Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 25, 2015

Perkongsian Daripada Sdri Merlina Lamapaha (IKD Gereja St Peter, Kunak)

Shallom dan salam damai buat saudara-saudari yang seiman dalam Kristus!
Nama saya Merlina Lamapaha. Saya dilahirkan pada 21 November 1995. Saya membesar dalam keluarga yang berlainan agama. Bapa saya beragama bukan Kristian dan ibu saya beragama kristian Katolik. Sejak kecil lagi keluarga saya seperti berada dipersimpangan jalan. Namun begitu, ibu saya selalu memberitahu bahawa Yesus Kristus adalah Tuhan yang menciptakan segala sesuaatu tetapi saya tidak tahu mengapa Dia harus dihukum mati di atas kayu salib. Saya juga tidak tahu mengapa harus ada sakramen dan mengapa kita perlu menerimanya.
Semenjak dari dulu lagi orang tua saya tidak menerima sakramen perkahwinan. Syukur dan terima kasih pada Tuhan, akhirnya pada tanggal 22 November 2013, orang tua saya menerima sakramen perkahwinan di Gereja St. Peter. Dari situlah kami mula mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas IKD.
Selama saya mengikuti kelas IKD, saya merasa amat bersyukur kerana dapat mengenal Kristus dengan lebih mendalam lagi dan saya merasa lebih tenang dari hari-hari sebelumnya.
Sekarang barulah saya tahu bahawa Yesus Kristus diutus dari syurga untuk menyelamatkan kita dan membawa kita kepada kehidupan yang kekal. 

Saya berjanji akan selalu mengikuti ajaranNya dan tetap taat setia padaNya sampai selama-lamanya. Semoga saudara-saudari mendoakan saya.

Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada paderi yang telah membaptis saya dan kepada semua saudara-saudari yang membantu saya. Puji Tuhan !!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent