Laporan : Lucy Francis
Sandakan: Salah satu keluarga Komuniti Kristian Dasar
(KKD) St. Benedict telah memohon agar mengadakan
Misa Kudus dan sekaligus memberkati kediaman mereka.
Perayaan
Misa Kudus telah diadakan pada 8 November 2019 pada jam 7.30 malam, di rumah Richard Jaikim,
salah satu keluarga Katolik di Taman Sri Rimba. Misa Kudus ini dirayakan oleh Rev.
Fr. Christopher Ireneus dan dibantu oleh Diakon Stephen Esguerra dan Seminarian
Jescie Petrus, serta dihadiri lebih kurang 50 warga KKD St. Benedict.
Dalam homili Rev. Fr. Christopher, beliau yang mengaitkan
pembacaan injil yang dipetik dari (Lukas 16: 1–8) yang menyatakan tentang anak-anak di dunia lebih bijak berbanding dengan anak-anak terang. Beliau
menjelaskan juga tentang siapakah golongan anak-anak terang yang sama maksudnya dengan anak-anak cahaya?, mereka inilah dianggap sebagai pengikut Yesus yang mengikut
ajaran Kristus, dan menghindari atau meninggalkan perkara-perkara yang tidak
mengikut ajaran Kristian. Ahli-ahli KKD yang hadir misa itu juga dianggap
sebagai anak-anak cahaya.
Selepas Misa Kudus, Pengerusi KKD St. Benedict, Paulina
Francis telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada tuan rumah dan juga
kehadiran semua ahli KKD yang memberansangkan dengan sikap kerjasama dan penuh
komitmen. Richard Jaikim selaku tuan rumah sempat memberikan ucapan terima kasih atas kehadiran
Rev. Fr. Christopher yang telah mengadakan misa serta memberkati rumah mereka. Beliau
seterusnya menyampaikan terima kasih kepada semua ahli KKD yang hadir pada
malam itu.
Richard Jaikim memberikan ucapan
Acara diteruskan dengan gambar bersama disusuli doa makan malam yang dipimpin oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus. Acara selesai sekitar jam
10.30 malam. Tuhan Memberkati.
Ahli keluarga Richard Jaikim bersama Rev. Fr. Christopher Ireneus
No comments:
Post a Comment