Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Tuesday, January 23, 2018

Sambutan 4 dalam 1 Katedral St. Mary Sandakan

Artikel oleh Natasha Novena
Gambar oleh SOCCOM Paroki Katedral St. Mary

Sandakan: Pada 7 Januari 2018 yang lalu, majlis kesyukuran dan penghargaan kepada para paderi telah diadakan di Katedral St. Mary, Sandakan. Acara ini bermula pada jam 11.30 pagi sebaik sahaja Misa Kudus selesai. Seramai lebih kurang 500 umat telah hadir dalam majlis tersebut.

Ketibaan Bapa Uskup, para paderi dan sister telah disambut dengan paluan gong tradisional. Acara dimulakan dengan menyanyikan lagu natal “Joy to the World” sebagai tanda sukacita atas kelahiran Juruselamat manusia, Yesus Kristus.
Selepas itu, Sdra. Pilis Malim selaku Pengerusi Pastoral Paroki Katedral St. Mary telah memberikan ucapan beliau. “Sekali lagi kita merayakan hari Natal yang begitu besar sekali dan merupakan tahun baru bagi kita serta satu perayaan yang bermakna bagi kita. Perayaan ini dirayakan oleh pelbagai umat dari pelbagai bangsa yang beragama kristian di seluruh dunia.”
Seterusnya, ucapan disampaikan oleh Rev. Fr. David Garaman selaku paderi paroki yang baru. Di dalam ucapan Fr. David, terlebih dahulu dia mengucapkan selamat hari natal dan selamat tahun baru kepada semua umat yang hadir. Beliau menyatakan rasa syukur kepada Tuhan kerana diberikan peluang sekali lagi untuk melayani di paroki ini dan mengucapkan terima kasih kepada Uskup Julius Dusin Gitom kerana telah memberi kepercayaan kepadanya untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai paderi paroki. Beliau juga menyatakan bahawa beliau akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan tugas beliau sebagai seorang paderi paroki yang baru dan mengajak semua umat untuk berkerjasama dalam merealisasikan visi dan misi Keuskupan khususnya di Paroki Katedral St.Mary Sandakan. 
Fr. David juga menyampaikan sedikit pesanan beliau kepada para belia, “Anda adalah berada ditempat yang teristimewa di dalam gereja kita. Gereja memerlukan bantuan belia, semangat belia, kejujuran belia untuk gereja kita dalam kristus untuk masa depan gereja kita. Jangan takut untuk menunjukkan bakat anda yang telah diberikan oleh Tuhan. I am looking forward untuk bekerjasama dengan belia, saya akan cuba untuk berjalan bersama kamu”.
Rev. Fr. Sunny Chung yang ditempatkan di Holy Trinity, Tawau sebagai pembantu paderi. Dalam ucapannya menyatakan “syukur  dan terima kasih kepada mereka yang telah mengenali saya setelah beberapa tahun saya menjadi seorang paderi, banyak pengalaman suka dan duka yang saya alami terutama sekali cabaran yang membuat saya menjadi lebih kuat untuk melayani di tempat yang baharu. Jika ada peluang lagi untuk berjumpa, saya akan menghadiri program-program yang dianjurkan di gereja ini.”
Di dalam ucapan Rev. Fr. Stanley Matakim, “terima kasih khususnya kepada Uskup Julius Dusin Gitom, para paderi, dan kepada semua sister kerana persahabatan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya sepanjang saya melayani di Paroki Katedral St. Mary ini selama tiga tahun, dari seorang seminarian sehinggalah saya ditahbis menjadi diakon seterusnya menjadi seorang paderi. Saya telah memperolehi banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru sepanjang saya melayani di Katedral ini dan saya berharap apa yang saya pelajari disini akan saya bawa ketempat yang baru. Sekali lagi, doakan saya kerana saya memerlukan doa kamu semua untuk meneruskan pelayanan saya di St. Martin, Telupid”.
Acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan kasih kepada para paderi oleh umat disusuli dengan acara pemotongan kek.
Ucapan yang terakhir telah disampaikan oleh Yang Mulia Uskup Julius Dusim Gitom. Dalam ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada Fr. David, Fr. Stanley dan Fr. Christopher atas ulang tahun pentahbisan yang diraikan. “Saya sungguh-sungguh berterima kasih kepada Fr. Sunny dan Fr. Stanley yang telah membantu saya dengan begitu bersemangat. Tanpa mereka mungkin banyak perkara yang kita tidak dapat lakukan”. Bapa Uskup turut menyatakan bahawa Fr. Sunny akan datang ke Katedral ini sekali dalam sebulan untuk melayani umat khususnya komiti Bahasa Cina. Selain itu, beliau mengajak untuk mengambil peluang ini untuk berinteraksi antara sesama sebagai salah satu cara untuk mencapai visi dan misi keuskupan. Beliau mengongsikan pengalaman beliau yang menarik dan mencabar sepanjang dia menjadi paderi paroki di Katedral ini selama dua tahun. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua umat atas kerjasama yang telah diberikan kepada beliau selama dua tahun beliau menjadi paderi paroki. “Apa juga kerjasama yang telah kamu berikan kepada saya selama ini, berikanlah itu kepada Fr. David dan Fr. Christopher. Itulah harapan saya.” Beliau turut menyatakan terima kasih kepada para sister yang juga telah banyak menyumbang di dalam paroki. Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun baru.
Beberapa persembahan turut disediakan bagi memeriahkan lagi acara termasuklah pembahagian hadiah kepada semua kanak-kanak yang hadir. Acara berakhir pada jam 2.30 petang dengan doa penutup oleh Fr. Stanley W. Matakim.

Monday, January 15, 2018

JAMUAN KRISMAS IKD SESI 2017-2018

ARTIKEL DAN GAMBAR OLEH DOMINGGUS

St.Dominic, Lahad Datu – Pada 7 Januari 2018, Komiti Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) telah mengadakan jamuan krismas bagi para katekumen bersama para pembimbing yang bermula pada jam 11:00 pagi. Seramai 50 orang yang telah hadir untuk memeriahkan jamuan ini. Antaranya adalah para penanggung, ibu bapa serta keluarga katekumen. Turut dijemput dalam jamuan tersebut ialah Saudara Sebastian Francis selaku Penyelaras Katekatikal Pusat, Sr.Evelin Tivit dan Paderi Paroki Rev. Fr. Simon Kontou.
Dalam kata alu-aluan Saudara Bob Remon selaku pengacara majlis dan juga Penyelaras Komiti IKD mengatakan “Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini terutama Fr. Simon, Sr. Evelin dan saudara Sebastian kerana telah meluangkan masa pada hari ini. Terima kasih juga kepada para katekumen yang telah berpartisipasi bersama para penanggung, ibu bapa dan keluarga masing-masing. Terdapat juga para katekumen yang tidak dapat hadir atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Namun, kita harus meneruskan jamuan krismas ini agar dapat merayakan bersama para katekumen dengan Sukacita Natal”.
Sejurus selepas itu, saudara Sebastian dijemput untuk menerangkan tentang Minggu Katekatikal sekaligus memberi ucapan. Dalam ucapannya, beliau mengucap syukur  dan berterima kasih kepada Fr. Simon, para pembimbing, para katekumen serta semua hadirin yang telah hadir dan diberi peluang untuk merayakan jamuan krismas di dewan paroki. Beliau menyentuh tentang Minggu Katekatikal dimana sebelum ini dirayakan pada bulan September namun tahun ini dirayakan pada bulan Januari. “Oleh kerana pertukaran itu, Komiti Katekatikal Pusat telah inisiatif untuk membuat Konsert Katekatikal. Ini adalah kali pertama katekatikal kita membuat konsert. Dengan Ini, kita sudah membuat satu langkah, dengan mengadakan konsert katekatikal dan mungkin terdapat kecacatan-nya atau kekurangan dalam penganjuran kita. Tetapi saya sangat gembira bila mendengar IKD mahu dengan semangat untuk mengikuti di dalam minggu katekatikal ini”.
Dalam ucapan beliau itu juga, ia menyentuh tentang makna merayakan minggu katekatikal dan peranan serta tanggungjawab para pembimbing kepada umat. “Jika di sekolah kita merayakan hari guru tetapi disini kita merayakan hari minggu katekatikal, ia mengimbas kembali peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pembimbing dimana ia merelakan diri untuk membimbing, serta membantu di dalam pelayanan ini. Pada hari itu juga kami, sebagai pembimbing akan diberi pengutusan oleh Paderi Paroki untuk menguatkan kami dalam pelayanan dan melayani umat sekalian. Semoga minggu katekatikal nanti akan berjalan dengan baik dengan kerjasama dari anda semua, saya mengucapkan terima kasih kerana telah menjemput saya dan Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru”.
Pertukaran Hadiah
Jamuan dibuka dengan doa pembukaan disusuli doa makan oleh Fr. Simon. Sejurus selesai makan, acara utama dalam jamuan krismas ini ialah Pertukaran Hadiah antara para katekumen dan para pembimbing. Selepas itu, acara jamuan krismas ditutup dengan doa yang dipimpin oleh saudara Bob Remon dan gambar bersama. Acara selesai kira-kira jam 2:00 petang.
Gambar bersama

Wednesday, January 10, 2018

ST. MARY CATHEDRAL NEW YEAR 2018 MASS

Reported by DaliusLL

Sandakan: St. Mary Cathedral Sandakan celebrated Mass of the Solemnity of Mary, the Mother of God, a Holy Day of Obligation in the Catholic Church on every 1st of January, on which is also a Mass of celebration of the first day of New Year 2018. The Church also observes the World Day of Peace on this day.
Today also marked the first day of Fr. David Garaman officially assumed duty as the new rector of St. Mary Parish which was well attended by St. Mary’s parishioners. In his homily, Fr. David started with the explanation of the importance of this feast and Mother Mary’s role in the mystery of salvation to all Christian. When talking on the New Year resolution, he opined that mostly the failure in keeping one’s resolution was because we did not consult God first. He advised that the first thing we should do is to resolve in strengthening our relationship and walk with God and let Jesus live and lead us in our lives. He then posed the question whether everyone has this resolution as their commitment and priority in lives?
He pointed out that the Vision and Mission statements of the diocese, “Christ-centered community, serving one another with love”, is a good start and guideline towards one’s commitment in having a good relationship with God in our journey of faith for this year. Fr. David said that it is not enough that every Sunday we recite the Vision and Mission prayer only but we have to act upon it and work it out in building the relationship with God, in building the church and in journeying together in faith. He called upon all to commit themselves as a family in realising the Vision and Mission of diocese.
After the Mass, everyone took the opportunity to exchange New Year greetings with one another and with Fr. David.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent