Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 27, 2018

Gereja Asas Perpaduan Pelbagai Budaya Berpusatkan Kristus ~ Pesta Kaamatan-Gawai 2018

Artikel oleh Fennexlee Edesius Mejeh

Sandakan – Pada 9hb dan 10hb Jun 2018, Gereja St. Mark telah menganjurkan sambutan perayaan dua dalam satu iaitu Pesta Kaamatan-Gawai. Respon dan sokongan daripada umat Paroki Katedral St. Mary, Sandakan, amnya umat Gereja St. Mark amat baik. Aktiviti sukaneka telah dijalankan pada 9hb Jun bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara umat. 
Aktiviti dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Saudara Dimeh Koyopo selaku Pengerusi Majlis Pastoral Umat Katolik Gereja St. Mark. Sebelum aktiviti sukaneka bermula, pemanasan badan dilakukan yang dikendalikan oleh Kerasulan Belia Paroki-(Sub) St. Mark-St. Peter. Pelbagai aktiviti sukaneka yang dipertandingkan antaranya tarik tali, melastik, mengupas buah pinang dan banyak lagi. Jelas terpancar keseronokan serta kegembiraan pada wajah para peserta. Aktiviti sukaneka selesai sekitar jam 5.00 petang.
Pada 10 Jun 2018, acara kemuncak Pesta Kaamatan-Gawai dimulakan dengan Misa Kudus Kesyukuran pada jam 9.00 pagi yang diselebrankan oleh Rev. Fr. David A. Garaman, Paderi Paroki Katedral St. Mary, Sandakan. Dalam homili beliau, secara umumnya beliau menekankan mengenai “kesatuan”. Di dalam ucapannya, Fr. David berkata: "Sekiranya kita melakukan kehendak Tuhan dan melayani sesama seperti apabila kita berada di dalam gereja, semasa kita merayakan Misa Kudus mahupun merayakan suatu perayaan kebudayaan seperti Pesta Kaamatan dan Gawai, maka kita adalah saudara-saudari Yesus sendiri. Inilah yang dinyatakan oleh Yesus iaitu kesatuan di dalam gereja. Ini juga sesuai dengan tema perayaan Pesta Kaamatan-Gawai iaitu 'Gereja asas perpaduan pelbagai budaya berpusatkan Kristus'."
Beliau juga menyeru umat untuk melihat Yesus sebagai sumber perpaduan segala budaya dan bangsa yang ada dalam gereja, dan mahu menghidupi kesatuan itu, seperti Allah Bapa dan Yesus adalah satu. 
Di samping itu, beliau juga membawa semua umat untuk merenungkan bahawa merayakan perayaan di gereja bukan kerana untuk keseronokan sahaja tetapi kerana Yesus adalah sumber kesatuan dan hadir di dalam gereja. Gereja adalah untuk semua, inilah asas perpaduan. 
Rev. Fr. David A. Garaman sedang menuai padi sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan-Gawai
"Ranyai"  merupakan simbolik Perayaan Hari Gawai
Selain itu, beliau juga membawa semua umat untuk sentiasa berdoa agar dapat menjadi pengikut Yesus yang setia dan membawa Tuhan dalam kehidupan setiap hari yang menjadi tunjang penyelamatan serta sumber penyelamatan bagi semua orang yang ingin melihat dan mencariNya.
Rev. Fr. David A. Garaman dijemput untuk memotong salah satu barang yang disangkutkan menggunakan parang.
Salah satu acara utama Hari Gawai yang sentiasa diadakan ialah mendirikan sebatang pokok kehidupan yang dikenali sebagai "ranyai" oleh kaum Iban di tengah-tengah ruai selalunya di ruai ketua rumah panjang atau di balai raya kampung jika belum didirikan pada siang hari tadi. Pokok ini diperbuat daripada bahagian pucuk kelapa, aping, rumbia atau pohon pisang di mana umbutnya boleh dimasak dan dimakan bersama oleh orang ramai. Sebiji gong akan dipukul untuk mengajak semua orang mendirikan pokok itu bersama-sama dan membawa sumbangan masing-masing untuk digantung sebagai buah-buah pokok itu. Pokok ini mestilah lebat buahnya untuk untuk menggembirakan rombongan para jemputan dan para hadirin sekalian.
Pokok ranyai itu akan dihiasi dengan menggantungkan buah-buahnya yang berupa sumbangan makanan dan minuman untuk dicantas dan diambil oleh para penari ngajat yang menari mengelilingi pokok itu sebagai hadiah. - sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai
Selepas upacara Misa Kudus selesai, perayaan diteruskan dengan acara pentas di Dewan Terbuka Gereja St. Mark sekitar jam 11.00 pagi. Dalam ucapan alu-aluan Saudara Hilary Henry Ugis selaku Pengerusi Perayaan Pesta Kaamatan-Gawai Gereja St. Mark, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. "Saya berharap perayaan Pesta Kaamatan-Gawai ini bukan menjadi penghujung bagi kita tetapi jadikanlah ini sebagai langkah yang baru untuk mengekalkan kerjasama antara kita semua. Semoga Tuhan memberkati saudara-saudari yang telah bermurah hati dalam menyumbang tenaga mahupun dana bagi Pesta Kaamatan-Gawai ini", demikian ucapan saudara Hilary.
Cabutan Tiket bertuah oleh Rev. Fr. Phillip Muji, Paderi Paroki Our Lady of Fatima, Beluran, salah seorang tetamu jemputan khas yang telah hadir ke perayaan ini.
Rev. Fr. David A. Garaman turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada tim penganjur dan para umat yang telah terlibat bagi menjayakan perayaan Pesta Kaamatan-Gawai tersebut. Beliau berharap agar semua umat dapat bersatu sesuai dengan Visi Keuskupan Sandakan iaitu “Komuniti berpusatkan Kristus, melayani sesama dengan kasih”.
Para juri bagi Pertandingan Fesyen Kanak-kanak
Seterusnya, para umat yang datang turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan pentas dari beberapa komuniti seperti persembahan tarian tradisional, koir, paluan gong dan nyanyian. Terdapat juga beberapa pertandingan seperti fesyen kanak-kanak dan makanan tradisi serta cabutan tiket bertuah bagi menyerikan lagi suasana. 
Tim penganjur Pesta Kamatan-Gawai ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua umat Paroki Katedral St. Mary, Sandakan khususnya umat Gereja St. Mark yang telah bertungkus lumus dalam memberikan sokongan padu bagi menjayakan perayaan Pesta Kaamatan-Gawai Gereja St. Mark 2018. Acara selesai sekitar jam 4.00 petang.

Saturday, June 23, 2018

Keuskupan Sandakan:Sukacita Keluarga Merupakan Sukacita Gereja

oleh Eva Siruno 

St Mary’s Sandakan: Seramai 70 orang peserta menghadiri Bengkel Sukacita dalam Kasih atau Amoris Laetitia, yang dianjurkan oleh Komisi Hidup Keluarga dengan kerjasama Komisi Katekatikal Keuskupan Sandakan selama dua hari pada 18-19 Mei 2018.
Bapa Uskup Julius Gitom menjelaskan bahawa "Dokumen ini dikeluarkan oleh Paus Fransiskus adalah ringkasan dari Sinode pasca Amoris Laetitia (Sukacita dalam Kasih), tentang cinta dalam keluarga itu. Ia menyatukan hasil kedua Synods pada keluarga pada tahun 2014 dan 2015. Ia mempunyai 325 ayat yang diedarkan dalam sembilan bab: “Keluarga sekarang berhadapan dengan budaya-budaya yang bertentangan dengan keluarga asas menurut rencana Tuhan: Perceraian, “trial marriage”, tinggal bersama dan tidak mahu kahwin, tidak mahu anak, budaya mati dan pengaruh negatif dari teknologi. Melihat cabaran-cabaran ini, Bapa Suci mengeluarkan dokumen “Amoris Laetitia” atau Sukacita dalam Kasih untuk mempertahankan kesucian institusi perkahwinan dan kekeluargaan” kata Bapa Uskup Julius Gitom.
Lapan (8) paderi-paderi dari Keuskupan Sandakan yang diketuai oleh Uskup Julius Dusin Gitom dan Pengerusi Komisi Hidup Keluarga, Puan Eva Siruno, masing-masing menjelaskan 9 Bab tersebut.
Dalam Bab 1: Cahaya Firman telah diterangkan oleh Fr. Stanley Matakim. “Pasangan yang mencintai satu sama lain dan memberikan kehidupan baru adalah “simbol” atau “ikon” yang dapat mendedahkan Tuhan kepada mereka. Melahirkan anak itu dianggap sebagai jalan kepada keselamatan di mana misteri Tritunggal, lambang kesatuan akan dilihat. Kesatuan itu bukan hanya dalam segi seksual tetapi pemberian sukarela cinta kepada satu sama lain. Panggilan keluarga adalah untuk menjadi kudus seperti keluarga Nazaret. Amalkan membawa keluarga untuk berdoa, menghadiri misa, bersama–sama membaca Firman Tuhan dan biasakan anak-anak untuk menghadiri Misa Kudus bermula dari kecil”, kata Fr. Stanley Matakim.
Seterusnya dalam Bab 2 iaitu Pengalaman dan Cabaran dalam Keluarga. “Keluarga menikmati kebebasan yang lebih besar melalui pengagihan tugas yang lebih rata dan adil; mengambil penekanan kepada komunikasi peribadi antara  pasangan membantu membuat kehidupan keluarga lebih manusiawi - tiada yang memonopoli atau pilih kasih. Ancaman-ancaman dalam institusi keluarga adalah - “individualisme yang ekstrim” dengan menganggap dirinya sebagai terisolasi atau  “a separate unit” dalam keluarga. Keadaan ini berpunca dalam pengertian bahawa keperibadian seseorang dibentuk oleh keinginannya yang mutlak.  Budaya individualistis yang berlebihan, keinginan untuk memiliki dan keseronokan, terarah pada tidak adanya toleransi dan permusuhan dalam keluarga. Budaya yang ekspres atau bergerak cepat, tertekan (stress), dan struktur sosial dan pekerjaan yang tidak teratur mempengaruhi keputusan yang kekal. Kebebasan kurang tujuan yang luhur dan tanpa disiplin mengakibatkan tidak berkemampuan untuk memberi diri secara murah hati kepada orang lain. Ketakutan akan kesepian dan keinginan akan kestabilan dan kesetiaan muncul berdampingan dengan ketakutan tentang keterperangkapan dalam hubungan yang boleh menghambat orang untuk mencapai tujuan hidup peribadinya. Tugas prokreasi (mendapatkan anak) seharusnya tidak  membayangi panggilan untuk bertumbuh dalam cinta kasih dan saling membantu. Kegagalan kita untuk memberi inspirasi dan keterbukaan kepada Rahmat Tuhan membuat perkahwinan kurang menarik dan tidak diingini. Kita dipanggil untuk membentuk hati nurani dan bukan untuk menggantikannya. Budaya yang “tukar-tukar” atau “pakai-buang” bukan budaya kristiani. Narsisisme, sifat seseorang yang tidak mampu melihat orang lain dan men-dewakan diri akhirnya memakan diri sendiri”, Fr Simon Kontou berkata.
“Pernikahan adalah anugerah oleh Tuhan dan bukan beban. Melalui gereja, perkahwinan dan keluarga menerima rahmat Roh Kudus dari Kristus dengan tujuan untuk menjadi saksi Injil kasih Allah. Sakramen perkahwinan  dianugerahkan untuk pengudusan dan keselamatan pasangan. Pernikahan adalah satu panggilan yang memerlukan proses yang lama. Hubungan seksual antara suami isteri dalam penuh cinta datang dari misteri inkarnasi dan paskah menunjukkan Allah menjadi satu dengan umat manusia. Euthanasia (mati atas permintaan sendiri) tidak dibenarkan dalam gereja dan tegas kepada hukuman mati. Ibu bapa mempunyai hak utama untuk mendidik dan membentuk iman anak-anak. Gereja adalah keluarga dari banyak keluarga. Pengalaman cinta dalam keluarga-keluarga adalah sumber kekuatan abadi kehidupan gereja. Tanggungjawab untuk menjaga anugerah perkahwinan diberikan kepada seluruh komuniti Kristian”, demikianlah serba sedikit penerangan Fr. Sunny Chung di dalam bab 3 iaitu Lihat kepada Yesus, Panggilan Berkeluarga.
Disusuli dengan penerangan bab 4 iaitu tentang Cinta Dalam Perkahwinan oleh Fr. Phillip A. Muji. “1 Korintus 13:4-7 Kasih sejati yang sepatutnya. Firman dari Korintus ini boleh dijadikan sebagai garis panduan persahabatan yang intim antara suami isteri untuk mempraktikkan kasih. Kasih itu tidak cepat murka, baik hati, tidak iri hati, tidak bercakap besar, tidak sombong, murah hati, tidak cepat tersinggung, mengampuni dan akhirnya, kasih itu bertahan menghadapi segala sesuatu. Sakramen perkahwinan bermula dengan berkenalan barulah kemudian bertunang selepas mengenali masing-masing termasuklah ibu bapa mereka. Hidupi janji perkahwinan; ikrar dilafazkan di hadapan Tuhan dan bukan kepada Paderi kerana Paderi hanyalah saksi. Keluarga membentuk gereja domestik. Paus Fransiskus menyatakan bahawa “tiada ibu bapa atau keluarga yang sempurna”, dengan konteks ini suami isteri harus berusaha untuk menguatkan hubungan kasih mereka dengan mempraktikkan garis panduan ini dengan bimbingan Roh Kudus”, Fr Phillip berkata.

Thursday, June 14, 2018

JADILAH SAKSI KRISTUS

Artikel dan gambar oleh Dominggus

St. Dominic, Lahad Datu – Komiti Inisiasi Kristian Dewasa telah mengadakan Majlis Kesyukuran Baptisan Baru pada 27hb Mei 2018. Kira-kira seramai 60 orang termasuk Para Baptisan, ahli keluarga, penanggung, para jemputan khas iaitu Rev. Fr. Marcellinus Pongking selaku Pembantu Rektor Paroki, Saudara Sebastian Francis, Penyelaras Komiti Katekatikal Pusat serta Saudara Thomas Rakian, wakil dari komiti Majlis Pastoral Paroki (MPP) menghadiri majlis tersebut. Acara bermula pada jam 11 pagi dengan perarakan masuk para baptisan baru yang membawa lilin sambil menyanyikan lagu JADILAH SAKSI KRISTUS.
Saudara Bob Remon selaku Penyelaras Komiti Insiasi Kristian Dewasa (IKD) telah di beri peluang untuk beri ucapan. Beliau mengungkapkan setinggi tahniah kepada baptisan baru kerana setelah setahun berjuang dan menempuh pelbagai rintangan bersama-sama di dalam IKD, mereka semua telah menjadi seorang Katolik dengan sepenuhnya. Ini semua atas kepercayaan dan keikhlasan hati para baptisan baru yang betul-betul mahu mencari Tuhan Yesus.  Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penanggung kerana telah bekerjasama dengan pihak IKD untuk membantu para baptisan baru ini sehingga menjadi pengikut Yesus Kristus. “Saya sebagai seorang pembimbing, berharap supaya kamu para baptisan baru menghidupi dan mengimani apa yang kamu peroleh daripada sakramen inisiasi pada malam paska yang lalu. Jagalah semua itu seperti menjaga pakaian putih, oleh sebab ia sangat putih yang sama seperti air putih, kalau ia terkena setitik sahaja kotoran pada kain itu, ia akan menjadi kotor. Seperti iman kita, kalau kita dekati sesuatu yang tidak baik ia akan mudah tercalar. Jadi jagalah iman kamu dengan baik.” Demikian nasihat dari saudara Bob dalam mengakhiri ucapannya.
Selepas itu, saudara Sebastian turut mengucapkan tahniah kepada baptisan baru dan menyeru mereka semua untuk menjadi ‘kaki’ dan ‘tangan’ Yesus di dalam misi menyebarkan khabar gembira penyelamatan Kristus dengan pimpinan Roh Kudus yang sudah hadir dalam kehidupan seharian setiap baptisan baru. Beliau juga mengatakan bahawa inilah titik permulaan mereka sebagai seorang Kristian katolik dan berharap supaya mereka menjadi Saksi Kristus. “Setelah menerima sijil, ‘ini bukanlah penghujung’ dan sijil itu menjadi tiket ke syurga. Ini merupakan permulaan bagi kehidupan Kristian kita. Walaupun sudah berumur ataupun masih muda, apabila kita dibaptis itu adalah ‘Permulaan’ hidup sebagai Kristian katolik. Saya berharap para baptisan baru tidak mencontohi orang-orang yang pergi ke gereja tapi tidak mengikuti misa atau perayaan ekaristi. Kita datang ke gereja untuk sembahyang, iaitu menerima Sabda Tuhan dan menerima Kristus di dalam komuni kudus, untuk menerima Yesus di dalam kehidupan kita, dan supaya kita yang sudah di baptis ‘menjadi saksi-saksi Kristus’.” Demikian ucapan dari saudara Sebastian.
Rev. Fr. Marcellinus juga mengucapkan terima kasih kepada para pembimbing kerana telah membimbing para baptisan baru ini selama setahun sehingga mereka mendapat sakramen inisiasi. Terima kasih juga kepada ahli keluarga dan para penanggung kerana sentiasa berada bersama para baptisan baru dan ucapan tahniah juga kepada semua baptisan baru di atas ketabahan dan kesetiaan dalam mengikuti kelas IKD.
Selepas ucapan berakhir, doa makan telah dipimpin oleh Fr. Marcellinus dan majlis diteruskan dengan pemotongan kek disusuli dengan tayangan video aktiviti para baptisan baru. Para baptisan baru juga telah menyediakan dua persembahan iaitu nyanyian koir bertajuk ‘KARNA SALIB-MU’, dan sebuah drama yang bertajuk ‘GOSPEL DRAMA’. Majlis menutup tirai dengan penyerahan sijil serta pengutusan disusuli dengan doa penutup yang dipimpin oleh Fr. Marcellinus dan acara gambar beramai-ramai. Majlis selesai kira-kira jam 1:30 petang.

Friday, June 8, 2018

根地咬和丹南交流会之旅


/文:Betty Yong

斗湖圣三天主堂华文祈祷会于201852931日举办一项为期三天两夜的根地咬和丹南友谊交流活动。活动目的是为了借此难得的交流平台,能让华文教友之间有更进一步的了解交流。此活动共吸引了18位祈祷会团员及华文教友参与。
当天早上630分,大家准时在教堂集合。由Edward弟兄做早祷后我们便出发前往温泉巴刹一起享用早餐。大约8时正,我们大伙才启程前往根地咬。一路上我们有说有笑,互相交流,一起颂念玫瑰经祈求旅途平安。经历大约5 小时的路程后,我们抵达根地咬市区享用午餐。午餐后,Leonard 弟兄带领我们前往山上的圣家朝圣中心宿舍安顿行李,之后由当地华文教友带领我们参观圣家朝圣中心四周。此外,最引以为注的莫过于建立在朝圣中心五层楼高的十字架高楼。该楼是属于占地10.2 英亩,建在山上的圣家朝圣中心的一部分。我们按照规矩,脱鞋排队爬楼梯,直到十字架高楼最顶层。在那里,居高临下俯瞰,根地咬市镇尽收眼底,加上微风轻吹,好不惬意。我们在那里静心默祷片刻后,也不忘拍照留念,期望下次还有机会到此一游。
大约徬晚六时正,当地的华文教友邀请我们一同到根地咬美食中心享用晚餐。晚餐后我们便回到圣家朝圣中心开始当晚的祈祷会。首先我们邀请本堂华文理事主席John  Wong弟兄致欢迎词,接着由筹备会主席Betty Yong 姐妹致词。祈祷会由Edward Leonard弟兄一起带领。Francis Chong 弟兄负责当晚的福音分享。在分享中,他提到我们在信仰的道路上要懂得‘舍得’,只要我们懂得‘舍’去,我们在来世必获‘得’百倍的福。接着由根地咬和斗湖教友轮流见证分享,相互交流,交换心得及互相学习。祈祷会结束后,Betty姐妹代表斗湖圣三堂移交纪念品予当地华文理事主席John Wong 弟兄,并获得他们赠送的感谢状。最后,大家一起拍大合照留念,互祝平安后便各自回家休息。
第二天早晨,当地华文教友招待我们在圣家朝圣中心的食堂享用他们为我们预备的丰盛早餐。经过一番交流后,我们便和他们道别,并致以万分的谢意离开。在出发前往下一个目的地前,Martin Kong 弟兄带领我们参观根地咬的有机菜园,让我们见识有机种植背后的艰辛,菜农们如何通过不断尝试,砖研出有效的有机驱虫方式,并采用有机肥料来确保农作物以最佳状态生长。园主也准备了许多有机玉米让我们品尝,真的是别有一番滋味。拍完大合照留念后,我们便启程前往沙巴内陆省咖啡之乡丹南进行下一站的探访之旅。
乘约45分钟的车程,我们终于抵达丹南。当我们经过丹南St Anthony天主教堂,更有幸目睹丹南的新地标之一,也就是去年刚竣工的 St Anthony 教堂前面,近十二层楼高的高塔,并安装了大型十字架耶稣肖像。随着丹南天主教堂高达十二层楼达到120尺高的十字架的建立,也代表着丹南宗教自由迈向新的一个里程碑,我国人民可自由选择宗教信仰,每个宗教也可以自由发展。
我们直接驱车前往当地著名的发财咖啡渡假村安顿行李。该渡假村位于丹南半山,风景如画,冷风徐徐吹来,让人心旷神怡。安顿完后,我们便前往丹南巴刹果腹充饥,之后再到访St Anthony 教堂拜访当地教友。我们获得当地华文教友的热情欢迎,相互交流,讲述该堂的福传历史。能够亲耳听到他们的讲述,实在是无比荣幸,让我们认识一个个一生人都在丹南为了教会付出了许多的老前辈。他们那种对教会的热诚和坚固的信仰是值得我们这些晚辈学习的地方。整顿好当晚所需的祈祷会场所及音响设备后,他们便邀请我们到丹南老字号的益和咖啡店参观,免费品尝各样咖啡饮料及饼干。该店也有售卖各式各类以咖啡制作的咖啡产品,包装精致美观,非常吸引游客购买。大约徬晚六时,当地教友更邀请我们到丹南的一家安平餐馆享用美味晚餐。
晚上730分我们和当地教友一同共聚,开始当晚的祈祷会。首先我们邀请本堂华文理事副主席Joseph Chong弟兄致欢迎词,接着由筹备会主席Betty Yong 姐妹致词。祈祷会也同样由Edward Leonard 弟兄联手带领,大家一同齐心朝拜赞美。虽然当晚天空下起绵绵细雨,但并不阻止大家前往教堂共聚的脚步。Cecilia姐妹分享主日的福音,为我们清楚的讲解有关基督圣体圣血的奥秘,让我们对基督有更近一步的了解。之后由丹南和斗湖的弟兄姐妹轮流跟大家分享各自的生活见证,让我们再一次见证感受天主奇妙的大爱。祈祷会结束后,William 弟兄代表斗湖圣三堂移交纪念品予华文理事副主席Joseph Chong弟兄。最后,大家一起拍大合照留念,互祝平安后便各自回家休息。
第三天一大早我们和丹南华文教友相约一起到丹南巴刹享用早餐及购物。丹南St Anthony堂华文理事主席Ambrose Lee 也特地前来和我们相会畅谈。我们也获得Philip Woo弟兄赠送的丹南特产-柚子做为伴手礼。临别时,我们在丹南巴刹前拍张合照留念,并感谢他们的热情款待,期待再相见。收拾好行李,我们便开始回家的旅程。回家的路上,大家有说有笑,依依不舍的心情,满心期待下一次旅行。
感谢天主圣三的一切美好安排,让我们三天两夜的根地咬和丹南交流会的行程一切顺利及平安的圆满成行。通过这次的交流会,让我们对其他地方教会有更深一层的认识及了解,进而促进彼此的情谊。

Thursday, June 7, 2018

Kebudayaan Asas Perpaduan Dan Persaudaraan

Gambar : Mateus, Jaymar
Artikel Oleh: Farnandes Siprianus

St. Dominic, Lahad Datu – Gereja St. Dominic, Lahad Datu telah menganjurkan perayaan Pesta Kaamatan dan Gawai bersama umat di paroki St. Dominic pada 20 Mei 2018. Seperti biasa ramai umat dari pelbagai bangsa dan usia turut serta dalam merayakan pesta ini. Perayaan seperti ini adalah salah satu keunikan di paroki St. Dominic dimana hampir semua perayaan dirayakan oleh semua bangsa.
Acara pada hari tersebut telah dimulakan dengan Misa Kudus Kesyukuran pada jam 9 pagi yang dipimpin oleh Rev Fr. Simon Kontou dan dibantu oleh Rev. Fr. Marcellinus Pongking. Dalam homilinya, beliau menekankan sikap rakyat Malaysia secara umumnya yang perlu diubah sekiranya menginginkan negara yang baru. Beliau turut menjelaskan bahawa rakyat yang masih mempunyai sifat malas, tidak mau kerja, mementingkan bangsa, mengagung-agungkan bangsa dan bersifat perkauman hanya akan menjejaskan pertumbuhan negara.
Selain daripada itu, Rev Fr. Simon turut menyentuh tentang kehadiran Roh kudus di dalam perayaan pentekosta yang telah membawa perubahan serta pembaharuan di dalam kehidupan murid-murid Yesus.
Setelah selesai upacara Misa Kudus, perayaan diteruskan dengan acara pentas di dewan pada jam 11 pagi. “Kepada semua umat diparoki ini, kita merayakan perayaan pada hari ini adalah untuk merayakan kesatuan kita, sama seperti pada hari Pentecosta yang dihadiri oleh banyak bangsa tetapi mereka faham dengan apa yang dikatakan oleh para rasul. Inilah yang dikatakan sebagai kesatuan” kata Rev Fr Simon lagi di dalam ucapan perasmian beliau.
Beberapa acara pentas telah diadakan iaitu pertandingan Sugandoi Terbuka, Unduk Ngadau Songkotoun (35 tahun keatas), acara sukan tradisi serta cabutan tiket bertuah. Majlis juga turut diceriakan dengan persembahan-persembahan daripada para belia Tukad serta tarian-tarian tradisi. Acara berakhir lebih kurang jam 5 petang.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent