oleh Airene AG
Sandakan
– Kerasulan Belia Paroki Sandakan telah mengadakan rekoleksi di Pondok
Meditasi, Marian Mount pada 9 November 2019 dengan bertemakan “Maka kamu
Kuberikan hati yang baru dan pikiran yang baru. Hatimu yang sekeras batu itu
akan Kuganti dengan hati yang taat – Yeh 36:26.”
Rekoleksi
singkat tersebut dimulakan dengan sarapan pagi bersama dan diteruskan dengan
Doa Rosari di sepanjang Koridor Rosari Maria dan perhentian terahkir adalah di
Pondok Meditasi.
Selesai
sahaja Doa Rosari, sesi diteruskan dengan Time of Life. Melalui lagu-lagu
rohani yang dinyanyikan, peserta rekoleksi dapat mengekspreskan ungkapan rasa
syukur dan terima kasih kepada Pencipta di atas kesempatan untuk melayani dalam
pelayanan belia dan menyertai rekoleksi di kala masing-masing sibuk dengan
komitmen peribadi, pekerjaan dan pelajaran.
‘Recollection
Master’ kali ini dipimpin oleh Deacon Stephen Esguerra. Di dalam sesi tersebut, Deacon Stephen mengajukan beberapa soalan untuk direnungkan bersama. Berikut adalah soalan-soalan yang telah diajukan sesuai dengan tema rekoleksi:
1. Mengapa kita melayani?
2. Bagaimanakah hubungan saya dengan Tuhan dan orang-orang disekeliling saya?
3. Apa/di mana saya boleh melayani Tuhan dan sesama?
4. Apakah cara supaya saya boleh selalu mendengar Firman Tuhan dan membenarkan Roh Kudus berkarya di dalam kehidupan saya?
5. Mengapa saya harus ke Gereja dan menghadiri Perayaan Ekaristi?
6. Siapakah Yesus dalam kehidupan saya? Adakah saya mengenali Dia atau belum? Jikalau belum, apakah cara supaya saya boleh mengenali Dia dengan lebih baik? Jikalau sudah, apakah cara supaya saya boleh menghidupi ajaran Kristus?
7. Apakah panggilan saya di dalam Gereja?
Setelah itu, peserta diajak untuk membuat renungan secara peribadi dan mengongsikan hasil renungan kepada rakan-rakan di dalam rekoleksi tersebut.
1. Mengapa kita melayani?
2. Bagaimanakah hubungan saya dengan Tuhan dan orang-orang disekeliling saya?
3. Apa/di mana saya boleh melayani Tuhan dan sesama?
4. Apakah cara supaya saya boleh selalu mendengar Firman Tuhan dan membenarkan Roh Kudus berkarya di dalam kehidupan saya?
5. Mengapa saya harus ke Gereja dan menghadiri Perayaan Ekaristi?
6. Siapakah Yesus dalam kehidupan saya? Adakah saya mengenali Dia atau belum? Jikalau belum, apakah cara supaya saya boleh mengenali Dia dengan lebih baik? Jikalau sudah, apakah cara supaya saya boleh menghidupi ajaran Kristus?
7. Apakah panggilan saya di dalam Gereja?
Setelah itu, peserta diajak untuk membuat renungan secara peribadi dan mengongsikan hasil renungan kepada rakan-rakan di dalam rekoleksi tersebut.
Selesai sesi input, disusuli dengan Perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Paderi Paroki merangkap Penasihat Rohani PYA, Fr. David A Garaman. Dalam homili Fr David mengongsikan di usia yang masih muda, kita tidak akan tahu dan mengerti apa itu ‘panggilan’ dan tidak mengenal panggilan masing-masing. Hanya dengan mendekati dan mencintai Gereja, seseorang itu akan dapat dibentuk dan perlahan-lahan panggilan itu akan menjadi jelas sehinggalah seseorang itu dengan berani mengatakan ‘YA’ akan panggilan masing-masing.
Sesi
rekoleksi diakhiri dengan sesi bergambar bersama dan makan tengahari.
PERKONGSIAN DARIPADA PESERTA REKOLEKSI
CRISTOPHER
ABAN
1.
Mengapa kita harus melayani?
-
Kerana hidup seorang Kristian adalah untuk melayani, melayani sesama dengan
kasih.
-
To nurture active church participation with the Eucharist as the source and
summit of Christian Life.
-
Memupuk penyertaan aktif dengan Ekaristi.
2.
Bagaimana hubungan saya dengan Tuhan dan sesama?
-
It's a Proses, seperti hubungan kawan, ibubapa, walau di mana pun peringkat
hubungan itu, for me hubungan Tuhan kadang-kadang baik jika apa yang didoakan
dimakbulkan, tapi bila sebaliknya, marah, benci pun ada, takut apabila
ditinggalkan dan sebagainya.
3.
Apakah pelayanan yang boleh/mampu dilakukan untuk Allah dan sesama?
-
NIAT
-
talent selagi mampu. Namun Allah tidak memaksa kadang-kadang we are stuck
between pelayanan, family dan kerja. But pelayanan works every ways,
4.
Bagaimana saya harus dapat/sentiasa buka hati untuk mendengar Firman Tuhan dan
benarkan Roh Kudus berkarya di dalam kehidupan saya?
-
Doa, Misa, hening, dengar, seperti contoh macamana kita mau dengar kawan-kawan atau
ibubapa bercakap? Dengan senyap senyap kita mendengar.
5.
Mengapa kita perlu pergi Gereja dan mengikuti Misa Kudus?
-
Makanan rohani.
6.
Siapakah Yesus dalam kehidupan saya?
-
Segalanya
7.
Adakah saya mengenal siapakah Yesus Kristus? Sudahkah saya mengenali Dia atau
belum?
-
It's a process. Tak kenal maka tak cinta.
8.
Apakah panggilan saya di dalam Gereja?
-
Kehidupan adalah satu anugerah .
-
Talent.
-
Tidak perlu sempurna, perbezaan menjadi istimewa, berikan yang terbaik.
-
Kehilangan kesedaran untuk menghargai apa yang dimiliki.
-
Kegagalan bukan saat jatuh, but di saat menyerah.
FRANCES
MARITESS UNABIA-SILVEO
“I
shall give you a new heart and put a new spirit within you. I shall remove your
heart of stone and give you a heart of flesh” – Ezekiel 36:26
Selepas
melahirkan anak ketiga, tahun 2007, saya tidak terlibat secara aktof seperti
sebelumnya dalam Pelayanan Belia. Suasana begini memang saya rindu.
Selesai
bersarapan, kami mulakan 'pendakian' kami ke Bukit Marian, dan saya mula rasa
serasi dan selesa bersama belia lain semasa sarapan, jadi rasa resah memimpin
Doa Rosari hilang. Perjalanan tiga stesen terawal saya rasakan mudah. Selesai
bergambar dan diberi sedikit briefing, kami teruskan perjalanan ke stesen
keempat. Ternyata perjalanan menuju Meditation Hut tidak semudah yang saya
jangkakan.
Saya
bersyukur Deacon Stephen jalan di hadapan saya dan kami semua. Melihat Deacon
berjalan dengan tenang sambil alihkan kayu-kayu dari jalanan, saya merasakan
sedikit demi sedikit dosa-dosa, keluhan saya kepada Tuhan selama ini
'dialihkan' supaya saya dapat teruskan perjalanan dengan lebih jelas dan
tenang. Saya mula merasa dan mendengar degupan jantung saya di sepanjang jalan
yang curam itu. Sambil meneruskan Doa Rosari dalam hati, saya mula merasakan
bebanan yang saya pikul selama ini 'terangkat'. Melihat kehadiran Fr David dan
Deacon Stephen di kalangan kami memberikan saya suatu 'assurance' yang Tuhan
Yesus menyertai perjalanan pelayanan kami.
Perayaan
Ekaristi yang diraikan di Meditation Hut merupakan perayaan Ekaristi pertama
seumpamanya yang saya sertai. Dalam perayaan yang istimewa itu, Fr David
berpesan kepada kami yang hadir, bahawa pada awalnya, kita tidak tahu apa
panggilan kita. Tetapi dengan cara belajar untuk mencintai Gereja, hati kita
akan mula dibentuk dan panggilan kita akan jadi jelas. Dengan belajar untuk
mencintai Gereja, sepertimana kita menunjukkan puji syukur kepada Tuhan dengan
kedua-dua tangan, dengan menggunakan kedua-dua tangan jugalah kita mengerjakan
pelayanan.
Pelayanan
belia adalah sesuatu yang unik. Ada naik dan ada turunnya. Memperbaharui dan
diperbaharui dalam iman, seperti tema Rekoleksi, adalah suatu proses yang bagi
saya hampir sama dengan proses menaiki Bukit Marian. Kena bersiap-siap dengan
memakai kasut yang sesuai, kena berhati-hati untuk elak daripada tercedera atau
tergelincir semasa pendakian. Kena melihat kiri kanan depan dan belakang kerana
kita bukan bersendirian. Saya bersyukur sedang melalui proses pembaharuan yang
berterusan. Setiap masa yang saya luangkan bersama belia pada hari itu banyak
memberikan saya sesuatu untuk saya bawa dalam refleksi dan doa.
Saya
doakan Pelayanan Belia bertumbuh lebih dalam dan kuat lagi. Berita baiknya,
kita cukup tenaga belia untuk menjalankan Pelayanan ini. Berita buruknya pula,
tenaga belia itu masih membaca perkongsian ini.
Salam
Damai dan Tuhan memberkati.
No comments:
Post a Comment