Lawatan Pastoral ke Misi Paitan oleh dua wakil Komisi Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) telah
berlangsung pada 15 hingga 17 November 2019, bertempat di Gereja St.
Francis of Asissi, Sukang. Turut serta dalam lawatan ini adalah dua belia dari katedral St Mary, Sandakan.
Lawatan singkat ini merupakan satu program
pertemuan yang lebih bersifatkan persahabatan. Oleh kerana musim Adven tidak lama lagi akan menjelang maka, wakil KBK mengambil kesempatan ini untuk mengongsikan makna Adven.
Sr. Rusiah Garuk, fsic: Mengongsikan sejarah Adven dan penerangan tentang makna warna serta simbol - simbol Adven |
Anna membawa para belia dan kanak - kanak dalam aktiviti perkongsian perjalanan hidup peribadi mereka berdasarkan kepada empat kitaran musim Adven |
Program telah dimulakan dengan pengenalan tentang sejarah Adven dan disusuli dengan sesi penerangan warna
dan simbol-simbol yang digunakan semasa musim Adven. Sesi ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan persiapan bersama
untuk memasuki musim Adven. Selesai sesi, para belia di bawa aktiviti perkongsian perjalanan hidup mereka secara peribadi yang berdasarkan kepada empat kitaran musim Adven. Melalui perkongsian mereka, rata - rata mengongsikan bahawa mereka mengalami sukacita setiap kali ke gereja dan melayani. Program satu hari itu telah diakhiri dengan doa Taize yang turut di sertai oleh Rev. Fr. Thomas Makajil.
Perkongsian singkat ini telah membawa suatu lagi
pengertian akan keperluan belia-belia sekitar Keuskupan ini khasnya bagi belia Misi
Paitan untuk terus berjalan bersama sesuai dengan
keperluan setempat dan situasi semasa.
Perkongsian Peribadi - Anna Teresa : Dalam pelayanan saya dalam belia khususnya, saya melihat belia dari remaja sehingga mereka menjadi orang dewasa. Dalam hampir 10 tahun dalam pelayanan, saya kerap ke Paitan dan dalam 10 tahun itu saya menemui belia - belia yang datang dan pergi. Pergi - kerana kerja dan sambung sekolah serta ada yang berkahwin. Datang - yang datang ini adalah kanak - kanak, mereka ini merupakan adik atau anak buah dan ada juga datang kembali melayani setelah selesai belajar. Apa yang ingin kongsikan disini adalah gereja di Misi Paitan ini akan sentiasa hidup kerana adanya belia dan kanak - kanak. Bagi saya, sebagai yang melayani, saya harus terus berjalan dengan mereka dan untuk datang ke Paitan merupakan satu berkat dan rahmat pada masa yang sama, kerana setiap kali saya datang ke Paitan, Tuhan tidak pernah gagal untuk mengingatkan kepada saya akan kekayaan keindahan dalam kesederhanaan mereka.
No comments:
Post a Comment