(Sdra Willibrord, berumur 27 tahun adalah jejaka Dusun. Dia berkhidmat di Tenaga Nasional Berhad Sandakan sebagai juruteknik. Sebelum mengenali Yesus, dia adalah seorang pagan. Sdra Willibrord masih bujang.)
Shalom!
Nama saya Willibrord Luandim berasal dari Kota Belud dan sudah menetap di
Sandakan sejak tahun 2011 lagi.
Sebelum mengenali Yesus, saya memiliki perangai yang kurang baik. Saya adalah seorang yang pemarah dan mudah kecil hati. Sedar akan tabiat yang tidak baik ini, saya cuba untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik agar saya boleh menjadi contoh yang baik kepada anak-anak saya pada masa hadapan.
Abang saya adalah orang yang telah menunjukkan jalan buat saya menemui Yesus. Dialah yang memperkenalkan saya ke kelas IKD di Katedral St. Mary, Sandakan. Saya bersetuju melalui proses pembentukan yang ditawarkan IKD. Saya benar-benar mahu cari ketenangan dan perdamaian dalam kehidupan saya.
Saya amat bersyukur kerana melalui abang saya, saya dapat merasakan pengalaman yang indah bersama-sama Yesus. Perkongsian iman daripada teman-teman juga para pembimbing menyedarkan saya keajaiban anugerah Tuhan. Dia selalu melindungi kita dan menunjukkan jalan yang benar. Pengalaman-pengalaman seperti itu buat saya amat tenang dalam hidup.
Saya percaya juga bahawa Yesus adalah Juruselamat kita. Selepas ini, saya mahu melibatkan diri di dalam koir kerana saya ingin mengongsikan bakat yang telah dihadiahkan kepada saya oleh Yesus' iaitu saya suka dan boleh menyanyi dengan baik. Bukan itu sahaja, dalam apa yang saya akan lakukan secara peribadi mahupun dalam komuniti kelak, saya akan meletakkan Yesus terdahulu sebelum apa-apa perkara kerana Yesus adalah jalan kebenaran.

No comments:
Post a Comment