Saya Marlina Diol berasal dari Telupid. Saya sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Sebelum ini, saya seorang
Kristian dari denominasi lain.

Saya amat terdorong untuk
mahu tahu tentang akan ajaran Katolik kerana saya terpikat dengan hidup
berkomuniti cara Katolik. Jiran-jiran saya yang Katolik begitu giat dalam KKD sentiasa nampak ceria apabila menghadiri pertemuan. Mereka akan hadir bersama sekeluarga dan mereka terlibat secara langsung membantu Katedral dalam pelbagai pelayanan.
Sungguhpun saya seorang Kristian sebelum menyertai proses IKD, saya jarang ke gereja. Saya tidak mempraktikan hidup berkomuniti sepertimana dituntut dalam Injil. Setelah berada dalam IKD selama setahun, saya mulai sedar tentang kepentingan juga manfaat hidup berkomuniti. Saya bertekad mahu menyertai KKD St Maria.
Saya juga seperti orang lain, mahu hidup dalam kebahagian selalu. Dengan itu saya wajib wujudkan perdamaian dengan Tuhan, dengan orang lain dan dengan diri sendiri.
Petikan Sabda Tuhan yang menjadi panduan hidup saya ialah, 'Berbahagialah orang yang bermurah hatinya, kerana Tuhan akan murahkan hatiNya.' ~ (Matius 5 : 7)

No comments:
Post a Comment