Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 3, 2019

Paroki Katedral St. Mary Merayakan Ulang Tahun Ke-136

oleh DS
Gambar oleh SOCCOM


Sandakan: Pada 18 Ogos 2019, Paroki Katedral St. Mary telah menyambut ulang tahun ke-136 dan juga upacara perlantikan menjadi katekumen bagi calon-calon yang akan dibaptis pada tahun hadapan.
Seramai 46 Katekumen telah terpilih iaitu 35 calon dari kelas Bahasa Malaysia, 4 calon dari kelas Bahasa Inggeris dan 17 calon dari kelas bahasa Cina. Antara 35 calon kelas BM termasuk 20 calon dari kelas IKD, 6 calon kelas remaja, 9 calon kelas kanak-kanak. Sebanyak 4 calon bagi kelas IKD Bahasa Inggeris dan 17 calon bagi bahasa Cina termasuk 15 calon dari Katedral St. Mary dan 2 calon dari gereja St. Mark.
Dalam ucapan Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua umat dan tahniah kepada Paroki Katedral St. Mary kerana telah merayakan ulang tahun ke-136. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti rosari rally, novena dan sebagainya bertujuan untuk menyatukan semua umat. Bapa Uskup turut menyatakan agar aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian serta pengukuhan iman dapat terus diadakan pada masa hadapan. Beliau mengakiri ucapan dengan menyeru kepada semua umat agar menyahut panggilan untuk melayani di mana-mana kumpulan pelayanan dalam gereja.
Paderi paroki Rev. Fr. David Garaman mengucap syukur kepada Tuhan atas hari yang bermakna iaitu hari ulang tahun ke-136 Paroki Katedral St. Mary, Sandakan. Beliau mengambil kesempatan untuk menghargai kumpulan pelayanan yang wujud dalam paroki termasuk gereja St. Mark dan St. Peter. Beliau menambah, melalui kepelbagaian kumpulan pelayanan inilah telah menjadikan kehidupan pastoral paroki menjadi hidup. Beliau kagum akan beberapa kumpulan pelayanan yang benar-benar menunjukkan komitmen tanpa mengira masa, tenaga dan jumlah sumber yang mereka telah sumbangkan kepada gereja. Beliau juga turut berterima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan kepada keperluan kewangan dan pembangunan fizikal paroki Katedral St. Mary serta semua penderma yang menderma melalui sistem Envelope Pledge System(EPS).
"Pelayanan dan komitmen yang aktif ini mengingatkan kita kepada Misi Keuskupan yang kerap kali ditekankan oleh Bapa Uskup iaitu 'Memupuk penyertaan aktif dalam gereja dengan Ekaristi sebagai sumber dan kemuncak kehidupan Kristiani.' Semoga komitmen begini dapat diteruskan dan menjadi peransang kepada umat yang lain untuk berpatisipasi secara aktif dalam kehidupan dan misi gereja khususnya paroki kita ini."
Setelah selesai perayaan Ekaristi, semua umat telah dijemput ke dewan paroki untuk bersama-sama merayakan hari ulang tahun tersebut.
Pelbagai persembahan telah dipersembahkan oleh beberapa komiti gereja, antaranya ialah tarian tradisi oleh Belia Filipino Pastoral, nyanyian koir oleh gabungan 4 bahasa, tarian tradisi oleh Komiti Pastoral Gereja St. Mark, lakonan St. Francis of Asisi dari para baptisan baru dan persembahan percussion dari Parish Youth Apostolate.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent