Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 28, 2019

PERKONGSIAN MENYENTUH HATI DI KALANGAN AHLI KKD

GAMBAR : WARGA KKD ST. BENEDICT
LAPORAN: PN. LUCY FRANCIS

Sandakan: Lawatan Pastoral Komuniti Kristian Dasar yang terakhir untuk KKD St. Benedict tahun ini telah diadakan pada 12 November di kediaman keluarga Alice Epifanisa Lee. Pertemuan ini telah dilawati oleh Sr. Regina Kimung, Fsic dengan dihadiri seramai lebih kurang 25 orang ahli KKD.
Perjalanan pengisian pada malam itu dipimpin oleh Matheus Sodomon dan dimulai dengan doa pembukaan daripada Sr. Regina. Seterusnya ‘4 langkah perkongsian Alkitab’ dimulakan dengan mengambil pembacaan Injil minggu itu iaitu Lukas 21 : 5 – 19 “Kalau kamu tetap bertahan, kamu akan memperoleh hidupmu.”
Perkongsian Firman Tuhan pada malam itu telah memberikan semangat baru dan tanpa segan, ahli KKD memberikan perkongsian serta pengalaman tentang perjalanan hidup masing-masing sebagai Katolik. Terdapat di kalangan  ahli sampai menitiskan air mata mendengar perkongsian ahli KKD yang lain. Titisan air mata memberi maksud kegembiraan kerana hadirnya Yesus dalam diri setiap umat yang mempercayai-Nya. Rumusan perkongsian daripada Sr. Regina pada malam itu lebih menambahkan pengalaman setiap ahli secara tidak langsung dapat memberi pertumbuhan iman kepada setiap individu yang hidup berkomuniti dalam KKD. Puji Tuhan.
Perkongsian 4 langkah Alkitab oleh ahli KKD
Doa penutup dan doa makan diteruskan pimpinan Sr. Regina sekali lagi. Pertemuan malam itu telah dapat menambahkan pengalaman setiap ahli yang hadir selain telah menunjukkan semangat memberi perkongsian peribadi dengan hati yang lebih terbuka. Syukur dan terima kasih kepada Sr. Regina kerana dapat membawa satu perkongsian yang berkaitan tentang hidup iman Katolik yang mencabar serta pentingnya hidup berkomuniti dalam KKD.
Perkongsian Sr. Regina Kimung, fsic
Diakhir pertemuan, Pengerusi KKD St. Benedict, Paulina Francis sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kedatangan Sr. Regina ke KKD St. Benedict sempena program lawatan pastoral. Acara selesai pada jam 10 malam. Tuhan memberkati.
Ucapan Pengerusi KKD St. Benedict

PERAYAAN MISA KUDUS DAN BERKAT RUMAH DI KKD ST. BENEDICT

Gambar : Team KKD St. Benedict
Laporan : Lucy Francis

Sandakan: Salah satu keluarga Komuniti Kristian Dasar (KKD) St. Benedict telah memohon agar mengadakan Misa Kudus dan sekaligus memberkati kediaman mereka.
Perayaan Misa Kudus telah diadakan pada 8 November 2019 pada jam 7.30 malam, di rumah Richard Jaikim, salah satu keluarga Katolik di Taman Sri Rimba. Misa Kudus ini dirayakan oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus dan dibantu oleh Diakon Stephen Esguerra dan Seminarian Jescie Petrus, serta dihadiri lebih kurang 50 warga KKD St. Benedict.
Dalam homili Rev. Fr. Christopher, beliau yang mengaitkan pembacaan injil yang dipetik dari (Lukas 16: 1–8) yang menyatakan tentang anak-anak di dunia lebih bijak berbanding dengan anak-anak terang. Beliau menjelaskan juga tentang siapakah golongan anak-anak terang yang sama maksudnya dengan anak-anak cahaya?, mereka inilah dianggap sebagai pengikut Yesus yang mengikut ajaran Kristus, dan menghindari atau meninggalkan perkara-perkara yang tidak mengikut ajaran Kristian. Ahli-ahli KKD yang hadir misa itu juga dianggap sebagai anak-anak cahaya.
Selepas Misa Kudus, Pengerusi KKD St. Benedict, Paulina Francis telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada tuan rumah dan juga kehadiran semua ahli KKD yang memberansangkan dengan sikap kerjasama dan penuh komitmen. Richard Jaikim selaku tuan rumah sempat memberikan ucapan terima kasih atas kehadiran Rev. Fr. Christopher yang telah mengadakan misa serta memberkati rumah mereka. Beliau seterusnya menyampaikan terima kasih kepada semua ahli KKD yang hadir pada malam itu.
Richard Jaikim memberikan ucapan
Acara diteruskan dengan gambar bersama disusuli doa makan malam yang dipimpin oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus. Acara selesai sekitar jam 10.30 malam. Tuhan Memberkati.
Ahli keluarga Richard Jaikim bersama Rev. Fr. Christopher Ireneus

Monday, November 25, 2019

REKOLEKSI PYA SANDAKAN

oleh Airene AG

Sandakan – Kerasulan Belia Paroki Sandakan telah mengadakan rekoleksi di Pondok Meditasi, Marian Mount pada 9 November 2019 dengan bertemakan “Maka kamu Kuberikan hati yang baru dan pikiran yang baru. Hatimu yang sekeras batu itu akan Kuganti dengan hati yang taat – Yeh 36:26.”
Rekoleksi singkat tersebut dimulakan dengan sarapan pagi bersama dan diteruskan dengan Doa Rosari di sepanjang Koridor Rosari Maria dan perhentian terahkir adalah di Pondok Meditasi.
Selesai sahaja Doa Rosari, sesi diteruskan dengan Time of Life. Melalui lagu-lagu rohani yang dinyanyikan, peserta rekoleksi dapat mengekspreskan ungkapan rasa syukur dan terima kasih kepada Pencipta di atas kesempatan untuk melayani dalam pelayanan belia dan menyertai rekoleksi di kala masing-masing sibuk dengan komitmen peribadi, pekerjaan dan pelajaran.
‘Recollection Master’ kali ini dipimpin oleh Deacon Stephen Esguerra. Di dalam sesi tersebut, Deacon Stephen mengajukan beberapa soalan untuk direnungkan bersama. Berikut adalah soalan-soalan yang telah diajukan sesuai dengan tema rekoleksi:
1. Mengapa kita melayani? 
2. Bagaimanakah hubungan saya dengan Tuhan dan orang-orang disekeliling saya?
3. Apa/di mana saya boleh melayani Tuhan dan sesama?
4. Apakah cara supaya saya boleh selalu mendengar Firman Tuhan dan membenarkan Roh Kudus berkarya di dalam kehidupan saya?
5. Mengapa saya harus ke Gereja dan menghadiri Perayaan Ekaristi?
6. Siapakah Yesus dalam kehidupan saya? Adakah saya mengenali Dia atau belum? Jikalau belum, apakah cara supaya saya boleh mengenali Dia dengan lebih baik? Jikalau sudah, apakah cara supaya saya boleh menghidupi ajaran Kristus?
7. Apakah panggilan saya di dalam Gereja?


Setelah itu, peserta diajak untuk membuat renungan secara peribadi dan mengongsikan hasil renungan kepada rakan-rakan di dalam rekoleksi tersebut.
Selesai sesi input, disusuli dengan Perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Paderi Paroki merangkap Penasihat Rohani PYA, Fr. David A Garaman. Dalam homili Fr David mengongsikan di usia yang masih muda, kita tidak akan tahu dan mengerti apa itu ‘panggilan’ dan tidak mengenal panggilan masing-masing. Hanya dengan mendekati dan mencintai Gereja, seseorang itu akan dapat dibentuk dan perlahan-lahan panggilan itu akan menjadi jelas sehinggalah seseorang itu dengan berani mengatakan ‘YA’ akan panggilan masing-masing.
Sesi rekoleksi diakhiri dengan sesi bergambar bersama dan makan tengahari.


PERKONGSIAN DARIPADA PESERTA REKOLEKSI

CRISTOPHER ABAN
1. Mengapa kita harus melayani?
- Kerana hidup seorang Kristian adalah untuk melayani, melayani sesama dengan kasih.
- To nurture active church participation with the Eucharist as the source and summit of Christian Life.
- Memupuk penyertaan aktif dengan Ekaristi.
2. Bagaimana hubungan saya dengan Tuhan dan sesama?
- It's a Proses, seperti hubungan kawan, ibubapa, walau di mana pun peringkat hubungan itu, for me hubungan Tuhan kadang-kadang baik jika apa yang didoakan dimakbulkan, tapi bila sebaliknya, marah, benci pun ada, takut apabila ditinggalkan dan sebagainya.
3. Apakah pelayanan yang boleh/mampu dilakukan untuk Allah dan sesama?
- NIAT
- talent selagi mampu. Namun Allah tidak memaksa kadang-kadang we are stuck between pelayanan, family dan kerja. But pelayanan works every ways,
4. Bagaimana saya harus dapat/sentiasa buka hati untuk mendengar Firman Tuhan dan benarkan Roh Kudus berkarya di dalam kehidupan saya?
- Doa, Misa, hening, dengar, seperti contoh macamana kita mau dengar kawan-kawan atau ibubapa bercakap? Dengan senyap senyap kita mendengar.
5. Mengapa kita perlu pergi Gereja dan mengikuti Misa Kudus?
- Makanan rohani.
6. Siapakah Yesus dalam kehidupan saya?
- Segalanya
7. Adakah saya mengenal siapakah Yesus Kristus? Sudahkah saya mengenali Dia atau belum?
- It's a process. Tak kenal maka tak cinta.
8. Apakah panggilan saya di dalam Gereja?
- Kehidupan adalah satu anugerah .
- Talent.
- Tidak perlu sempurna, perbezaan menjadi istimewa, berikan yang terbaik.
- Kehilangan kesedaran untuk menghargai apa yang dimiliki.
- Kegagalan bukan saat jatuh, but di saat menyerah.

FRANCES MARITESS UNABIA-SILVEO
“I shall give you a new heart and put a new spirit within you. I shall remove your heart of stone and give you a heart of flesh” – Ezekiel 36:26
Selepas melahirkan anak ketiga, tahun 2007, saya tidak terlibat secara aktof seperti sebelumnya dalam Pelayanan Belia. Suasana begini memang saya rindu.
Selesai bersarapan, kami mulakan 'pendakian' kami ke Bukit Marian, dan saya mula rasa serasi dan selesa bersama belia lain semasa sarapan, jadi rasa resah memimpin Doa Rosari hilang. Perjalanan tiga stesen terawal saya rasakan mudah. Selesai bergambar dan diberi sedikit briefing, kami teruskan perjalanan ke stesen keempat. Ternyata perjalanan menuju Meditation Hut tidak semudah yang saya jangkakan.
Saya bersyukur Deacon Stephen jalan di hadapan saya dan kami semua. Melihat Deacon berjalan dengan tenang sambil alihkan kayu-kayu dari jalanan, saya merasakan sedikit demi sedikit dosa-dosa, keluhan saya kepada Tuhan selama ini 'dialihkan' supaya saya dapat teruskan perjalanan dengan lebih jelas dan tenang. Saya mula merasa dan mendengar degupan jantung saya di sepanjang jalan yang curam itu. Sambil meneruskan Doa Rosari dalam hati, saya mula merasakan bebanan yang saya pikul selama ini 'terangkat'. Melihat kehadiran Fr David dan Deacon Stephen di kalangan kami memberikan saya suatu 'assurance' yang Tuhan Yesus menyertai perjalanan pelayanan kami.
Perayaan Ekaristi yang diraikan di Meditation Hut merupakan perayaan Ekaristi pertama seumpamanya yang saya sertai. Dalam perayaan yang istimewa itu, Fr David berpesan kepada kami yang hadir, bahawa pada awalnya, kita tidak tahu apa panggilan kita. Tetapi dengan cara belajar untuk mencintai Gereja, hati kita akan mula dibentuk dan panggilan kita akan jadi jelas. Dengan belajar untuk mencintai Gereja, sepertimana kita menunjukkan puji syukur kepada Tuhan dengan kedua-dua tangan, dengan menggunakan kedua-dua tangan jugalah kita mengerjakan pelayanan.
Pelayanan belia adalah sesuatu yang unik. Ada naik dan ada turunnya. Memperbaharui dan diperbaharui dalam iman, seperti tema Rekoleksi, adalah suatu proses yang bagi saya hampir sama dengan proses menaiki Bukit Marian. Kena bersiap-siap dengan memakai kasut yang sesuai, kena berhati-hati untuk elak daripada tercedera atau tergelincir semasa pendakian. Kena melihat kiri kanan depan dan belakang kerana kita bukan bersendirian. Saya bersyukur sedang melalui proses pembaharuan yang berterusan. Setiap masa yang saya luangkan bersama belia pada hari itu banyak memberikan saya sesuatu untuk saya bawa dalam refleksi dan doa.
Saya doakan Pelayanan Belia bertumbuh lebih dalam dan kuat lagi. Berita baiknya, kita cukup tenaga belia untuk menjalankan Pelayanan ini. Berita buruknya pula, tenaga belia itu masih membaca perkongsian ini.
Salam Damai dan Tuhan memberkati.

SEMBANG - SEMBANG TENTANG ADVEN SAMBIL MERAPATKAN PERSAHABATAN


Lawatan Pastoral ke Misi Paitan oleh dua wakil Komisi Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) telah berlangsung pada 15 hingga 17 November 2019, bertempat di Gereja St. Francis of Asissi, Sukang. Turut serta dalam lawatan ini adalah dua belia dari katedral St Mary, Sandakan.

Lawatan singkat ini merupakan satu program pertemuan yang lebih bersifatkan persahabatan. Oleh kerana musim Adven tidak lama lagi akan menjelang maka, wakil KBK mengambil kesempatan ini untuk mengongsikan makna Adven. 

Sr. Rusiah Garuk, fsic: Mengongsikan sejarah Adven dan penerangan tentang makna warna serta simbol - simbol Adven

Anna membawa para belia dan kanak - kanak dalam aktiviti perkongsian perjalanan hidup peribadi mereka berdasarkan kepada empat kitaran musim Adven
Program telah dimulakan dengan pengenalan tentang sejarah Adven dan disusuli dengan sesi penerangan warna dan simbol-simbol yang digunakan semasa musim Adven. Sesi ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan persiapan bersama untuk memasuki musim Adven. Selesai sesi, para belia di bawa aktiviti perkongsian perjalanan hidup mereka secara peribadi yang berdasarkan kepada empat kitaran musim Adven. Melalui perkongsian mereka, rata - rata mengongsikan bahawa mereka mengalami sukacita setiap kali ke gereja dan melayani. Program satu hari itu telah diakhiri dengan doa Taize yang turut di sertai oleh Rev. Fr. Thomas Makajil.

Perkongsian singkat ini telah membawa suatu lagi pengertian akan keperluan belia-belia sekitar Keuskupan ini khasnya bagi belia Misi Paitan untuk terus berjalan bersama sesuai dengan keperluan setempat dan situasi semasa.


Perkongsian Peribadi - Anna Teresa : Dalam pelayanan saya dalam belia khususnya, saya melihat belia dari remaja sehingga mereka menjadi orang dewasa. Dalam hampir 10 tahun dalam pelayanan, saya kerap ke Paitan dan dalam 10 tahun itu saya menemui belia - belia yang datang dan pergi. Pergi - kerana kerja dan sambung sekolah serta ada yang berkahwin. Datang - yang datang ini adalah kanak - kanak, mereka ini merupakan adik atau anak buah dan ada juga datang kembali melayani setelah selesai belajar. Apa yang ingin kongsikan disini adalah gereja di Misi Paitan ini akan sentiasa hidup kerana adanya belia dan kanak - kanak. Bagi saya, sebagai yang melayani, saya harus terus berjalan dengan mereka dan untuk datang ke Paitan merupakan satu berkat dan rahmat pada masa yang sama, kerana setiap kali saya datang ke Paitan, Tuhan tidak pernah gagal untuk mengingatkan kepada saya akan kekayaan keindahan dalam kesederhanaan mereka.

Tuesday, November 19, 2019

『愛你已久!愛禰依舊!』


(山打根訊)  『愛你已久!愛禰依舊!』將臨期講座圓滿結束。

由山打根聖瑪莉主教座堂華文協調委員會主辦,並邀請砂拉越詩巫教區江宗
歡神父主講。114日至6日,一連三晚于教區朝拜中心舉行。

江神父以匝凱的故事開始第一晚的分享。“充滿在這里”歌曲中帶我們進人主的聖殿,心中升起願望,就是要見禰面;“穩穩的幸福”深深體會到在主內,就有滿滿的幸福。

江神父說道:「我們在尋找幸福時,往往會遇到許多阻礙,有的是人際關係,有的是來自于本身。」“主的愛如今”讓我們了解~主的愛一直都在。

最后江神父以匝凱的故事作為結束,神父唸出在場每一位兄弟姐妹的名字,就像耶穌對匝凱說的一樣:「XXX,我今天必須住在你家。」

“不變的愛”天主的愛是永遠不會變的。而我們的信仰面臨了什么阻礙?由于現世科技的發達,電訊產品的盛行,導致人與人之間缺乏溝通、交談;我們是否有足夠的關懷對待身邊的人?甚至好好看一看對方的臉。

第二晚,夫妻、父母與兒女、兄弟姐妹、朋友或者陌生人配對,不說話,彼此對望10分鐘。爾后有2對夫妻、母子及母女分享10分鐘彼此凝望的感受。
其中,JEROMEGRACE分享“結婚50年,相看兩不厭”最讓人感動。

116日,以恭敬、渴望的心在基督聖體前,結束最后一晚的講座。江神父還帶動唱“主恩典”,所有人都一起動起來。

感謝主!禰藉江宗歡神父帶給了我們一個“新”的分享,以好好準備我們自己,迎接禰的來臨。阿門!

文:廖琳琳
图:戴伟邦















Saturday, November 9, 2019

Diaconate Ordination of Seminarian Stephen Esguerra

by SOCCOM Sandakan

Sandakan: Around 1,000 Catholic faithful converged at St. Mary’s Cathedral to witness and celebrate the diaconate ordination of seminarian Stephen Esguerra on 28th October 2019 at 10.00 am. He is the fifth candidate to be admitted to the Holy Order since the inception of the Sandakan Diocese in 2007.
The diaconate ordination of Stephen Esguerra was solemnized by Rt. Rev Julius Dusin Gitom, the Bishop of Sandakan after he was recommended by Fr. David Garaman, the Rector of St. Mary's Cathedral. Con celebrating the Ordination Mass were priests from the Diocese of Sandakan and Fr. Francis Dakun from St.Peter’s College (Major Seminary) Kuching.
The prelate in his homily addressed the candidate saying among others his commitment is to serve God and mankind with love and joy as well as to do the will of God generously. The candidate must be firmly rooted in faith, not merely listening to God’s word but also preach it and express in action what is proclaimed.
During the Presentation of the Book of the Gospels, the prelate places the Book of the Gospels in the hands of the newly ordained and says: “Believe what you read, teach what you believe, and practice what you teach.”
In his speech after the mass, Fr. David Garaman expressed his appreciation to all who were involved in helping to organize the diaconate ordination. He went on to say, “We have been blessed with the gift of God that allows us to witness and celebrate two ordination ceremonies, Fr. Dafrinn Diwol in his priestly ordination and today the diaconate ordination of Seminarian Stephen Esguerra.” 
The newly ordained Deacon Stephen expressed his gratitude to God Almighty for His blessing, love and compassion. He could not imagine that he would become a deacon. He believed that with God’s help in his journey of spiritual life, he had gained much experience that had shaped him to become of what he is today. He thanked Bishop Julius, Fr. David, all Diocesan priests and his formators from St Peter’s College for their guidance and support.
In his congratulatory message, Bishop Julius thanked Fr. David, the parish priest, all clergy, religious sisters and the lay faithful from across the diocese for their presence in support of the diaconate ordination ceremony.  The prelate said that the day is a blessing from the Lord, a gift granted to the community. He also encouraged the youth to continue to serve the Lord and respond to the call to become priests or religious. Lastly he congratulated the newly ordained Deacon Stephen and he will continue to support and pray for him that he will be ordained a priest in the near future. He thanked all the parishioners, groups/communities, contributions and the commitment and dedication in preparation of the event.
Mr. Michael Lai, Chairman, Organizing Committee of the Diaconate Ordination
After the ordination mass, everyone adjourned to the Parish Hall for the luncheon reception. In his welcoming speech, the organizing chairman, Michael Lai praised the Lord for the auspious day and the wonderful ceremony. He thanked His Lordship Bishop Julius and all priests who had con celebrated the mass. He thanked and welcomed the family members of Deacon Stephen who had come from far and near to lend support to the Deacon. He conveyed his gratitude to all members of the organizing team, the parish priest Fr. David Garaman and also his assistant Fr. Christopher Ireneus for their strong support.

A Journey to the Diaconate Ordination
(An Interview with Deacon Stephen Esquerra by SOCCOM)
Deacon Stephen Esguerra born 37 years ago in Tawau, is the sixth child in a brood of 10 to a devout Filipino Catholic couple, Jose and Marina Esguerra. He attended pre-school at Tadika Holy Trinity, primary school at S.K. Holy Trinity (1989 – 1994) and secondary school at S.M. Holy Trinity (1995 - 1997). After Form 3, he shifted to a technical school where he studied Electrical and Electronic in Sekolah Vokasional Tawau (1998 – 1999).  His good result in the technical school had earned him to be admitted to the only Marine College in the country, Akademi Laut Malaysia (ALAM) in Melaka where he majored in Marine Engineering (2000 – 2004).
After having graduated from the technical school, he wasted no time in applying his technical knowledge by working with one of the country well known construction and developer company in Kota Kinabalu. His working career was cut short when he decided to further his studies in ALAM. His qualification as a Marine Engineer has landed him a lucrative career with the National shipping company MISC Berhad. His life on board a ship was adventurous for he sailed the seven seas, exciting because he could set foot in many foreign countries and rewarding because the pay was good. But at certain points in a sailor’s life, he would want to settle his career ashore and planned a family of his own. When loneliness and emptiness started creeping into his life, he made the decision to resign after 5 years with the shipping company. His immediate plan was to seek a job related to maritime which was aplenty in Labuan, the hub of oil and gas industries.
His journey to the seminary started in an unexpected way. While waiting for the response for his new job application from Labuan, Deacon Stephen returned to his family home in kg. Ulu Madai, Kunak. After years away, he now has quality time not only with his family but also with God through his involvement in their local Church. His presence in the vocation briefing in Bundu Tuhan was merely to make use of his free time and taking the opportunity to visit local places he has never been before.  He still recalled when the then Fr. John Wong (now Archbishop) interviewed him on whether he had that calling or discernment to be in religious life, his answered was a flat ‘NO’.
Newly ordained deacon with Rt. Rev Julius Dusin Gitom, Bishop of the Diocese of Sandakan.
Weeks later, his brother informed him that there was a letter in their post box addressed to him. His immediate thought was a letter of offer from his job application in Labuan. What a great disappointment for him when the letter was actually from the office of the Catholic Archdiocesan Center (CDC) informing him that he was shortlisted to attend the Vocation Retreat in Bundu Tuhan and he had to confirm his acceptance by a certain date. He thought that he had a very good excuse not to attend the registration session since he was looking after his sick father in hospital. Surprisingly, his father was discharged with a clean bill of health way ahead of the registration date.  On the day of registration, he simply packed his things that morning and waited for the bus to Kota Kinabalu. His house is in kg. Ulu Madai, Kunak situated nearby the trunk road whereby buses ply the Tawau - Kota Kinabalu route every day. Two busses had passed by with no more vacant seat available and knowing well that there would be only one remaining last bus for the day leaving Tawau. He recalled how he looked up to heaven and talked to God, “if there is no more vacant seat in the last bus then that calling is not meant for him”. Guess what, indeed that last bus had one vacant seat available but according to the conductor that the one seat had already been paid-up by the passenger who did not turn up on the time of departure.
Newly ordained deacon with clergy and his mother.
He entered seminary at the age of 29 as an aspirant in the Catholic Diocesan Center (2011), Minor Seminary Kota Kinabalu for the Initiation year (2012), Major seminary Kuching for Philosophy (2013 – 2014) and Theology (2015 – 2019).
When asked what had kept him in perseverance in the seminary, he replied: “I was moved by the voice of my village folks in Madai yearning for priests to visit them on every Sunday service. They are like sheep without shepherd and I remembered praying for God to send more labourers to His vineyard (Matt 9:36-37).” That very voice of his village folks inspired him to respond to his own prayer.
Newly ordained Deacon with his family members.
His seven years of formation has been fulfilling but not without trials and tribulations. He shared, “Journey in the seminary is like a dream. As I reach my final phase of formation, I come to realize that life in the seminary is like the ocean, it can be calm or still and rough or rigid, but in the end, it is always beautiful. I thank God for all the blessings that He gave me throughout this journey.”
His pastoral immersion in Telupid, Lahad Datu, Beluran, Paitan and Sandakan had exposed him serving in multi-ethnic communities with diverse backgrounds, languages and cultures. He hoped that the exposure will help him to adapt and serve effectively in wherever he is assigned in the future.
When asked what is his advice for those youth who have the call for priesthood, Deacon Stephen shared, “My advice to the young people is try to get working experience while discerning your vocation in life. If you feel being called to be a priest or religious sister or brother, search that voice in your prayer and ponder it in your heart. Ask Mother Mary for her intercession as she is the Mother of all vocation. Don’t let your heart be troubled but put your trust in God.”

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent