Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 11, 2015

PERKONGSIAN DARIPADA ASLIANA (CLARA) DOMINIC (IKD KATEDRAL ST. MARY SANDAKAN, SABAH)

(ASLIANA (CLARA) DOMINIC, berusia 23 tahun, keturunan Dusun berasal dari Entilibon, Telupid.)


Perasaan ingin mengenali iman Katolik dengan lebih dalam lagi telah mendorong saya untuk mengikuti proses IKD. 

Sebelum saya mengenali iman Katolik dan merasakan cinta kasih daripada Yesus, saya adalah seorang yang sangat kuat cemburu. Saya cemburu dengan  apa yang dimiliki oleh orang lain yang saya tidak mampu memilikinya. Saya juga suka melawan ibu bapa dan sangat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. 


Syukur kepada Tuhan, semasa mengikuti kelas IKD, saya diajar mengenai Sakramen Pertobatan dan saya sering mendengar perkataan “cinta kasih.” Melalui itu, saya sudah mula dapat menerima Yesus dengan sepenuh hati, dapat menerima teguran orang lain dan tidak lagi melawan cakap kedua ibu dan bapa saya. 


Saya percaya, dengan cinta kasih Yesus, Dia telah menyelamatkan saya dari hal-hal negatif yang ada di dunia ini. Selain itu, saya juga percaya bahawa Yesus adalah penyelamat bagi setiap yang taat dan percaya kepadaNya. Puji Tuhan!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent