Holy Trinity Tawau - 15hb
Mac 2015, satu pertemuan belia komuniti KDM (Kadazan, Dusun, Murut ) telah diadakan
di Gereja Holy Trinity buat julung kalinya. Seramai lebih kurang 30 belia yang hadir terdiri daripada belia bekerja dan juga belajar dalam lingkungan umur antara 14-35 tahun
Tujuan perkumpulan ini adalah
untuk mengeratkan lagi hubungan belia TUKAD yang telah menetap lama di Tawau dan
mereka yang baharu datang keTawau disamping mengalu-alukan para belianya untuk
melibatkan diri dalam pelayanan gereja.
Selain daripada itu pihak
penganjur turut berharap agar aktiviti ini dapat mencungkil dan mengenalpasti
belia yang boleh menjadi pelapis kepada para golongan ibubapa untuk menerajui atau melayani dalam komuniti ini.
Ini kerana, jika tidak ada generasi
muda yang ingin menyambung tradisi persaudaraaan dan saling menjaga sesama yang telah dimulakan
oleh pemimpin-pemimpin TUKAD terdahulu, maka tanggungjawab asas sebagai Katolik iaitu hidup ‘berkomuniti’ akan beransur-ansur pudar dan lenyap.
Aktiviti ini bermula pada pukul
12.30 tengahhari, dengan makan tengahhari disamping perbualan dan berinteraksi
dikalangan para hadirin.
Selepas jamuan makan pihak
penganjur telah memulakan sesi memperkenalkan diri di kalangan para belia dan
para ibubapa yang turut hadir di jamuan ini.
Sdri Esther Albert, ahli belia TUKAD mengambil peluang untuk menyampaikan sedikit informasi dan pengenalan tentang
komuniti KDM kepada semua belia yang baru menyertai komuniti ini.
Turut hadir dalam pertemuan yang ringkas dan penuh makna ini adalah para pemimpin TUKAD sebagai tanda sokongan mereka kepada
para remaja dan belia di dalam komuniti ini, juga beberapa belia dari
komuniti lain. Bukan itu sahaja, beberapa orang belia yang bukan dari komuniti
KDM turut hadir untuk memberi sokongan bagi perkumpulan tersebut.
Antara realiti paling
nyata untuk Komuniti TUKAD di Holy Trinity ialah status migrasi yang tinggi, dimana
berlaku migrasi belia dari lain daerah ke Tawau atas tujuan bekerja ataupun menyambung
pelajaran.
TUKAD dilihat sebagai
saluran untuk menjangkau para belia bermigrasi ini, samaada akan berada di Tawau
dalam jangkamasa panjang atau singkat, Belia yang hadir didorong untuk melibatkan diri
dalam program komuniti TUKAD.
Pertemuan ini mendapat sambutan
yang baik daripada belia KDM sendiri dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan-rakan Tim
Induk Kerasulan Belia Paroki yang bukan berbangsa KDM. Pertemuan ini berjalan dengan
lancar dengan campurtangan Tuhan dan komitmen daripada setiap individu yang
hadir. Pertemuan diakhiri dengan
pengumuman aktiviti TUKAD yang terdekat dan sesi bergambar.
No comments:
Post a Comment