Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 30, 2015

Hujung Minggu Roh Kudus - Alpha

Oleh Martha Chia
Sandakan : Acara kemuncak bagi kursus Alpha dalam konteks Katolik ialah Retret Hujung Minggu atau dikenali sebagai Hujung Minggu Roh Kudus (Holy Spirit Weekend Away). Seramai 24 peserta serta fasilitator telah mengikuti Retret ini yang dilaksanakan di Pusat Retret Keuskupan Sandakan Batu 28, Ulu Dusun, Sandakan pada 25 dan 26 April 2015.
Tujuan utama retret in adalah untuk memberi peluang kepada para  peserta untuk mendalami dan mengenali “Roh Kudus” dengan lebih dekat lagi. Retret pada kali ini bermula dengan ceramah “Siapakah Roh Kudus” dan “Apakah yang dibuat oleh Roh Kudus?”
Aktiviti sepanjang Retret dijalankan dalam bentuk ceramah dan aktiviti riadah seperti permainan. Retret kali ini turut memuatkan sesi Monolog dengan Tuhan Yesus, sesi hening untuk sesi ‘Penyerahan Diri’. Monolog ini membolehkan para peserta membuat refleksi dan memohon secara peribadi kepada Tuhan Yesus.
Selain iman yang telah diperbaharui dan diperkuatkan, hubungan persahabatan di antara para peserta juga telah terjalin dengan begitu rapat sekali. Setiap peserta berasa amat tersentuh dengan cinta kasih Allah yang terpancar dalam diri sesama dan bersedia untuk menggalas misi menyebarkan Khabar Gembira ini kepada orang lain.
Berpaksikan kepada Injil Tuhan bahawa Dia harus semakin besar dan kita harus semakin kecil (Yohanes 3 :30), diharap agar kursus Alpha dalam konteks Katolik ini akan dapat membantu mengukuhkan pemahaman para peserta tentang iman Kristian.
Mereka yang berminat untuk mendalami iman Kristian juga dialu-alukan untuk menyertai kursus ini pada masa hadapan. Semoga kursus ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.
“Thank God I’m Forgiven” (TGIF)
Puji Tuhan.
Testimoni 1 - Daphney
Saya mula mengenali dan mendengar tentang kursus Alpha sejak dari Penampang, Kota Kinabalu lagi. Kursus yang saya sertai pada kali ini di Sandakan, adalah lengkap kerana dapat dihabiskan sehingga ke Hujung Minggu Roh Kudus. Puji Tuhan! Walaupun pernah mengikuti sesi  Alpha sebelum ini, namun penyertaan kali ini lebih bermakna kerana impak yang mendalam. Retret Hujung Minggu atau Holy Spirit Weekend Away telah memberikan kesan yang mendalam kepada diri saya. Sesi Ministry Hour dan Monolog dengan Tuhan Yesus amat bermakna bagi diri saya kerana pada saat Ministry Hour, saya amat tersentuh. Perasaan rindu akan pelayanan dalam ladang Tuhan muncul semula dan timbul keinginan untuk kembali kepada pelayanan dalam ladang Tuhan. Sebelum ini saya aktif dalam pelayanan tetapi disebabkan tuntutan kerja, pelayanan di gereja semakin terhad. Sesi Monolog dengan Tuhan Yesus sekali lagi menyentuh sanubari saya. Sesi ini benar-benar membuatkan saya ingin membuang semua yang terbuku di dalam hati. Kami diberi masa untuk menulis doa dan permohonan kepada Yesus dan memakukan doa itu di kayu salib untuk dibakar. Sekali lagi perasaan sedih menyelubungi saya kerana saya merasakan Tuhan Yesus sudah pun menyelamatkan saya dari dosa dengan mati di kayu salib inikan lagi saya ingin menambah bebannya dengan memakukan semua beban yang saya pikul di kayu salibNya. Kedua-dua sesi inilah yang benar-benar telah menyentuh hati saya sepanjang kursus Alpha tahun ini. Saya pasti akan menyebarkan kepada rakan-rakan lain tentang kursus ini. Puji Tuhan kerana saya telah diampuni. Amen!
Testimoni 2 – Christella Raimin
Saya berasal dari Tamparuli dan bukan pertama kali mendengar tentang Alpha. Saya kini bekerja di Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS). Saya mengikuti kursus Alpha tahun ini kerana perasaan ingin tahu bagaimana kursus ini dijalankan. Selaku ketua program di PKGS bagi program kanak-kanak,  saya mempunyai banyak tugas dan aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan. Saya teruja mengikuti program Alpha kerana kursus ini bukan diatur oleh saya sendiri dan saya mahu merasai semula perasaan menjadi peserta. Apa yang saya pelajari semasa mengikuti kursus Alpha ini adalah kursus banyak mengupas soalan-soalan asas tentang Kristian seperti Siapakah Yesus? Mengapakah Yesus mati? Apakah Tuhan masih menyembuh? Soalan-soalan asas yang selalu kita dengar tetapi jarang kita bincangkan secara mendalam. Namun kursus Alpha telah memberikan saya peluang untuk mendalami perkara-perkara asas dalam hidup Kristiani. Syukur pada Tuhan, saya berjaya menghabiskan kursus ini sehingga hujung minggu Roh Kudus kerana pada mulanya, saya tidak mempunyai niat untuk mengikuti hujung minggu Roh Kudus ini disebabkan oleh kekangan kerja. Namun, Roh Kudus pasti bekerja di dalam saya dan saya berjaya menghabiskan kursus ini. Puji Tuhan. Amen!

“不要怕,只管信。”( LIGHT OF FAITH HEALING RALLY)

(山打根訊)《信德之光治瘱大會》圓滿順利舉行。主題:“不要怕,只管信。”(谷五:36)

孫秀雲修女與兩位助手Sister IreneSister Leona,于山打根聖瑪莉主教座堂主講《信德之光治瘱大會》。兄弟姐妹們不論在“講題”、“朝拜聖體”、“耶穌禱文”、“聖經頌讀”或“架上七言”,都有著不同的體驗,得到主的醫治。

 你們喜樂嗎? 孫修女的第一句語。
福音的喜樂”(教皇的文告)、“耶穌死而復活”是喜樂。所以有什麼理由你們不喜樂?」孫修女再問。

不要為世俗而工作,要為不會壞的“食物”工作。要信從父派遣來的那一位。(若六:29)。因為耶穌時刻在我們生命中行奇跡。“願你們平安。”(若廿:19) 因為耶穌的平安是超越任何。

“那些沒有看見而相信的,才是有福的。”(若廿:29)  孫修女也分享了一個見證:一個久坐輪椅的男人,有一天突然對他的家人說,他要穿上皮鞋去參加講座。他的家人都很驚奇紛紛勸告他打消念頭,他因為行動不便不能走路,已經很久沒穿過鞋子了。但是這個男人堅持,因為他相信他一定會,也可以穿著皮鞋走路回家。

“不是健康的人需要醫生,而是有病的人。”(瑪九:12) 耶穌是為病人而來,祂要讓他們的靈魂得到醫治。孫修女:「耶穌要醫治非教友,不能只是教友參加,應該要有非教友,才算是“治瘱大會”;日后若有機會再辦類似的治瘱大會,要每一位教友帶五位教友參加才行。」

“努力成就你們得救的事。”(斐二:12) 「給祂機會在我們的生命中,我們對主的渴望應該逐日加深。每天做更多的祈禱,幫助自己在信德上的成長,擴張我們的信德到無限的信德,就會有無限的奇跡。每天讀經,多參與彌撒,才是天主教徒。如果我們自己都沒有做到,如何把天主的福音傳給別人?記得聖經的章節,是擊敗魔鬼的武器。聖經上有數百次說:不要害怕,上主與我們同在。」

《信德之光治瘱大會》在“不要怕只管信”聲中結束。感謝讚美主!阿肋路亞!

 文:廖琳琳
图:戴维邦

歌唱赞美(PRAISE AND WORSHIP)

玫瑰经游行(ROSARY PROCESSION)






孙修女,IRENE 修女,LEONA 修女



朝拜圣体(ADORATION)







圣体降福





 見證 ( SHARING) 

˙鄧愛珍姐妹

感謝讚美仁慈偉大的天父引領我參加《信德之光治瘱大會》。我帶著渴望的信德與這位生活的天主相遇,領受主的恩寵,使得我深深地體驗到主的愛及德能。

第一天晚上的朝拜聖體,原先不舒服的感覺消失了,第二天早上的耶穌禱文,覺得全身舒暢。講題二及三的時候,我的唇一直不停地在抖動,我體驗到主的臨在。治瘱的時候,我感覺我的聲音不一樣了,唱歌的聲音很清楚,很好聽。聖經頌讀時,天主在我心里說話:“我只要一摸祂的衣裳必然會好的。”(谷五:28) 聖體治瘱的時候,我仰望著聖體:耶穌來了,我要伸出我的手觸摸祂的衣裳,我就得痊癒。

我倒了下去,放鬆的躺著,我在吐氣,這樣的狀況己有四年之久。每次祈禱,讀聖言,就會有氣放出來。現在完全的得到釋放,感謝天主聖神在我身上動工,行了奇事。天主也在我心里說話:「女兒,你的信德救了你,平安去罷!你的疾病必得痊癒!(谷五:34)

天主的話一直在我腦海中浮現:「不要怕只管信」(谷五:36) 主的話語讓我心中感覺平安,有錢也買不到的平安。我深深地感謝全能天主觸動了我的內心,治癒了我的肉體,也治瘱了我的心靈。偉大全能的天主,沒有一位能與祂相比,施行奇跡,祂是獨一無二的天主。

感謝讚美天主,願主的名永遠受到光榮,阿門!阿肋路亞!

Tuesday, April 28, 2015

Perjalanan Menuju YouthPrepLink (YPL) Sesi 5

Oleh DS / st

Tim Pelayanan YPL Batch 5
Sandakan : Belia atau orang muda sering diingatkan bahawa mereka adalah pelapis dan pemimpin Gereja di masa hadapan. Oleh itu, pelbagai program peringkat Keuskupan dan Paroki telah diadakan bertujuan untuk membantu mengukuhkan iman mereka. 

Salah satu program peringkat Keuskupan yang diadakan adalah program YouthPrepLink (YPL) dimana peserta sasaran terdiri belia lepasan sekolah menengah dan yang mahu melanjutkan pelajaran atau bekerja di luar daerah mereka.

Program YPL adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan dengan kerjasama graduan-graduan YPL pada sesi-sesi yang lalu. Kali ini, YPL akan berlangsung selama dua minggu di mana peringkat yang pertama akan diadakan di Katedral St. Mary, Sandakan dari 26hb April - 2hb Mei sementara peringkat kedua akan diadakan di St. Stephen, Tass, Tawau dari 3hb - 10hb Mei.
Pungutan Dana Di Our Lady of Fatimah, Beluran
Pungutan Dana Di Katedral St. Mary, Sandakan
Orang muda percaya bahawa sebagai pelapis serta keinginan mahu menjadi pemimpin Gereja di masa hadapan, mereka bukan sahaja harus mempunyai iman yang teguh, bahkan harus mempunyai kemahiran untuk menjalankan sesuatu program. 

Salah satu kemahiran yang dipraktikan semasa menuju ke YPL adalah mencari dana untuk membiayai perbelanjaan acara tersebut agar program YPL ini dapat dirasakan kepunyaan bersama atas titik peluh mereka. Graduan-graduan YPL dari seluruh Keuskupan Sandakan telah bertungkus lumus mencari dana; menjual kuih-muih dari rumah ke rumah, menjual makanan setiap Ahad selepas misa, membuat penanda buka, bernyanyi di kantin Gereja dan ada yang menayangkan filem-filem terbaru. Ibubapa graduanjuga terlibat membantu dalam proses pencarian dana ini.   

Program YPL akan bermula pada 26 April sehingga 10 Mei 2015. 

Perkongsian
Shalom! Saya Donna Lisa Julius dari Our Lady Of Fatima, Beluran. Saya merupakan graduan YouthPrepLink sesi yang pertama pada 2011. Peluang menyertai program YouthPrepLink (YPL) amat saya hargai kerana banyak perkara-perkara baru yang saya pelajari dari program ini. Sejak mengikuti program YPL ini, saya berhasrat untuk mengikutinya setiap tahun sebagai seorang fasilitator. Namun saya tidak berkesempatan kerana saya masih bersekolah. Kini, saya berpeluang kembali untuk melayani sebagai salah seorang fasilitator. Keinginan tinggi saya untuk kembali melayani dalam program ini adalah kerana saya telah memperolehi banyak manfaat melalui program tersebut.

Walaupun saya pernah menjadi peserta YPL, saya tetap ingin mendengar dan mengikuti setiap perisian program ini. Saya ingin lebih mendalami tajuk setiap sesi yang disampaikan kerana ianya amat berguna. Ini merupakan satu peluang buat ‘belajar untuk belajar.’ Sejak saya mengikuti YPL semangat pelayanan yang kuat mulai tumbuh dalam diri saya. Saya yakin mengikuti YPL bukanlah suatu kerugian malah saya anggap sebagai suatu peluang yang berharga kerana begitu banyak pengetahuan dan kemahiran yang boleh diperolehi sepanjang program ini. Itulah juga sebabnya saya sentiasa ingin melayani dalam program ini. Saya minat serta percaya dengan kebaikan program ini, bukan sahaja bagi mempersiapkan diri kita untuk berhadapan dengan dunia luar apabila kita berada di tempat lain untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja, tapi dapat memurnikan nilai-nilai keperibadian diri saya.


Saya beruntung kerana saya diberikan peluang mengikuti YPL sebelum saya berpindah ke sekolah berasrama penuh. Suasana sekeliling yang berbeza daripada suasana kebiasaan memang sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri. Namun begitu, pengalaman mengikuti YPL amat membantu saya dalam menghadapi suasana baru. Sesi yang benar-benar membantu saya sepanjang saya belajar ialah sesi 'Penghijraan Belia dan Kehidupan Di Bandar' di mana saya belajar untuk lebih meneliti perkara baik dan buruk apabila saya berada di tempat lain. Cabaran sekeliling serta godaan daripada pihak sebelah itu sentiasa ada, namun saya masih ingat kata seorang penyampai sesi iaitu; 

'Keputusan sentiasa berada di tangan kita. Bagaimana kita merancang untuk berhadapan dengan cabaran tersebut merupakan perkara asas yang mempengaruhi keputusan kita'. Nilai-nilai iman kita adalah senjata yang paling utama. Biarpun anda direndah-rendahkan sekalipun, anda tetap menjadi terang kepada kegelapan. Saya juga dapat mengurus adik-adik, menyusun program kerohanian di luar juga adalah hasil dari pengetahuan YPL Level-2. Saya berpuas hati dengan program YPL ini. Ia amat membantu saya di mana pun saya berada.

Bagi persiapan YPL Batch-5, saya dan rakan-rakan tim pelayanan YPL telah menjalankan pencarian dana. Banyak perkara yang kami lakukan bagi mencari dana program ini. Tujuan kami menjalankan pencarian dana bukan semata-mata kewangan, tetapi kami ingin program ini tersedia rapi dan sentiasa terbaik untuk para peserta. Kami ingin peserta benar-benar merasai perkara-perkara yang baik dari program ini yang telah kami lalui sebelum ini. Inilah salah satu bentuk sokongan kepada para peserta program YouthPrepLink Batch 5 tahun ini, iaitu memberikan yang terbaik kepada semua!

Monday, April 27, 2015

LEGIO MARIA HOLY TRINITY TAWAU MEMPERBAHARUI JANJI DAN KOMITMEN

Oleh Sr Liza Augustine fsic  
gambar oleh John Wong, SOCCOM Tawau
Tawau : Seramai 116 orang ahli Legio Maria daripada sembilan praesidium menghadiri upacara Acies di Paroki Holy Trinity, Tawau pada 19hb April, 2015.
Upacara tersebut disaksikan oleh Sdra. Patrick Benjamin Tim, Presiden Comitium dari Kota Kinabalu, Seminarian Walter Milter dan Pemimpin Rohani Sr. Liza Augustine fsic yang bermula pada jam 11 pagi hingga tengahari.
Upacara Acies ini diadakan untuk memperbaharui janji dan komitmen oleh semua ahli dalam pertubuhan Legio Maria bagi semua ahli yang aktif mahupun yang tidak aktif sekali dalam setahun.
Upacara ini dimulai dengan perarakan masuk yang didahului oleh Presiden Kuria Cina Sdra. Charles Wong, dan diikuti oleh Presiden Kuria Bahasa Malaysia dan presiden setiap praesidium.
Selepas perarakan ini, Doa Rosari diadakan yang dipimpin oleh Pemimpin Rohani Kuria Legio Maria (BM) Sr. Liza Augustine fsic.
Selepas Doa Rosari, Pemimpin Rohani Sr. Liza Augustine fsic memimpin pembacaan daripada buku pegangan Legionaries tentang Acies dan dikuti dengan perkongsiannya.
Beliau sekali lagi mengingatkan kepada semua ahli Legionaries yang memperbaharui janji mereka agar menjadikan Bonda Maria sebagai teladan dalam penyerahan diri yang total kepada Tuhan.
Dalam perkongsian, Sr. Liza  menekankan tentang sikap Bonda Maria yang menyerahkan seluruh hidupnya kepada Tuhan sebagai alatNya dalam menyebarkan Khabar Gembira iaitu kebangkitan Kristus yang telah memberikan kita harapan, dan bahawa kematian sudah dikalahkan.
“Dengan pembaharuhan janji ini sebagai perajurit Bonda Maria, pantaslah ahli legionaries berusaha sungguh-sungguh untuk mengongsikan Berita Baik ini terutama sekali bagi mereka yang sudah lemah dalam iman, mereka yang terpinggir serta mereka yang sakit, kesepian dan memerlukan cahaya dalam kasih Kristus”
Selepas perkongsian itu, maka upacara memperbaharui janji dan komitmen bermula. Pemimpin Rohani Sr. Liza fsic telah mendahului upacara ini dan diikuti oleh seramai 116 orang ahli secara bergilir-gilir. Upacara Acies turut menerima kehadiran ahli-ahli auxiliary. Selesai upacara Acies di Gereja Holy Trinity, semua ahli telah dijemput untuk jamuan tengahari.

Saturday, April 25, 2015

Perkongsian Daripada Adik Yustin Lamapaha (IKD Gereja St Peter, Kunak)



Saya bernama Yustin Lamapaha. Sebelum saya berpeluang mendekati Kristus, hidup saya sentiasa dalam kegelapan, kerana belum mendapat apa-apa sakramen sejak lahir. Ini disebabkan orang tua saya belum menerima sakramen perkahwinan. Kami juga jarang pergi ke gereja kecuali pada Hari Natal dan Paskah.
Syukur dan puji Tuhan, pada tahun 2013 ibubapa saya telah menerima sakramen perkahwinan di Gereja St. Peter Kunak. Ibu saya yang kuat berpegang kepada iman Katolik, mendorong bapa saya serta kami 3 adik-beradik supaya mengikuti kelas IKD agar kami juga menerima iman Katolik seperti ibu. Pada tahun 2014 saya mula mengikuti kelas IKD.
Selama hampir setahun mengikuti kelas IKD, saya telah mengalami banyak perubahan dalam hidup. Saya merasa saya semakin tenang, lebih sabar dan semakin rindu untuk datang ke Gereja setiap minggu. Saya juga dapat merasakan sentuhan Tuhan serta bimbingan Roh Kudus dalam hidup saya setiap hari.

Oleh itu, saya berjanji pada diri saya untuk menjadi umat Kristus yang baik kerana saya percaya dan yakin bahawa Yesus Kristus adalah juru selamat dunia. Dialah Putra yang diutus Bapa untuk mengadili umat manusia. Hanya pada Dialah terdapat keselamatan. Amen!

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent