Oleh Adriana David, Setiausaha Belia
Gereja St. Stephen Tass, Tawau
Tawau : St Stephen Tass merupakan
salah satu gereja outstasi di bawah Paroki Holy Trinity, Tawau. Jarak lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Tawau di mana umatnya terdiri daripada orang-orang tempatan; Kadazan-Dusun dan ethnic lain.
Pada Sabtu,14 Mac 2015, Belia
di Gereja ini telah dengan julung kalinya menggadakan satu Rekoleksi khas
buat remaja dan belia. Seramai lebih kurang 50
peserta termasuk 13 Ahli Jawatan Kuasa Belia dan beberapa orang ahli dari
tim Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity turut hadir selaku pemerhati.
Program pembentukan iman
ini diadakan bertujuan mengumpulkan semua belia untuk mengeratkan lagi
persahabatan di antara sesama. Ia juga sebagai satu inisiatif belia dewasa
di St Stephen Tass untuk memberi inspirasi kepada pemimpin muda agar berani tampil dan
berani mencuba menjadi pemimpin gereja sebagai pelapis buat masa hadapan.
Selain dari itu menurut
pengerusi penganjur, sdri Renne, realiti yang dilihat dikalangan remaja dan belia di Gereja St Stephen Tass ialah ‘kesenyapan.’ Ini bermaksud,
kurangnya penglibatan dari para belia dalam melayani sebagai pemimpin, pembimbing kelas IKD dan kelas PMG walaupun keperluan ini amat mendesak. Faktor-faktor yang menyumbangkan kepada realiti tersebut adalah kerana kesibukan kerja dan migrasi belia yang keluar dari Tawau samada bekerja atau pun belajar.
Terdapat 3 sesi utama
dalam program Pembentukan Iman ini iaitu input–input rohani yang telah di sampaikan
oleh dua orang penceramah jemputan:
- Sesi 1 - Kebangkitan Iman Belia
- Sesi 2 - Disiplin dan Komunikasi Dalam Komuniti Belia.
Kedua-dua sesi tersebut
telah disampaikan oleh Seminarian Walter Milter Mario yang sedang menjalani pendedahan dan tugasan pastoralnya di Gereja Holy Trinity, Tawau.
- Sesi 3 - Penglibatan dan Pelayanan Belia Pada Masa Kini oleh sdri Rosalind Pilos salah seorang pemimpin di Gereja ini.
Rekoleksi sehari ini bermula dari 7.00 pagi hingga 5.00 petang dan diakhiri dengan
sesi bergambar dan minum petang.
No comments:
Post a Comment