Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 28, 2019

PERKONGSIAN MENYENTUH HATI DI KALANGAN AHLI KKD

GAMBAR : WARGA KKD ST. BENEDICT
LAPORAN: PN. LUCY FRANCIS

Sandakan: Lawatan Pastoral Komuniti Kristian Dasar yang terakhir untuk KKD St. Benedict tahun ini telah diadakan pada 12 November di kediaman keluarga Alice Epifanisa Lee. Pertemuan ini telah dilawati oleh Sr. Regina Kimung, Fsic dengan dihadiri seramai lebih kurang 25 orang ahli KKD.
Perjalanan pengisian pada malam itu dipimpin oleh Matheus Sodomon dan dimulai dengan doa pembukaan daripada Sr. Regina. Seterusnya ‘4 langkah perkongsian Alkitab’ dimulakan dengan mengambil pembacaan Injil minggu itu iaitu Lukas 21 : 5 – 19 “Kalau kamu tetap bertahan, kamu akan memperoleh hidupmu.”
Perkongsian Firman Tuhan pada malam itu telah memberikan semangat baru dan tanpa segan, ahli KKD memberikan perkongsian serta pengalaman tentang perjalanan hidup masing-masing sebagai Katolik. Terdapat di kalangan  ahli sampai menitiskan air mata mendengar perkongsian ahli KKD yang lain. Titisan air mata memberi maksud kegembiraan kerana hadirnya Yesus dalam diri setiap umat yang mempercayai-Nya. Rumusan perkongsian daripada Sr. Regina pada malam itu lebih menambahkan pengalaman setiap ahli secara tidak langsung dapat memberi pertumbuhan iman kepada setiap individu yang hidup berkomuniti dalam KKD. Puji Tuhan.
Perkongsian 4 langkah Alkitab oleh ahli KKD
Doa penutup dan doa makan diteruskan pimpinan Sr. Regina sekali lagi. Pertemuan malam itu telah dapat menambahkan pengalaman setiap ahli yang hadir selain telah menunjukkan semangat memberi perkongsian peribadi dengan hati yang lebih terbuka. Syukur dan terima kasih kepada Sr. Regina kerana dapat membawa satu perkongsian yang berkaitan tentang hidup iman Katolik yang mencabar serta pentingnya hidup berkomuniti dalam KKD.
Perkongsian Sr. Regina Kimung, fsic
Diakhir pertemuan, Pengerusi KKD St. Benedict, Paulina Francis sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kedatangan Sr. Regina ke KKD St. Benedict sempena program lawatan pastoral. Acara selesai pada jam 10 malam. Tuhan memberkati.
Ucapan Pengerusi KKD St. Benedict

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent