(Sdra Gerrey Lee Jamie, berusia 17 tahun berasal dari Sandakan. Dia adalah seorang Dusun.)
Pihak-pihak yang mendorong saya untuk
menjadi Katolik ialah ahli keluarga saya, teman-teman dan diri saya sendiri.
Sebelum mengenali Yesus, saya seorang pemalas, suka melawan cakap dan boros. Tetapi kerana Yesus, Tuhan dan Juruselamat saya, saya beransur-ansur berubah ke cara hidup yang baru. Yesus adalah jalan dan kebenaran dan hidup.
Saya mengenali IKD sejak pertengahan tahun 2014. Ibu saya mengajak saya untuk menyertai bersama kerana kami sekeluarga ingin menjadi ahli Katolik.

Semasa saya mengikuti IKD, saya
mencari ajaran-ajaran Tuhan Yesus, Kisah-kisah Tuhan Yesus dan saya ingin
mempelajari cara untuk berdoa. Bimbingan yang saya suka semasa dalam kelas IKD
ialah para pembimbing yang mengajar kerana kebanyakannya baik dan lucu, menghidupi sesi-sesi pengajaran, mempromosikan partisipasi dan interaksi.
Melalui proses IKD membuat saya lebih mengetahui ajaran-ajaran Tuhan Yesus. Sabda Yesus yang saya suka, dipetik dari Kitab Kejadian 1:1-31 “Allah menciptakan langit dan bumi serta isinya”. Maka segala ciptaanNya adalah baik dan sebagai umat Kristian hendaklah kita jaga bersama ciptaan itu dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.

Selepas mengikuti IKD, saya lebih mengetahui tentang ajaran
Tuhan Yesus dan ceritanya pada zaman dahulu. Saya perlahan-lahan berubah untuk
mematuhi cakap orang tua, lebih rajin dan tidak membazir waktu.
Saya suka melayani dalam liturgi kerana saya akan berasa lebih dekat dengan Tuhan Yesus, mendengar dan menghayati homili dari paderi. Menurut kehendak hati saya, saya ingin mengongsikan kepada semua agar sentiasa bersama Yesus kerana Dialah Juruselamat kita.

No comments:
Post a Comment