Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 23, 2018

Larian Kesatuan Paroki St. Dominic

Gambar oleh: Farnandes dan Jaymar
Artikel Oleh: Evelyn

Lahad Datu – Pada 1hb May 2018 yang lalu, Paroki St. Dominic telah menganjurkan satu program larian amal yang bertemakan ‘Kesatuan’ (Unity Run). Larian ini telah mendapat sokongan padu daripada umat dengan kehadiran seramai 701 peserta. Beberapa kategori telah dibahagikan yang terdiri daripada usia 7 hingga 60 tahun. Program yang bermula seawal 7 pagi ini dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Sister Evelyn dan diteruskan dengan pemanasan badan yang dikendalikan oleh pihak penganjur iaitu Komiti Katekatikal Pusat.
Larian dimulakan dengan kategori kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas. Kesemua peserta harus melalui 5 perhentian untuk mendapatkan 5 gelang getah bagi setiap perhentian untuk melengkapi larian ini.
Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kesatuan diantara semua umat di paroki termasuk kawasan luar stasi tanpa mengira bangsa dan usia. Selain daripada itu, program ini diadakan untuk memungut dana bagi pembanguan dewan ibadat di paroki ini sendiri.
Kesemua peserta larian berjaya menghabiskan larian mereka lebih kurang jam 10 pagi dan acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi semua kategori. Rev. Fr Simon Kontou mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua umat yang terlibat di dalam acara larian ini. Beliau juga berharap agar program seperti ini akan terus mendapat sokongan daripada umat bagi meneruskan usaha pembangunan dewan ibadat di paroki ini. Acara diakhiri dengan doa penutup oleh Rev. Father Simon Kontou.

Monday, May 14, 2018

MENGHIDUPKAN NILAI KESATUAN GEREJA PADA HARI FILIPINO DI ST DOMINIC

Berita oleh Mazdollyna Majalin
Gambar oleh SOCCOM St. Dominic Lahad Datu

LAHAD DATU- Komuniti Filipino pada julung kalinya telah bangkit bersama untuk menghidupkan lagi Misi Gereja dengan merayakan Hari Filipino pada 22 April 2018. Perayaan tersebut turut mendapat sambutan yang sangat baik dari umat Katolik St. Dominic dalam usaha untuk mengumpul dana bagi dewan ibadat Gereja. Hampir 800 umat memenuhi Dewan terbuka Gereja dengan memakai pakaian tradisional filipino. Turut mendapat perhatian apabila Hari Filipino ini turut disertai oleh semua umat yang bukan hanya tertumpu dari kalangan umat Filipino sahaja tetapi juga dari umat pelbagai kaum .

Acara dimulakan dengan pengenalan diri peserta-peserta ‘Binibining’ atau ratu cantik dimana para umat dapat memilih siapakah calon yang bakal menjadi pemenang dalam pertandingan tersebut pada makan malam Hari Filipino 2018. 
Majlis Makan malam dimulakan dengan bacaan doa oleh Rev. Fr. Simon Kontou dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Mr. Garie Enriquez selaku penasihat bagi Majlis makan malam tersebut. Beliau berasa amat  berbesar hati atas segala kerjasama dan bantuan yang telah dihulurkan oleh para ahli jawatankuasa yang terlibat dalam segala persediaan.
Majlis makan malam tersebut turut mempamerkan beberapa umat yang menyumbangkan beberapa lagu Filipino yang cukup nostalgik untuk diperdengarkan. Selain daripada itu, majilis turut dimeriahkan dengan tarian dari Komuniti Filipino. Antara tarian tersebut termasuklah Tarian Subli, ‘Flower Dance’, Tarian Maria Clara, Carinosa, Cha Cha, Tarian ‘Todo-Todo’ dan Tarian ‘Abot Langit’.
Peserta ‘Binibining’ pada malam itu memperagakan pakaian tradisional yang dikenali sebagai ‘Maria Clara’. Selain itu, para peserta juga turut diberi beberapa soalan untuk menguji talenta mereka dalam berkomunikasi dalam bahasa Filipino.
Pemenang pertandingan malam tersebut disandang oleh Cik Jessa Prudente Kinsung, Naib Johan Cik Magnolia Verano, tempat Ketiga Cik Maryanne Yap Fernandez, tempat keempat Cik Airene Almonte dan tempat Kelima Cik Stephanie Hamid.
Majlis tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, juri-juri pertandingan dan juga kepada ahli jawatankuasa Hari Filipino 2018.
Hari Filipino yang telah berlangsung di St. Dominic telah memperlihatkan kesungguhan para Umat Gereja dalam menghidupkan semangat kristiani Katolik. Ini dapat ditunjukkan melalui cinta kasih yang menyatukan para umat untuk terus menyebarkan kesaksian akan cintakasih Kristus. Semoga semangat ini akan berterusan dalam menghidupkan lagi kesatuan umat Gereja.

Monday, May 7, 2018

2017-2018届慕道者见证


Jason 刘秋明见证


我自小生活在一个外教家庭,但我自成年以来都秉着“什么神都不信”的想法过生活。婚后,女儿随妻子信奉了天主教。妻子曾经多次劝我信主,我也只是置若罔闻,直到2016 年,一场大病让我的生活有了变化。

曾经的我对教堂的一切活动都不屑一顾,我得病后,妻子每个周日都带着我到教堂参加弥撒, 渐渐地, 每个周日早起去教堂就成了我的习惯。后来,我经人介绍,参加了慕道班,为成为教友做好准备。在慕道班里我学了不少的道理,也尝试把这些道理融入到我的生活中。现在的我无论遇到什么问题都能随遇而安,依赖并相信天主的安排。正如我的家人所说,信奉天主教后,我变得乐观起来,凡事都能往好处想。就在今年的复活节前夕,我顺利地接受洗礼,正式成为一名教友。我只想说:是天主指引了我,并改变了我。感谢天主。



Raymond 刘亮彬见证

受了母亲的熏陶以及不断的劝说,我在父亲的陪伴下参加慕道班学习道理。虽然烦闷的课程有时会令不爱上课的我昏昏欲睡,但是也有被老师们的分享勾起兴趣的时候。这些时候,我就会仔细聆听,当中我也受益不浅。就在今年的复活节前夕,我接受了圣洗圣事,成了教友。由于年龄的关系,我还不能领其他的圣事。我要先去主日学上课。我期待去主日学上课的日子,希望能带给我不一样的乐趣。






Ursula Natherlie 黄家宝见证


相信大家对我都有一个疑问:“为什么我想加入教会?”其实答案只有一个---“我想回家!”

在我决定成为基督徒前,我曾与朋友到教堂参加弥撒,但我并不明白为何我们需要宗教信仰?为何每个从教堂走出来的人都显得那么快乐,轻松,和善,慈悲;而我在现实社会中,只看见所谓现代人的可悲。

我们常常被说或说别人没教养,于此同时,我们已经在无意中伤害了别人。但什么是教养呢?教养是来自于家庭教育,社会教育,知识程度等,而这一切的教育都源自于宗教教育。从小我们并不是没被教育,只是随着时光的流逝,我们都忘了,而教会是一个不断提醒我们的地方。

自从我加入了教会后,我学会了关爱,自爱,宽恕及放下。虽然不能做到完美的地步,但教会不断的辅助我,使我成长。圣教会就像我的另外一个家一样,在这里大家不分你我,彼此帮助,互相扶持。这里就是我心灵的避风港。我已找到了回家的路,那你呢?


Quintus 周正君见证


我原来是一个没有什么宗教信仰的人。去年,我的姐姐和舅舅在复活节前夕领了洗,成为了天主教教友。从此,我对他们所信的天主教就充满了好奇。后来,舅舅介绍我来参加慕道班,我就来参加了。一开始我是抱着好奇的心态来看看,来听听的。

参加了慕道班,让我改变了许多。也让我学会了许多我从来没听过的道理。在这里,我学会了如何祈祷,学到了许多圣经上的道理,最重要的是我学会了如何宽恕别人。之前,我已有空闲的时候,就会约朋友去喝酒和唱歌。现在,因为参加了教会的活动,就减少了这些活动。这是我生活上最大的改变。

领洗后,我参加了教会的团体如歌咏团,青年团和圣经分享班。在歌咏团和青年团里, 我体会到服务别人的乐趣。在圣经分享班里,我学会了许多圣经的知识和道理,也学会了许多中文字。我希望我能继续为主服务,也希望把身边的朋友们都带来教会。


Dion Mc Jill郑义辉见证


我是因为我母亲的关系才会来参加慕道班的。我的母亲本身是一位天主教徒。但是却是一位冷淡教友。她自己很少来圣堂,也没有带我和我弟弟来。所以, 从小我就好像其他没有宗教信仰的人一样地生活着。突然,有一天,我的母亲说她要去圣堂,要重新回到主的大家庭---圣教会。我就要求她,也带我去,这样我就每个主日跟随我的母亲来到圣堂。后来,慕道班开课,她就替我报名,让我参加。

我在慕道班听了许多道理还有许多圣经的故事,有一些故事让我印象深刻,如梅瑟带领以色列人过红海,耶稣被钉在十字架等等。我也学会了祈祷。我也知道天主很爱我,我很开心。

现在,我领洗了,成为真正的天主教教徒了,和我的母亲拥有同样的信仰,我也很开心。感谢天主。我很感激那位劝我的母亲回来教会的阿姨。因为这样,我们都得到了这珍贵的信仰。 阿门。

Friday, May 4, 2018

Doa Taize intensi khusus untuk kejayaan Pilihan Raya Umum 2018

oleh Rayner Marcello

Sandakan: Kerasulan Belia Katolik St. Mark dan St. Peter, Gereja St. Mark telah mengadakan Doa Taize intensi khusus untuk kejayaan Pilihan Raya Umum yang ke 14 julung-julung kalinya di Dewan Rainforest Discovery Centre, Sepilok pada 27.04.2018. Seramai 70 orang telah datang untuk berdoa bersama di dalam doa Taize ini.
Sdra. Alday Alexius
Doa Taize dijalankan di Dewan RDC Sepilok atas permintaan umat KKD St. Francis dari Asisi, Sepilok dengan tujuan untuk mengumpulkan belia-belia di KKD Sepilok dan sekitarnya bagi memberi pendedahan kepada para belia terhadap pelayanan di dalam gereja. Doa Taize dimulakan pada jam 7.30 petang dan telah dipimpin oleh saudara Alday Alexius, yang juga merupakan Ahli Kerasulan Belia Paroki, Katedral St. Mary, Sandakan.
Selesai berdoa Taize, program diteruskan dengan Sesi Pengenalan Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan (Diocesan Youth Apostolate) dan Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan (Parish Youth Apostolate) yang telah disampaikan oleh Ahli DYA dan juga PYA iaitu, saudari Airene A. Gumanas. Di dalam sesi tersebut saudari Airene telah menjelaskan tentang peranan dan tanggungjawab para ahli DYA dan PYA bagi peringkat Keuskupan dan juga Paroki. Di akhir sesi, saudari Airene menggalakkan dan mengingatkan para belia untuk melibatkan diri secara aktif di dalam pelayanan namun perlu seimbang dengan pelayanan utama di rumah iaitu tanggungjawab sebagai anak di dalam keluarga dan juga sebagai pelajar.
Sdri Airene menyampaikan sesi
Selepas itu, saudara Cristopher Aban, Pembantu Kordinator PYA Sandakan, telah memberikan sedikit perkongsian mengenai mesej yang telah disampaikan oleh Bapa Suci Fransiskus pada Hari Belia Sedunia yang ke-33, 2018. Mesej Bapa Suci Franciskus dipetik dari Lukas 1:30: “Jangan takut, hai Maria, sebab engkau beroleh kasih karunia di hadapan Allah”. Melalui mesej tersebut, saudara Cristopher menekankan bahawa “belia tidak seharusnya takut akan segala hal tetapi harus percaya dan yakin kepada Yesus bahawa Yesus akan sentiasa bersama-sama dengan kita”.
Sdra. Christopher 
Dimeh Koyopo selaku Pengerusi Komiti Pastoral St. Mark, dalam ucapannya beliau telah memetik petikan Lukas 23:46: “Ya Bapa, ke dalam tangan-Mu Kuserahkan nyawa-Ku”. Melalui petikan tersebut, beliau mengatakan “kita harus selalu berdoa dan serahkan semuanya ke dalam tangan Tuhan agar apa yang kita doakan itu akan terjadi menurut kehendak-Nya”.
En. Dimeh memberikan ucapan
Pengerusi KKD St. Franscis dari Asisi, Sepilok iaitu saudara Fabian Koret dalam ucapannya beliau berharap agar doa Taize dapat diadakan lagi di Sepilok dan juga harapan berterusan agar belia-belia di KKD Sepilok akan lebih berusaha untuk melayani bersama di dalam pelayanan belia mahu pun gereja.
En. Fabian Koret
Sesi perkongsian telah dikongsikan oleh Quinn (bukan nama sebenar) di mana dalam perkongsiannya, dia tidak pernah mengambil tahu tentang mesej Bapa Suci Fransiskus sebelum ini. Dia juga telah mendapat kekuatan bagi menghadapi segala beban yang dialami dalam pelayanannya dan rasa bersyukur kerana dapat mendengar dan mengerti akan mesej Bapa Suci Fransiskus kepada para belia pada malam tersebut.
Program ditutup dengan sesi bergambar beramai-ramai dan makan malam secara ‘potluck’ bersama umat dan para belia.

Thursday, May 3, 2018

防火醒觉讲座提升人们防火意识及珍惜生命


《斗湖讯》来至吉隆坡的防火协会于422日(星期日)在圣三天主堂举行防火安全醒觉讲座会。此醒觉运动是为了灌输大家防火基本知识及技巧,提升人们防火安全意识,在面对火灾时做出应变。当天讲座会的内容包括:
1.    火灾发生的地点如家里,汽车及办公室
2.    如何逃离火灾现场
3.    如何处理烟霾
4.    在紧急境况下采取的措施
5.    教导如何使用灭火器
6.    如何防范或处理“短路”(Short Circuit
7.    十五分钟的问答环节

主讲人Brenda姐妹劝勉大家如果家里四周围的窗安装了铁花的话,他呼吁我们最好把它拆掉。铁花虽然可以防贼可是一旦遇到火灾时,逃生者却因为锁着的铁花而葬身火海,赔上了无辜性命。此外,她也藉着视频上的一些短片或图片告诉我们如何预防和拯救在火灾的受困者。在火患调查报告中,马来西亚平均每天发生153宗火灾,这好比其他国家高出100倍,而且伤亡的人数不断在增加。她呼吁我们听了这讲座之后,把这些资讯和防火知识传达给家人以及朋友,不要让火吞噬我们的生命。

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent