Artikel oleh Helen John dan
Gambar oleh Bell dan Helen
Gambar oleh Bell dan Helen
SANDAKAN : Kerasulan Belia Katolik (KBK) Paroki Katedral St Mary telah menganjurkan satu program khas selama dua hari 28hb dan 29hb Mac bertempat di Dewan Paroki sempena dengan Hari Belia Sedunia tahun ini bertemakan “Berbahagialah mereka yang suci hatinya kerana mereka akan melihat Tuhan.” Hampir 80 orang peserta telah menyertai program tersebut.
Program ini bertujuan untuk;
- mengumpulkan para belia di paroki Sandakan dalam merayakan Hari Belia Sedunia 2015.
- memupuk dan merapatkan silaturahim di kalangan belia dan remaja
- membantu para belia agar dapat meneguhkan iman mereka melalui persatuan dalam doa.
Teologi Salib telah membantu peserta lebih mengenali erti kata Salib, tersurat dan tersirat. Manakala, 'Apa itu Minggu Suci' telah menyedarkan mereka akan persediaan dan persiapan diri ketika memasuki Minggu Suci.
Pada hari kedua Ahad, 29 Mac, para belia bersama-sama umat merayakan Misa Minggu Palma dan Hari Belia Sedunia yang telah diupacarakan oleh Rev. Fr. Sunny Chung. Dalam homilinya, Fr. Sunny mengajak umat untuk merenungkan karektar-karektar seperti dalam pewartaan Injil. Di antaranya ialah Yudas Iskariot yang sudah bersamanya selama tiga tahun sanggup menjual Yesus.
Yudas Iskariot menggambarkan diri kita sendiri. Kita mungkin sudah bertahun-tahun mengikutiNya. Namun bilamana menghadapi percobaan dan cabaran hidup di dunia ini kita dengan mudah sanggup meninggalkan Nya dan menggadai Yesus dengan bertukar kepada agama yang lain. Di akhir homilinya, umat diajak untuk tetap teguh dalam iman dan sentiasa berdoa memohon kekuatan Tuhan sebagai persiapaan memasuki minggu suci.
Yudas Iskariot menggambarkan diri kita sendiri. Kita mungkin sudah bertahun-tahun mengikutiNya. Namun bilamana menghadapi percobaan dan cabaran hidup di dunia ini kita dengan mudah sanggup meninggalkan Nya dan menggadai Yesus dengan bertukar kepada agama yang lain. Di akhir homilinya, umat diajak untuk tetap teguh dalam iman dan sentiasa berdoa memohon kekuatan Tuhan sebagai persiapaan memasuki minggu suci.
Selepas selesai sahaja Misa Kudus, para belia menyaksikan pemberkatan dan perasmian Pusat Belia St. John Paul II yang disempurnakan oleh Fr Sunny Chung. Pusat ini akan menjadi tempat belia berkumpul dan melakukan aktiviti –aktiviti kerohanian.
Sempena Hari Belia Sedunia yang ke 30, Pusat Belia St. John Paul II di berkati dan di buka kepada belia |
Rev. Fr. Sunny Chung memberkati Pusat Belia St. John Paul II St. Mary Sandakan. Sabah |
Selepas mengikuti program Hari Belia Sedunia ini, saya menyedari pelayanan saya sebagai belia belum cukup dan masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Saya juga belajar memberanikan diri menegur belia yang lain untuk tujuan kebaikan. Semasa aktiviti perkumpulan, kami dapat bertukar-tukar pendapat mengenai pelayanan masing-masing.
Harapan saya kepada belia yang lain agar tidak berputus asa dalam apa jua pelayanan dan sentiasa ikhlas dalam melayani tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Semoga pada masa akan datang lebih banyak belia akan menyertai program seperti ini untuk memperbaharui iman dan pengetahuan dalam melayani sesama belia. Amen! ~ Lydiana Kantiu
Sepanjang program ini saya cuba mendalami ayat yang ingin saya fahami selama ini dalam Lukas 22:26 “Tetapi kamu tidaklah demikian, melainkan yang terbesar di antara kamu hendaklah menjadi sebagai yang paling muda dan pemimpin sebagai pelayan.” Saya sangat tersentuh melihat belia-belia melayani dengan penuh cinta kasih tanpa mengira umur walaupun mereka adalah daripada golongan belia bekerja mahupun bersekolah.
Dalam pelayanan gereja, adalah sangat penting untuk lebih memahami cinta kasih yang diberikan oleh Yesus melalui kayu salib. Ini dijelaskan oleh Fr Sunny dalam sesinya“Teologi Salib.” Selain itu, sesi yang diberi oleh Sr Lilian fsic iaitu “Apa itu Minggu Suci” adalah satu input yang sangat berharga buat saya secara peribadi.
Manakala dalam sesi perbicangan secara berkumpulan mengenai pesanan Paus Fransiskus kepada belia memberi peluang pada saya untuk mengenali teman-teman belia yang lebih muda. Saya berpeluang memahami masalah yang mereka hadapi pada masa kini.
Harapan saya khasnya untuk semua belia agar kita dapat bersatu dalam doa serta mendalami iman dan pengetahuan mengenai Gereja Katolik yang kudus. ~ Rodney Roger SiningHARI BELIA SEDUNIA TAWAU
Belia Tawau merayakan Hari Belia Sedunia dalam pelayanan koir Misa Kudus sempena Minggu Palma |
HARI BELIA SEDUNIA LAHAD DATU
Sr. Evelyn Tivit fsic mengelolakan program Hari Belia Sedunia yang ke - 30 di Dewan St. Dominic Lahad Datu |
Bagaimanakah menyediakan hati yang suci? |
Segala kelemahan manusiawi disalibkan kerana Yesus Kristus akan bangkit dengan manusia baru
HARI BELIA SEDUNIA TELUPID
Hildy Albert menyampaikan pesanan Bapa Suci Francis kepada pemimpin belia |
Pemimpin belia melaporkan respon terhadap pesanan Bapa Suci Francis sempena Hari Belia Sedunia yang ke 30 |
Rev. Fr. Jasery Gabuk melakukan upacara pengutusan kepada pemimpin Tim Belia di Gereja St. Martin Telupid |
No comments:
Post a Comment