Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 10, 2015

Perkongsian Daripada Raymond Cheah (IKD Katedral St Mary, Sandakan)

(Sdra Raymond Cheah, status bujang berumur 20 tahun berasal dari Beluran. Dia adalah seorang Sino Kadazan, berkerja sendiri dan kini menetap di Sandakan.)

Penglibatan saya dalam aktiviti-aktiviti gereja Katolik, khususnya aktiviti belia waktu saya remaja lagi telahpun mendorong saya ingin menjadi seorang Katolik. Pergaulan bersama dengan teman-teman Katolik, tanpa kesedaran telahpun menjadi benih iman yang kecil. Lama-kelamaan ia bercambah dan mulai tumbuh. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk belajar menjadi seorang Katolik dan berdaftar diri dalam proses IKD di pertengahan 2014.

Keluarga saya juga banyak memberi sokongan dan bimbingan. Galakan mereka menyemarakkan lagi semangat saya. Saya bersyukur kerana dianugerahi keluarga yang sentiasa mendampingi saya sepanjang perjalanan dalam proses IKD.

Sebelum mengenali Yesus, saya seorang yang cepat marah, suka memaki dan membenci orang. Ramai yang menjauhi dari saya kerana sikap buruk saya. Saya terasa dipulau. Oleh itu, saya merasakan harus tukar cara hidup kerana hidup saya yang dulu tidak selari dengan tuntutan Kristiani. 
Saya mengikuti IKD kerana saya ingin mencari kehidupan baru dan bertumbuh dalam iman. Dalam kelas IKD, saya sangat suka apabila para pembimbing mengajar kami dengan bersungguh-sungguh. Mereka sentiasa bersedia, prihatin dan ambil peduli tentang perkembangan kami terutama dalam aspek rohani.

Saya tertarik dengan jalan cerita tentang Yesus disalibkan, wafat, dimakamkan dan kebangkitan-Nya. SabdaNya ada kaitan dengan diri saya. Kita diseru memikul salib dalam perjalanan hidup namun dijanjikan kebangkitan. Biar sukar menghadapi apa juga rintangan, akhirnya pasti ada jalan keluar. Sabda Yesus bagai suluh bagi hidup saya, memandu saya langkah demi langkah.

Selepas mengikuti IKD, saya semakin mengenali Yesus dan mendapat kehidupan baru. Saya ingin kongsikan Yesus dengan sesiapa sahaja yang saya temui.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent