Nama
saya Leahlyn F. Robles berasal dari Keningau dan berusia 18 tahun.
Sebelum
mengikuti IKD, saya adalah seorang yang tidak tahu bagaimana untuk berdoa
walaupun ibu saya adalah seorang Katolik. Selepas diperkenalkan kepada IKD oleh
abang dan kawan saya, hati saya mula terbuka untuk mengenali lebih lagi tentang iman Katolik dan Tuhan Yesus.
Saya juga mula jatuh cinta dengan Doa Rosari. Doa Rosari membawa ketenangan dan kedamaian bagi saya. Saya akan turut serta dalam Doa Rosari bila mana berpeluang.
Bagi saya, Yesus
adalah Pelindung dan juga seperti seorang Ayah kepada saya. Selepas setahun
mengikuti IKD, saya sudah dapat mengubah sifat yang buruk menjadi lebih baik.
Saya juga berharap pada masa akan datang, saya dapat pergi ke gereja setiap
minggu dan bersembahyang bersama ahli keluarga.
No comments:
Post a Comment