Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 10, 2015

Keuskupan Sandakan Mengalu-alukan 397 Baptisan Baru

Artikel oleh DS dan gambar oleh SOCCOM :
Tawau, Sandakan, Telupid dan Lahad Datu 

Sandakan : Keuskupan Sandakan mengalu-alukan 397 baptisan baru, yang telah dibaptis pada Malam Paskah, 4hb April 2015; 150 dari Paroki Sandakan, 71 dari Paroki Telupid, 38 dari Paroki Tawau dan 138 dari Paroki Lahad Datu. 
Bapa Uskup Julius bersama baptisan baru di Gereja Katolik St. Martin, Telupid 
Kesemua mempunyai kisah yang hendak diberitakan. Masing-masing dengan kisah silam mereka yang kurang menyenangkan. Mereka bertekad mahu berubah demi Kritus.  Kisah sedemikianlah mereka mahu kongsikan bersama, khususnya dengan yang belum mengenali Kristus.
Fr Philip Muji bersama baptisan baru di Gereja Katolik Holy Trinity Tawau
Cerita mereka berkisarkan bilamana dan bagaimana terdorong untuk mahu mengenal Yesus,  tersentuh dengan Sabda Kristus dan perubahan-perubahan hidup yang dialami. Dalam masa perjalanan mencari iman, mereka akhirnya menemui sukacita dan kebahagiaan melalui Injil yang dikongsi bersama.

Kini mereka lebih yakin dengan hidup mereka, ramai di antara mereka berasa sukacita dan memperolehi ketenangan atas pengampunan Tuhan. 2 Kor 5 : 17, 'Jadi siapa yang ada dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru; yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang.
Fr Simon Kontou bersama baptisan baru di Gereja Katolik St. Dominic Lahad Datu
Semoga mereka kekal setia kepada Kristus dan tinggalkan sikap yang kurang menyenangkan. Proses IKD telah memperlihat betapa besar kuasa Tuhan dalam mengubah orang-orang yang percaya akan Dia. Mereka telah menemui 'Pintu kepada iman' (Kis 14 : 27) dan ini bererti memulakan suatu perjalanan seumur hidup ke arah hidup kekal.

Sebagai baptisan baru, kita menguburkan hidup kita yang lama dengan segala dosa kita, untuk hidup baru di dalam Kristus dengan melaksanakan perintah-perintahNya.
Baptisan baru di Katedral Katolik St. Mary Sandakan
'Kamu bagaikan garam dan terang dunia (Matius 5 : 13)....supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu di syurga.'
Kepada semua baptisan baru, umat setempat dan sejagat, 'Selamat Hari Raya Paskah' dan 'Selamat menjalani tanggungjawab dan hidup baru dalam Kristus.'

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent