Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 13, 2015

PERKONGSIAN DARIPADA SDRA RANDY CHEAH (IKD KATEDRAL ST MARY SANDAKAN)

Nama saya Randy Cheah, berumur 21 tahun dan berasal dari Beluran. Kini saya menetap di Sandakan dan bekerja sendiri. Saya memang dilahirkan dalam keluarga Katolik namun belum dibaptis. Saya sungguh terdorong untuk mengikuti kelas IKD kerana saya membesar mengenali Yesus melalui keluarga tersayang.

Abang saya, Ronald Cheah yang dibaptis tahun lalu banyak membantu saya. Dialah yang mengajak saya menyertai IKD. Katanya, IKD menawarkan segala jawapan tentang kehidupan kita, umpama suluh yang menerangi dalam suasana kegelapan.

Sebelum saya mengenali Yesus dengan  lebih dekat, saya merupakan seorang belia yang tidak bertanggungjawab, suka melakukan perkara yang kurang sopan dan bertutur tanpa adab. Malah saya tidak pergi sembahyang kerana malu disebabkan belum dibaptis. 

Sejak mengetahui tentang ajaran Yesus berkenaan kasih terhadap sesama, saya sungguh-sungguh ingin mengikuti cara hidupNya. Dikala keraguan mengenai Yesus semasa kecil, namun saya terus ingin mengikutinya agar saya dapat mencari jawapan untuk mengharungi segala rintangan dalam kehidupan sebenar saya. 

Saya amat menyukai kelas IKD kerana penyampaian setiap sesi disampaikan dengan baik. Saya bersama dengan pelajar-pelajar IKD yang lain juga dapat hidup berkomuniti, bersama-sama belajar dan berdiskusi tentang ajaran Yesus. 

Petikan Sabda Yesus yang paling saya suka adalah Matius 5: 44 ~ Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu.' Yesus bagi saya adalah seorang penyelamat dunia yang mempunyai kasih sayang yang tidak terbatas. Yesus adalah jalan dan kebenaran dan hidup dan Dia merupakan Tuhan kepada semua.

Saya mula rasa bahawa saya melalui proses menjadi murni, menjadi baik sedikit demi sedikit. Kini saya meluangkan masa untuk aktiviti gereja dan semakin rajin melayani di gereja. Saya ingin sekali melayani dalam bahagian koir agar Tuhan Yesus dapat dimuliakan. Perubahan ini sangat baik dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana memberikan saya kehidupan yang bermakna walaupun saya seorang kurang sempurna.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent