Salam Kasih dalam Kristus!
Saya Raychell Roy, keturunan Murut dan berasal dari Sandakan. Berusia 30 tahun
dan masih bujang.
Sebelum saya mengenali Yesus,
saya seorang yang malas, suka membuang waktu dan tiada initiatif langsung. Hidup
saya tanpa hala tuju. Saya mengaku bahawa saya jauh dari sempurna. Saya kerap
membuat silap dalam hidup. Banyak berdosa yang menjauhkan diri saya dari Tuhan.
Hidup saya dibanjiri dengan keraguan. Saya kadang-kala mengikut teman-teman ke
gereja bukan dengan niat tulus, sekadar menghabiskan waktu.

Sepanjang berjalan bersama dalam
proses IKD, pengetahuan saya tentang ajaran Katolik lebih jelas. Proses ini
membuka ruang bagi saya berkongsi hidup saya dengan teman-teman-ku yang baru
dikenali dalam pertemuan IKD setiap hari Minggu. Ini telah membantu saya
bertumbuh dalam kerohanian dan memperkuatkan iman saya.
Bagi saya, Yesus adalah Tuhan dan
Dialah Juruselamat kita. Saya ingin kekal di sisi Tuhan seperti dalam petikan Matius 12 : 50, 'Sebab siapa pun yang melakukan kehendak Bapa-Ku di syurga, dialah saudara-Ku.'
Kini saya lebih yakin melakukan sesuatu kerja
untuk mencapai matlamat hidupku. Proses IKD telah menyedarkan saya bahawa tiada
perkara yang mustahil bagi Yesus. Kita hanya perlu serahkan segala-galanya
kepada Tuhan. Doalah selalu agar Tuhan akan merestui permintaan kami.
Saya berharap dapat menyertai
koir agar talenta yang kecil ini dapat dikongsikan bersama dalam perayaan liturgi.
No comments:
Post a Comment