Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 11, 2015

PERKONGSIAN DARIPADA SDRA COSMAS THIEN YUN CHUNG (IKD KATEDRAL ST. MARY SANDAKAN, SABAH)

(Cosmas Thien Yun Chung adalah seorang mekanik yang menetap di Sandakan. Cosmas masih bujang, berumur 27 tahun berbangsa Cina dan sebelum ini adalah umat Kristian dari denominasi Basel)

Hidup sebelum mengenali iman Katolik, penuh dengan rintangan dan halangan. Jalannya penuh  berliku-liku. Saya seorang kaki botol. Ketagih dengan alkohol. Saya juga bersikap panas baran, cepat marah tanpa sebab munasabah. Itulah sebenarnya saya sebelum berpeluang mengikuti proses IKD. Saya menjadi beban kepada keluarga saya. Ibu tersayang amat khuatir dengan hidup saya.

Ibu dan kawan-kawan saya telah mendorong saya untuk menjadi seorang Katolik kerana mereka percaya melalui Yesus dan iman Katolik, saya akan berubah. Berubah menjadi anak saleh, hidup berlandaskan kepada kekudusan. Saya sedar akan kelemahan saya. Saya perlu sinaran harapan dalam hidup saya agar dipulihkan. Saya tidak dapat mencapai matlamat saya jika bergantung kepada kekuatan saya yang terhad. Saya perlukan Roh Kudus agar dipimpin ke arah kebenaran.

Keinginan untuk berubah demi keluarga, khasnya ibu tersayang, saya berazam mencari iman dan ketenangan dalam hidup. Pelawaan demi pelawaan dari rakan-rakan baik saya telah membuatkan hati saya terbuka untuk mengenali Yesus. Setelah mula mendekati dan akrab dengan Yesus dan mendengar perkongsian iman daripada kawan-kawan lain, saya kini lebih tenang dalam hidup saya. Segalanya yang terjadi adalah rencana Tuhan.


Di sini juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pembimbing yang telah menemani saya dalam perjalanan saya di dalam IKD.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent