belia untuk terus aktif dalam panggilan pelayanan, mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan para belia, menggilap bakat-bakat para belia serta menarik tumpuan para pemimpin pada masa kini untuk terus memberikan peluang dan bimbingan kepada para belia untuk terus berkembang dalam pelayanan.
 
Para belia yang hadir turut bersama membawa lagu pujian dan penyembahan

Para belia menari bersama memuji Tuhan
Objektif penganjuran juga tercapai melalui penglibatan para belia dalam aktiviti busking oleh band De’Trips yang dilakukan sebelum konsert bermula. Aktiviti ini banyak menarik belia dan mengetengahkan bakat mereka dalam bermain alat muzik dan menyanyi. Konsep mari bersama-sama bersukacita dalamNya diterapkan dengan menjemput para belia yang ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam panggilan pelayanan mereka.  

Rev. Fr. Jasery Gabuk - Rektor Paroki Telupid
            Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel, turut mengongsikan kegermbiraannya melihat para anak-anak muda dalam pelayanan dan berharap, penganjuran aktiviti mahupun program ini pada masa akan datang dapat diteruskan. Konsert Malam Pujian 2.0 diberkati dengan doa penutup yang dipimpin oleh Rev. Fr. Jasery.

Tahniah kepada Kerasulan Belia Paroki Telupid dan Telupid Event Management !!

Thursday, August 9, 2018

SABAH YOUTH DAY 5 2020 IS NOW ACTIVATED!

Disediakan oleh Fradely Brandon Amigo
Gambar disediakan oleh Lordkennylister P James


KOTA KINABALU - Sabah Youth Day atau lebih dikenali sebagai SYD merupakan satu program belia, dari belia kepada belia yang dianjurkan sekali dalam empat tahun. Ia merupakan penganjuran bersama ketiga - tiga Keuskupan di Sabah iaitu Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau dan Keuskupan Sandakan. Sudah dua tahun berlalu sejak penganjur SYD 4 di Tawau dan kini SYD kembali lagi dengan tema "Aku ini adalah hamba Tuhan; terjadilah padaku menurut perkataanmu." Lukas 1:38.

Pada 5 dan 6 Ogos 2018 yang lalu, seramai 13 orang pemimpin muda dari Komisi Belia ketiga - tiga Keuskupan di Sabah telah berkampung di Bamboo House Riverside Kampung Notoruss Penampang untuk berdoa, merenung dan berfikir secara kritikal untuk membentuk rasional dan objektif bagi SYD 5.

Pertemuan ini merupakan pertemuan kali ke-4 dan telah dimulakan dengan mengimbas kembali sejarah SYD dan mengapa ia sangat releven sehingga ke hari ini. Pertemuan ini kemudiannya mengajak para pemimpin untuk membincangkan isu - isu atau realiti yang sedang dihadapi oleh para belia terutama sekali di zaman millennial ini. Para pemimpin telah mengambil satu hari untuk menghasilkan rasional dan objekif SYD 5 dan puji Tuhan pengisiannya telah merangkumi semua isu - isu utama yang telah diketengahkan semasa pertemuan para pemimpin belia Sabah pada Mac 2018 yang lalu di Pace Bene, Papar.

Objektif penganjur Sabah Youth Day kali ke 5 ini adalah seperti berikut:

  1. Membawa para peserta untuk merayakan iman sebagai belia Katolik di Sabah.
  2. Agar para peserta dapat merenung, menghayati dan mengikuti teladan Bonda Maria yang setia terhadap panggilan Tuhan.
  3. Agar para peserta diteguhkan untuk menjadi saksi-saksi Kristus di era millennial ini.
Misa Harian sempena Pesta Yesus menampakkan KemuliaanNya bersama
Rev. Fr. Joshua Liew
Pada 7 Ogos 2018, pemimpin - pemimpin muda atau Main Organizing Team (MOT) bagi SYD 5 telah mengadakan kunjungan hormat kepada Uskup Agung John Wong yang turut disertai oleh Rev. Fr. Joshua Liew dan  Rev. Fr. David Garaman, sebagai Penasihat Rohani bagi penganjuran SYD 5. 

Sr. Dora Obod fsic, selaku Kordinator bagi SYD 5 telah memperkongsikan rasional, objektif dan perjalanan terkini  SYD 5 kepada Uskup Agung John Wong. Dikesempatan ini, Uskup Agung juga telah mengongsikan pendapat dan idea - idea yang bernas bagi penganjuran SYD 5 terutama sekali pada bahagian kerohanian. Kunjungan hormat ini sungguh bermakna bagi semua yang hadir kerana sokongan dan berkat yang diberikan oleh Uskup Agung John Wong.

"You have a special place in my heart and in the whole Church, because the Church is always young! The Church trusts you. She counts on you! Be young in the Church! Be young with the Church! The Church needs your enthusiasm and your creativity!"
 - Mesej Pope Benedict ke 16 kepada para belia di Lebanon pada 15 September 2012 -
Pelancaran SYD ke 5 akan diadakan di Paroki Holy Trinity di Tawau pada 22 - 24 Februari 2019. Ini menandakan bahawa perjalanan Salib Belia bersama Ikon Bonda Maria akan mula menjelajahi seluruh Sabah sehingga pada kemuncak SYD 5 pada tahun 2020 di Paroki Papar dan Paroki Limbahau.

Semoga perjalanan persiapan menuju SYD 5 ini akan berjalan dengan lancar dan baik meskipun bakal menghadapi cabaran - cabaran yang akan datang. Semoga jalinan persahabatan antara sesama dapat diperkukuhkan dan terus disegarkan dengan cinta - kasih Tuhan agar dapat berjalan bersama - sama dan komited dalam menjayakan SYD 5.

Wednesday, August 1, 2018

LET's UNITE CAMP - Here we go!!!

Disediakan oleh Fradely Brandon Amigo

Antara tim penganjur LUC yang menyertai rekoleksi persiapan rohani
SANDAKAN - Pada 29 Julai 2018 yang lalu, Tim Kerasulan Belia Paroki atau PYA Sandakan, telah mengadakan satu rekoleksi di St John Paul II (Bilik Belia) sebagai salah satu persiapan rohani bagi tim penganjur Let's Unite Camp (LUC). Rekoleksi ini telah disertai seramai 32 tim penganjur LUC yang terdiri daripada belia - belia St Mary, St Mark dan St Peter. Turut serta dalam rekoleksi ini adalah fasilitator rekoleksi iaitu Anna Teresa.

Sedikit makluman berkenaan dengan program Let's Unite Camp. LUC merupakan satu program belia Paroki Sandakan yang diadakan sekali dalam setahun. LUC telah ditukar nama dari Unite Camp ke Let's Unite Camp dan akan diadakan pada 23 sehingga 26 Ogos 2018 bertempat di St Mark Batu 12, Sandakan.

Tema bagi penganjuran LUC pada tahun ini dipetik dari 1 Korintus 1: 10 "Tetapi Aku menasihatkan kamu, saudara - saudara, demi nama Tuhan kita Yesus Kristus, supaya kamu seia sekata dan ajangan ada perpecahan dianatra kamu. tetapi sebaliknya supaya kamu erat bersatu dan sehati sepikir." Tema ini merupakan sahutan belia paroki kepada Visi dan Misi Keuskupan Sandakan yang kini sedang diuar - uarkan diseluruh pelusuk Keuskupan Sandakan.

Objektif penganjuran LUC adalah untuk menyatukan belia Paroki Sandakan dengan mendalami dan berkongsi iman serta mengenali Tuhan dengan lebih dekat melalui perantaraan Bonda Maria sebagai Santo Penaung Gereja.

Sebelum melayani para belia yang akan menyertai program LUC ini, persiapan rohani perlu diadakan pertama-tama sekali kepada para penganjur. Agar apa sahaja yang dilakukan mereka harus diingatkan bahawa mereka ini adalah cahaya Kristus kepada para peserta.


Perjalanan rekoleksi telah disampaikan seakan mirip program LUC yang akan diadakan nanti. Ia bermula dengan realiti komuniti, keluarga, diri sendiri, dan kemudiannya mengenali keperibadian Bonda Maria sehinggalah sesi Perjalananan ke Emaus yang menyentuh tentang panggilan. 

Semoga dengan persiapan ini, para penganjur sendiri dapat merasakan serba sedikit perjalanan program LUC dan pada masa yang sama, dapat bersatu seia dan sekata merenung erti pelayanan sebenar. Pelayanan bukan hanya apabila ada penganjuran dan masing - masing diberikan peranan maka itu dikatakan pelayanan. Pelayanan tidak berhenti disitu malah perlu diteruskan setiap hari dan saat kepada setiap orang yang ditemui dan yang memerlukan. Harapan paling utama adalah para penganjur dapat menemui dan merasakan cintakasih Tuhan didalam hati mereka kerana itulah dorongan yang diperlukan untuk memberi kasih kepada para peserta yang akan mengikuti LUC nanti. 

Chapel St Mary, Salah satu perhentian - Perjalanan ke Emaus 
Kawasan Fr. Mulder's juga salah satu perhentian - Perjalanan ke Emaus
Persahabatan yang terjalin juga lebih diperkuatkan dan ini juga menjadi inspirasi kepada sesama para penganjur untuk terus bersemangat dan berkomitmen dalam menjadikan LUC berjaya dan berbuah dengan baik.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent