Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 21, 2019

2019年圣三天主堂中秋晚会


稿:Betty Yong

斗湖圣三天主堂于98日(星期日)晚上630分在礼堂举办2019年中秋晚会。该晚会由本堂华人牧灵委员会主办,华文祈祷会协办,一供吸引了多达两百位本堂华文及土著教友出席同欢共庆,场面温馨愉悦。
中秋晚会节目开始由华文主日学学生带来一出话剧,取名为“趣味中秋”,为晚会拉开序幕。话剧所带出的信息主要是让我们了解何为‘在一起’,让我们深知我们是因为主的缘故而相知相识,有幸在一起赞美及朝拜主。欣赏完话剧,司仪邀请华牧主席Peter Wong弟兄和王世震神父上台致词,欢迎大家热烈参与,不分种族一起团聚共庆中秋佳节。之后,神父便祝福桌上的美味佳肴,晚宴便开始。
当大家都在享受美食的当儿,刘会典姐妹为大家高歌一曲,让台下观众都听出耳油。接着就到了令人期待又紧张的幸运抽奖环节。第一轮的抽奖由华牧主席上台抽。只见中奖的幸运儿各个上台领奖,抱着礼物笑得见牙不见眼。中秋晚会的节目还包括了独唱加小提琴及钢琴伴奏,钱伂夤姐妹以优美的嗓声带来一首“月亮代表我的心”,加上小提琴和钢琴合奏,让台下观众陶醉在这优美的旋律当中。其次,活泼可爱的邓文欣小妹妹以洪亮的歌声加上可爱的舞步为大家呈现一首客家儿歌,名为“番薯供肥猪”。接着,钱伂夤姐妹为大家弹奏一首旋律优美的歌曲,名为“有点甜”,让大家再一次陶醉在中秋晚会的美好气氛当中。第二轮的抽奖活动由王世震神父负责抽。抽奖结束后,堂区青年团为大家带来一支非常活力的现代舞蹈,名为“K-POP”。他们那活力十足的舞姿,赢得台下观众热烈的掌声。最后,由华文青年团代表合唱一首中秋节的金典歌曲,名为“但愿人长久”。
当晚的压轴是点放孔明灯仪式,由王世震神父带领大家到礼堂大门外集合,为大家点燃孔明灯,寓意寄托美好的祝福,祝愿大家中秋月圆人团圆。最后,由工作人员带领小朋友绕着教堂提灯笼,培养小孩子对传统文化及艺术的兴趣,将中华优良传统世代相传。提完灯笼后,每位小朋友都获得一份小礼物。2019年中秋晚会便在欢乐的气氛当中圆满结束。

TIM DYA BERTEMU SEMULA SELEPAS PROGRAM TBK


Bundu Tuhan - Pada 13 - 15 September 2019 yang lalu, rekoleksi dan mesyuarat kali ke-28 Komisi Kerasulan Belia Keuskupan (DYA) Sandakan telah diadakan dan seramai 10 ahli DYA telah hadir. Pertemuan pada kali ini diadakan di Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, kampung asal salah seorang dari ahli DYA iaitu Fettwinda Sipaan. Ini juga merupakan kali pertama rekoleksi dan mesyuarat diadakan di luar kawasan Keuskupan Sandakan.

"Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu, dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran." Amsal 17:17

Pertemuan beginilah yang selalu dinanti - nantikan oleh sebahagian besar ahli DYA kerana waktu inilah yang amat sesuai untuk merenung, berkongsi dan berhibur. Waktunya juga amat tepat sekali kerana setelah sebulan program Temasya Belia Keuskupan Sandakan berlalu, inilah merupakan masa untuk  melihat semula pelayanan masing - masing. 

Rekoleksi yang santai telah diadakan pada 14 September 2019 yang telah dimulakan dengan doa pagi. Dalam rekoleksi pada kali ini semua ahli DYA diajak untuk merenung akan soalan - soalan berikut dengan berdasarkan kepada petikan Lukas 15 : 1 - 10 (Domba yang Hilang / Duit yang Hilang).
  1. Apakah perasaan saya?
  2. Apakah berkat Tuhan yang saya syukuri?
  3. Apakah kesusahan dan cabaran yang saya lalui / hadapi?


Sesi renungan disebelah pagi diakhiri dengan perkongsian yang santai dan masing - masing memberikan sokongan antara satu dengan yang lain.

Rekoleksi diteruskan di sebelah petang dengan meneruskan renungan berdasarkan kepada tiga soalan berikut:
  1. Apa yang ingin saya komit dalam pelayanan saya dalam masa empat bulan ini (September - Disember 2019)?
  2. Apa yang saya perlukan dari kawan - kawan DYA untuk menghidupi komitmen saya selama empat bulan ini?
  3. Apakah rahmat yang saya mohon dari Tuhan untuk menghidupi 'Ya' saya dalam empat bulan ini?
Masing - masing memberikan perkongsian sambil minum kopi panas dan menghirup udara yang sejuk. Banyak yang telah dilalui baik secara peribadi mahupun dalam pelayanan. Ramai ahli DYA yang hadir menyatakan ingin komit dan meneruskan rancangan pelayanan yang sedia ada dan menghabiskan apa yang sedang berjalan. 

Manakala, ada juga yang ingin memperbaiki komunikasi dengan ahli keluarga sendiri kerana mereka bekerja jauh dan hanya balik dimasa cuti atau pada kesempatan yang ada. Ada juga yang tekad ingin memperbaiki hubungan mereka sebagai anak kepada ibu bapa kerana merindui kehadiran ibu bapa dalam hidup peribadi mereka.

Acap kali dilihat kehidupan orang - orang yang melayani ini kelihatan seolah - olah 'semuanya baik'. Namun seperti kebanyakan orang, mereka juga seorang manusia biasa yang mempunyai cabaran hidup yang tersendiri. Maka mereka juga seperti orang lain memerlukan 'telinga' untuk mendengarkan mereka. Inilah yang dikatakan sebagai panggilan melayani, pengorbanan yang susah namun harus dipikul dan dilalui. Sebagai pengikut Yesus yang baik, kita belajar dan bertumbuh dari cabaran tersebut dan berusaha memperbaikinya dan berharap agar semuanya akan jadi baik.

Rata - rata yang hadir menyatakan keperluan mereka dari segi sokongan doa dan semangat serta bersiap sedia menjadi 'talian hayat' apabila diperlukan dari ahli DYA yang lain. Manakala bagi rahmat, mereka memohon dari Tuhan rahmat, kekuatan, kecekalan hati, kesetiaan untuk 'tidak takut' meneruskan pelayanan mereka masing - masing selama empat bulan terakhir tahun 2019.

Gambar Santai

Bergambar kenangan selepas misa senja di Gereja St Pius ke 10, Bundu Tuhan bersama dengan Katekis (Bapa kepada Fettwinda Sipaan)
Hari ber - rekoleksi diakhiri dengan menghadiri misa senja di Gereja St. Pius ke-10, Bundu Tuhan dan malam kesyukuran bersama - sama dengan ahli keluarga Fettwinda Sipaan dan Esther Albert Alim. (Kedua - duanya melayani di Keuskupan Sandakan yang berasal dari Bundu Tuhan)

Mesyuarat DYA ke -28

Pada 15 September 2019, mesyuarat DYA ke-28 telah dimulakan dengan doa pagi (Divine office) dan seterusnya membincangkan agenda mesyuarat. Antara yang diperbincangkan adalah program Temasya Belia Keuskupan, Pelayanan Pelajar Kampus Katolik Keuskupan, Sabah Youth Day 5 dan program - program DYA pada tahun 2020. Berikut adalah antara program peringkat Keuskupan Sandakan / Sabah yang akan dijalankan pada tahun 2020:
  1. YouthPrepLink - April 2020
  2. Ulang tahun Komisi DYA ke 10 - Mei 2020
  3. Sabah Youth Day-5 - Ogos 2020
  4. Catholic Campus Students' Gathering - Oktober 2020
  5. Lawatan Pastoral (DYA turun padang)
Semoga apa yang dirancangkan dipermudahkan dan dapat membantu pertumbuhan iman para belia di seluruh Keuskupan Sandakan. Sehingga bertemu lagi di mesyuarat akan datang pada bulan Disember 2019. Pertemuan kali ini bukan sahaja bersama ahli - ahli DYA malah akan bertemu bersama dengan mantan ahli - ahli DYA yang terdahulu.


Gambar kenangan bersama ibu - bapa Esther Albert Alim

Saturday, September 7, 2019

REKOLEKSI, KESYUKURAN DAN MESYUARAT EVALUASI TIM PENGANJUR TBK

Sebahagian daripada tim penganjur yang hadir untuk rekoleksi
Sandakan - Pada 1 - 2 September lalu iaitu 16 hari selepas Temasya Belia Keuskupan  (TBK) Sandakan yang pertama diadakan, satu rekoleksi yang santai diadakan bagi memberi ruang kepada para penganjur untuk mengalami proses 'cooling down' pada masa yang sama untuk mengimbas semula apa yang bertumbuh dan diperolehi sepanjang menjadi penganjur semasa TBK yang lalu.


Rekoleksi yang dikendalikan oleh Sr. Rusiah Garuk, fsic telah mengajak para penganjur untuk merenung apa yang mereka telah perolehi secara fikiran, perasaan, spiritual dan fizikal. Rata - rata penganjur mengongsikan kepenatan secara fizikal yang dialami semasa penganjuran TBK. Namun disebalik kepenatan itu ada kepenuhan di dalam hati. Mereka dapat merasakan bagaimana Tuhan benar - benar berkarya di dalam melaksanakan tugas mereka dengan sepenuh hati dan memberikan yang terbaik.

Pada masa yang sama mereka juga dapat merasakan pertumbuhan dari segi pengetahuan berkenaan tugas mereka dan kepimpinan yang mereka ada. Tidak dinafikan dalam sepanjang penganjuran itu ada juga situasi yang mencabar keperibadian mereka dan di dalam situasi inilah mereka belajar untuk merendahkan hati dan terus setia dalam pelayanan sehingga tamat TBK.


Selepas sesi rekoleksi, para penganjur diajak dalam sesi peneguhan iaitu "When I look back... those were the best days of my life" yang dikendalikan oleh Saudari Anna. Dalam sesi ini penganjur diingatkan akan menghargai masa lalu agar dapat maju ke hadapan dengan hati dipenuhi dengan kesyukuran. Meskipun terdapat banyak cabaran yang dilalui, semua yang berlaku mengajar setiap orang untuk belajar dan bertumbuh dari segi iman dan pengalaman serta keinginan untuk memperbaikinya. 

Dalam sesi ini juga, para penganjur dibawa untuk menghargai persahabatan yang terbina. Kejayaan penganjuran TBK juga sangat berkait rapat dengan persahabatan yang akrab hasil dari cinta kasih kepada sesama. Tidak kira kesilapan dan kekurangan yang ada, masing - masing masih mengangkat teman seperjuangan mereka sebagai sahabat yang terbaik. Sesi ini diakhiri dengan memberikan 'affirmation' kepada semua yang hadir dan pemberian cenderakenangan yang berbentuk keychain tanda penghargaan.




Selesai sesi, semua penganjur meneruskan membawa rasa syukur mereka dalam misa hari Ahad di gereja St Joseph, Batu 2, Sandakan. Selesai misa, semua penganjur berarak ke Tropical Garden Trig Hill, Sandakan untuk makan malam kesyukuran. Suasana malam kesyukuran pada masa itu amat indah sekali, kerana semua merayakan kejayaan penganjuran TBK dan merayakan kasih persahabatan antara sesama. Keikhlasan untuk bersama amat dirasakan kerana masing - masing bersukacita dengan cinta kasih di dalam hati. Kedengaran tawa riang, ada yang meneruskan perkongsian dan ada yang menghiburkan. Sesungguhnya, setiap yang hadir is living the moments.



Pada 2 September 2019, pertemuan tim penganjur diteruskan dengan mesyuarat evaluasi program TBK. Dalam mesyuarat ini, masing - masing telah memberikan komen masing - masing berdasarkan kepada konsep 3S iaitu Success (Kejayaan), Shorfalls (Kelemahan / Kekurangan) dan Suggestion (Cadangan). Pertemuan yang sangat berbuah kerana masing - masing memberikan evaluasi dengan ikhlas agar penganjuran akan datang akan lebih baik.

Selesai mesyuarat, saudari Anna Teresa selaku Kordinator penganjuran TBK 2019, dengan rasminya telah membubarkan tim penganjuran TBK 2019 dengan rasminya. Semoga penganjuran TBK ini akan menjadi "the best days of their life" bukan sahaja kepada penganjur dan peserta tetapi kepada semua yang tealh terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran TBK 2019.

Pengumuman pembubaran Tim penganjur bagi program TBK 2019
Wajah - wajah sebahagian tim penganjur TBK (MOT, Sub - MOT, LOT dan Sub LOT), mereka adalah yang terbaik dan tidak sabar untuk penganjuran SYD 5 2020

Sebahagian MOT TBK yang hadir. Mereka juga merupakan ahli dalam Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan
Di kesempatan ini, Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Bishop Julius Dusin Gitom dan semua paderi serta para religus di seluruh Keuskupan Sandakan di atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan untuk penganjuran Temasya Belia Keuskupan Sandakan yang pertama kali ini. Ucapan penghargaan juga diberikan kepada semua ahli MPP, komiti - komiti pelayanan, KKD dan umat Paroki Sandakan yang telah turut serta secara langsung dan tidak langsung menjayakan TBK ini. Selain itu setinggi penghargaan juga diberikan kepada semua peribadi - peribadi yang telah menyumbangkan dalam bentuk kewangan, mahupun  dari material dan tenaga, terima kasih banyak - banyak. 



Ucapan terima kasih juga ditujukan khusus bagi Rev. Fr. David Garaman, selaku paderi penasihat bagi penganjuran TBK ini kerana kesetiaannya dalam berjalan bersama bukan sahaja dengan tim penganjur TBK akan tetapi dengan para belia seluruh Keuskupan Sandakan. Terima kasih kerana sentiasa mendengarkan para penganjur dan menuntun mereka dalam setiap langkah yang diambil dalam menjayakan program TBK ini. You are simply the best!

Akhir sekali, semoga melalui penganjuran ini Visi Keuskupan Sandakan untuk menjadi "Komuniti berpusatkan Kristus, melayani sesama dengan kasih" dapat direalisasikan. Semoga kerjasama dan pelayanan ini tidak berhenti di TBK, namun akan berterusan sehingga selama - lamanya. Semoga semua apa yang dilakukan ini adalah untuk kemuliaan Tuhan yang menjadikan "the impossible, possible!" Tuhan memberkati!

KURSUS SINGKAT PEMIMPIN IBADAT SABDA DAN PELBAGAI UPACARA DOA DI PAROKI ST. MARTIN, TELUPID

oleh Clly Gulimit

TELUPID - Kursus Pemimpin Ibadat Sabda dan Pelbagai Upacara Doa anjuran Komiti Katekis sekali lagi diadakan di Paroki St. Martin, Telupid selepas kali terakhir penganjurannya pada tahun 2015. Kursus singkat yang diadakan pada 23-25 Ogos 2019 ini telah disertai oleh 140 orang peserta yang terdiri daripada katekis senior dan umat awam dari seluruh paroki. Kursus ini bertujuan untuk membimbing para peserta agar dapat menyusun dan menyampaikan renungan serta memberi pendedahan akan cara-cara untuk memimpin ibadat sabda pada hari minggu.  
Para belia mengendalikan sesi Time of Life.
Sesi pada hari pertama dimulakan dengan pendaftaran seawal pukul 2:00 petang disusuli dengan Misa Kudus pembukaan yang diselebrankan oleh paderi paroki iaitu Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel. Seterusnya, slot pertama disampaikan oleh Sr. Patricia Limun bertajuk Kemahiran Memimpin Pelbagai Upacara Doa. Dalam slot ini, para peserta diberi pendedahan mengenai apa itu pelbagai upacara doa serta berpeluang untuk memahirkan diri dalam menyediakan dan memimpin upacara doa. Sesi soal jawab juga turut diadakan supaya peserta lebih memahami dengan lebih mendalam mengenai upacara doa yang biasa diadakan bagi umat Katolik.
Sesi Soal Jawab oleh Katekis John Lainsin selepas menyampaikan ceramah.
Sesi pada hari kedua pula dkendalikan oleh Katekis John Lainsin merangkumi beberapa slot. Antaranya adalah slot mengenai Jati Diri, Tanggungjawab dan Tugas Katekis yang membantu para peserta memahami bahawa sebagai katekis perlu mempunyai jati diri yang kuat agar dapat mengembangkan diri, iman dan semangat, kompetensi serta kecekapan dalam melaksanakan tugas sebagai katekis. Seterusnya, beliau menyampaikan slot bertajuk Menyusun dan Menyampaikan Khotbah. Menyusun renungan untuk dikongsikan nampak seperti mudah namun memerlukan persiapan yang rapi sebelum dapat melakukannya. Para peserta terlebih dahulu perlu memahami tujuan membuat renungan. Salah satunya adalah untuk menjelaskan lagi persoalan-persoalan mengenai firman Allah. Ada beberapa bentuk renungan yang boleh diguna pakai seperti renungan topikal, tekstual dan ekspositori.
Katekis Wilfred Albert Pain - Pengerusi Komiti Katekis Paroki St. Martin, Telupid menyampaikan ucapan penghargaan.
Sesi amali - Membuat Renungan dan Memimpin Ibadat Sabda
Setelah mendengar perkongsian daripada Katekis John, para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan lebih daripada 30 orang katekis senior ditempatkan di setiap kumpulan untuk membimbing para peserta dalam sesi amali. Dalam sesi ini, katekis senior telah memberikan perkongsian peribadi mereka tentang bagaimana mereka membuat renungan untuk dikongsikan pada ibadat hari minggu. Selain itu, mereka juga turut memberikan bimbingan kepada ahli kumpulan untuk memahami petikan alkitab bagi membuat renungan untuk disampaikan dalam khotbah. Bukan itu sahaja, mereka juga menunjukkan cara-cara memimpin ibadat sabda mengikut panduan yang telah disediakan. Seterusnya, ahli kumpulan secara bergilir-gilir menjalani praktikal sebagai pemimpin ibadat sabda. Selesai amali, ahli kumpulan membuat perkongsian sesama sendiri bagi membuat penilaian terhadap sesi amali yang telah dijalankan.
Sr. Patricia Limun menyampaikan sesi bertajuk Penjagaan dan Pembersihan Siborium, Piskis dan lain-lain
Pada hari terakhir kursus, Rev. Fr. Jasery dalam homilinya semasa merayakan Misa Kudus penutupan menyatakan bahawa peranan katekis sangat penting untuk membantu paderi khasnya dalam pelayanan terutama sekali di luar stasi. Beliau berasa sangat bersyukur atas penganjuran kursus ini kerana mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari seluruh paroki dan berharap agar masalah kekurangan katekis untuk melayani terutamanya di luar stasi dapat diatasi. Selepas Misa Kudus, Sr. Patricia menyampaikan sesi terakhir bertajuk Penjagaan dan Pembersihan Siborium, Piskis dan lain-lain serta Pemberian Komuni kepada Orang Sakit. Dalam sesi ini, Sr. Patricia telah memberikan penerangan secara teori dan amali supaya para peserta lebih jelas dengan apa yang disampaikan.
Sr. Patricia menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz spontan
Sesi bergambar beramai-ramai selepas Misa Kudus Penutupan
Berikut adalah beberapa perkongsian daripada beberapa orang peserta yang terdiri daripada katekis senior dan umat awam yang telah mengikuti kursus singkat tersebut:
Katekis Wilfred A. Pain - Pengerusi Komiti Katekis (Chapel St. Fidelis, Kiabau - Zon Jln Sandakan)
 “Saya bersyukur kepada Tuhan kerana melalui kursus ini saya dapat mempelajari sesuatu yang baru terutama sekali cara untuk menyediakan perkongsian. Selain itu, saya juga dapat memperbaharui pelayanan sebagai seorang katekis dimana saya disegarkan semula dalam pelayanan. Melalui kursus ini, saya berharap dapat memanfaatkan apa yang telah disampaikan oleh para penceramah dan melakukan yang terbaik untuk kemuliaan Tuhan serta untuk sesama khasnya kepada umat di tempat saya melayani. Harapan saya sebagai pengerusi Komiti Katekis agar umat awam yang menyertai kursus ini dapat menanam tekad untuk terus melayani dan menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang telah diajarkan untuk dikongsikan kepada sesama.”

Katekis Joneta Peter Kulang (Chapel St. Paul, Rumidi/Pinunakan - Zon Jln Nangoh)
“Saya rasa sangat bersemangat dan kembali segar setelah mengikuti kursus ini. Apa yang saya harapkan agar ada kesinambungan bagi kursus ini supaya para katekis dapat sentiasa diperbaharui dalam pelayanan. Selain itu, melalui kursus sebegini juga diharapkan dapat melahirkan lebih ramai pelapis menjadi katekis untuk melayani di paroki St. Martin, Telupid.”

Iap Guduh (Chapel St. Petrus, Kironggu - Zon Jln Tongod)
“Walaupun kursus ini singkat, namun amat bermakna bagi saya. Atas kemahuan sendiri serta dorongan daripada isteri membuatkan saya ingin menyertai kursus ini. Banyak pengetahuan yang saya perolehi menjadikan saya lebih bersemangat untuk melayani di ladang Tuhan. Melalui kursus ini, saya berharap semoga iman saya semakin berkembang, teguh dan dibaharui sehingga mampu menjadi saksi Kristus. Saya juga berharap agar akan ada peluang lagi untuk menyertai kursus seperti ini pada masa akan datang.”

Enniesia Julius (Chapel St. Joseph, Lumou - Zon Jln Ranau)
“Bagi saya, kursus ini sangat menarik dan menyeronokkan. Rasa ingin tahu akan kandungan kursus ini telah mendorong saya untuk menyertainya. Melalui kursus ini, saya dapat belajar bagaimana mewartakan Firman Tuhan agar dapat dihayati dan dijiwai umat setempat. Semoga semua peserta sentiasa bersemangat untuk melayani sesama dengan kasih Allah dalam mewartakan Firman Allah, seterusnya ramai yang terpanggil dengan rela hati dan berani menyahut panggilan sebagai katekis pemimpin ibadat.”

Friday, September 6, 2019

BEC INDAH JAYA RECEIVES BLESSINGS IN TOOLS AND EQUIPMENT

Reported by DaliusLL
Sandakan: What a blessing for the Basic Ecclesial Community (BEC) of Indah Jaya when they received provision of tools and equipment from the Batu Sapi Member of Parliament on 23rd August 2019. The simple handover ceremony was presented by Datuk Liew View Kiong, MP of Batu Sapi cum Malaysia Minister of Law to BEC Indah Jaya chairperson John Tan. The tools and equipment consists of grass cutters, a chainsaw, wheelbarrows, hoes, spades, ladders and pruning tools, worth about RM5,000.
For the past 10 years, members of the BEC Indah Jaya have been actively doing their monthly charity work by cleaning-up (gotong-royong) the Sibuga Catholic cemetery. Their community work and good track record in beautifying the cemetery has earned them to be recommended as a non-profit grass-cutting contractor to receive the grant. The BEC is also involved in regular cleaning up of another old Christian cemetery in Kam Jai Yen.
Around 30 active BEC members commit themselves in keeping the cemeteries clean and tidy which befits the holy ground of the church. Members collect rubbish left over by the visitors, grass cutting, pruning overgrown trees, maintaining landscape work and some repair work. Maintaining the two cemeteries had prompted them to seek funding from among their own members and those concerned Christians.  It is such a blessing that the Member of Parliament for Batu Sapi responded to the request of BEC Indah Jaya for a donation in kinds.
John Tan and his committee expressed their gratitude to Datuk VK Liew and his Parliamentary staff for their support towards this good cause. The committee believes that the provision of tools and equipment will motivate more members in offering their service to the church. In response, the law maker is happy to note that this assistance will not only help the BEC but also as a channel in reaching-out to others. Before he went for another appointment, Datuk VK Liew asked the committee to pray for him and in particular for the well-being of the country.   
BEC of Indah Jaya is also known as KKD St. Teresa of Calcutta was formed in 2010 in the neighbourhood of Taman Indah Jaya housing area under the parish of St. Mary Cathedral Sandakan with about 30 active families.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent