Bundu Tuhan - Pada 13 - 15 September 2019 yang lalu, rekoleksi dan mesyuarat kali ke-28 Komisi Kerasulan Belia Keuskupan (DYA) Sandakan telah diadakan dan seramai 10 ahli DYA telah hadir. Pertemuan pada kali ini diadakan di Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, kampung asal salah seorang dari ahli DYA iaitu Fettwinda Sipaan. Ini juga merupakan kali pertama rekoleksi dan mesyuarat diadakan di luar kawasan Keuskupan Sandakan.
"Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu, dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran." Amsal 17:17
Pertemuan beginilah yang selalu dinanti - nantikan oleh sebahagian besar ahli DYA kerana waktu inilah yang amat sesuai untuk merenung, berkongsi dan berhibur. Waktunya juga amat tepat sekali kerana setelah sebulan program Temasya Belia Keuskupan Sandakan berlalu, inilah merupakan masa untuk melihat semula pelayanan masing - masing.
Rekoleksi yang santai telah diadakan pada 14 September 2019 yang telah dimulakan dengan doa pagi. Dalam rekoleksi pada kali ini semua ahli DYA diajak untuk merenung akan soalan - soalan berikut dengan berdasarkan kepada petikan Lukas 15 : 1 - 10 (Domba yang Hilang / Duit yang Hilang).
- Apakah perasaan saya?
- Apakah berkat Tuhan yang saya syukuri?
- Apakah kesusahan dan cabaran yang saya lalui / hadapi?
Sesi renungan disebelah pagi diakhiri dengan perkongsian yang santai dan masing - masing memberikan sokongan antara satu dengan yang lain.
Rekoleksi diteruskan di sebelah petang dengan meneruskan renungan berdasarkan kepada tiga soalan berikut:
- Apa yang ingin saya komit dalam pelayanan saya dalam masa empat bulan ini (September - Disember 2019)?
- Apa yang saya perlukan dari kawan - kawan DYA untuk menghidupi komitmen saya selama empat bulan ini?
- Apakah rahmat yang saya mohon dari Tuhan untuk menghidupi 'Ya' saya dalam empat bulan ini?
Masing - masing memberikan perkongsian sambil minum kopi panas dan menghirup udara yang sejuk. Banyak yang telah dilalui baik secara peribadi mahupun dalam pelayanan. Ramai ahli DYA yang hadir menyatakan ingin komit dan meneruskan rancangan pelayanan yang sedia ada dan menghabiskan apa yang sedang berjalan.
Manakala, ada juga yang ingin memperbaiki komunikasi dengan ahli keluarga sendiri kerana mereka bekerja jauh dan hanya balik dimasa cuti atau pada kesempatan yang ada. Ada juga yang tekad ingin memperbaiki hubungan mereka sebagai anak kepada ibu bapa kerana merindui kehadiran ibu bapa dalam hidup peribadi mereka.
Manakala, ada juga yang ingin memperbaiki komunikasi dengan ahli keluarga sendiri kerana mereka bekerja jauh dan hanya balik dimasa cuti atau pada kesempatan yang ada. Ada juga yang tekad ingin memperbaiki hubungan mereka sebagai anak kepada ibu bapa kerana merindui kehadiran ibu bapa dalam hidup peribadi mereka.
Acap kali dilihat kehidupan orang - orang yang melayani ini kelihatan seolah - olah 'semuanya baik'. Namun seperti kebanyakan orang, mereka juga seorang manusia biasa yang mempunyai cabaran hidup yang tersendiri. Maka mereka juga seperti orang lain memerlukan 'telinga' untuk mendengarkan mereka. Inilah yang dikatakan sebagai panggilan melayani, pengorbanan yang susah namun harus dipikul dan dilalui. Sebagai pengikut Yesus yang baik, kita belajar dan bertumbuh dari cabaran tersebut dan berusaha memperbaikinya dan berharap agar semuanya akan jadi baik.
Rata - rata yang hadir menyatakan keperluan mereka dari segi sokongan doa dan semangat serta bersiap sedia menjadi 'talian hayat' apabila diperlukan dari ahli DYA yang lain. Manakala bagi rahmat, mereka memohon dari Tuhan rahmat, kekuatan, kecekalan hati, kesetiaan untuk 'tidak takut' meneruskan pelayanan mereka masing - masing selama empat bulan terakhir tahun 2019.
Gambar Santai |
Bergambar kenangan selepas misa senja di Gereja St Pius ke 10, Bundu Tuhan bersama dengan Katekis (Bapa kepada Fettwinda Sipaan) |
Pada 15 September 2019, mesyuarat DYA ke-28 telah dimulakan dengan doa pagi (Divine office) dan seterusnya membincangkan agenda mesyuarat. Antara yang diperbincangkan adalah program Temasya Belia Keuskupan, Pelayanan Pelajar Kampus Katolik Keuskupan, Sabah Youth Day 5 dan program - program DYA pada tahun 2020. Berikut adalah antara program peringkat Keuskupan Sandakan / Sabah yang akan dijalankan pada tahun 2020:
- YouthPrepLink - April 2020
- Ulang tahun Komisi DYA ke 10 - Mei 2020
- Sabah Youth Day-5 - Ogos 2020
- Catholic Campus Students' Gathering - Oktober 2020
- Lawatan Pastoral (DYA turun padang)
Semoga apa yang dirancangkan dipermudahkan dan dapat membantu pertumbuhan iman para belia di seluruh Keuskupan Sandakan. Sehingga bertemu lagi di mesyuarat akan datang pada bulan Disember 2019. Pertemuan kali ini bukan sahaja bersama ahli - ahli DYA malah akan bertemu bersama dengan mantan ahli - ahli DYA yang terdahulu.
Gambar kenangan bersama ibu - bapa Esther Albert Alim |
No comments:
Post a Comment