Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 11, 2015

PERKONGSIAN DARIPADA GLENN GEOFFREY (IKD KATEDRAL ST. MARY SANDAKAN, SABAH)

Nama saya Glenn Geoffrey, berasal dari Beluran dan kini berusia 21 tahun. Saya telah dibaptiskan sejak saya bayi lagi. Atas masalah yang tidak dapat dielakkan, saya belum menerima Sakramen Penyambutan. Apabila saya sudah meningkat dewasa, saya terbuka hati untuk pergi sembahyang setiap minggu dan mengikuti program belia di Gereja. 


Dari situ, saya dapat merasakan panggilan Tuhan untuk saya lebih mendalami iman Katolik lagi kerana bagi saya, tanpa Yesus, diri saya akan sesat, tidak teratur dan selalu melakukan dosa.


Saya juga percaya, Yesus telah menggunakan sepupu saya, Ronald Cheah sebagai alat untuk memanggil saya mengikuti kelas IKD. Semasa kelas IKD, saya sangat suka akan petikan dari Matius 8:1-4, “Yesus menyembuhkan seorang yang sakit kusta” kerana saya juga percaya bahawa Tuhan akan menyembuhkan saya dari tabiat negatif yang ada dalam hidup saya. 


Yesus adalah sebahagian dalam hidup saya kerana Dia, saya hidup dan sangat sempurna di mata-Nya. Selepas ini, saya mahu melibatkan diri dalam program belia terutamanya program YouthPREPLink (YPL) kerana pengalaman yang saya ada dalam program ini telah membantu saya dalam kehidupan saya seharian.

Akhir kata, saya ingin selalu berdoa kepada Tuhan dan selalu mahu bersamaNya kerana Yesus telah memberikan cinta kasihNya kepada saya terdahulu.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent