Oleh Helen John
SANDAKAN : Pejabat Pastoral Keuskupan Sandakan sekali lagi telah mengambil bahagian pada musim prapaskah ini untuk menyahut seruan Bapa Suci Fransiskus iaitu melakukan amal kasih melalui tindakan dan perbuatan.
SANDAKAN : Pejabat Pastoral Keuskupan Sandakan sekali lagi telah mengambil bahagian pada musim prapaskah ini untuk menyahut seruan Bapa Suci Fransiskus iaitu melakukan amal kasih melalui tindakan dan perbuatan.
Seramai 11 kakitangan Pusat Keuskupan Sandakan termasuklah Bapa Uskup
Julius Dusin Gitom telah menabung seringgit sehari selama empat puluh hari sepanjang musim
prapaskah. Begitu juga dengan kelas Inisiasi Kristian Dewasa (IKD), Katedral St Mary, Sandakan turut sama menabung
setiap minggu pertemuan selama musim prapaskah ini. Tujuan amalan ini adalah
untuk menyalurkan dana yang terkumpul buat mereka yang memerlukan terutama sekali kepada keluarga
yang kurang berkemampuan.
Pada 9 April 2015, Sr Veronica Kaundang fsic dibantu oleh 3 orang wakil Pusat Pastoral Sandakan telah menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan dapur kepada 7 buah keluarga miskin yang telah dikenal pasti terlebih dahulu.
Menurut pesanan prapaskah Bapa Suci Fransiskus 2015, cabaran yang mendesak dan penting untuk diatasi bersama ialah globalisasi ketidakpedulian. Selaku pengikut Kristus, kita diajar agar mengasihi Tuhan, sesama dan diri. Kasih harus diwujudkan dalam bentuk yang nyata, dalam tindakan dan perbuatan. Kita hendaklah mengambil peduli terutama yang memerlukan seperti dalam teks 'Orang Samaria Yang Murah Hati.' (Lukas 10 : 25 - 37)
Keuskupan Sandakan, melalui Pejabat Pastoralnya telah mengamalkan praktik mempersiapkan hati dan batin untuk membantu yang kurang berkemampuan pada masa Adven dan Prapaskah. Sungguhpun dana yang dikumpul melalui sumbangan seringgit sehari daripada setiap staf pada kedua-dua musim tersebut tidaklah begitu besar, namun ia sungguh bermakna bagi orang yang serba kekurangan.
Sumbangan yang ikhlas, biar sekecil mana pun, jika dikumpul akan memberi manfaat kepada yang terpinggir. Tuhan akan memberkati sumbangan kita, diperbanyakkan untuk memenuhi keperluan orang yang benar benar memerlukan seperti dalam Yohanes : 1 - 15, 'Yesus memberi makan lima ribu orang' dengan menggandakan lima roti dan dua ikan pemberian seorang anak.
No comments:
Post a Comment