Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 10, 2015

PERKONGSIAN DARIPADA SDRI MARICHEL I. TANGON (IKD Katedral St Mary Sandakan))

(Marichel I. Tangon berumur 19 tahun adalah seorang gadis Ilocano. Dia berasal dari keluarga Katolik dan menetap di Sandakan)

Perasaan ingin lebih dekat dengan Tuhan telah mendorong saya untuk menjadi salah seorang ahli dalam keluarga Katolik. Keluarga serta teman-teman saya juga banyak membantu.


Sebelum ini, saya adalah seorang yang sangat tidak sabar dalam semua perkara. Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dengan citarasa saya, saya akan terus marah bahkan menengking. Ini membuat saya tidak tenang, tidak senang dan hal sedemikian amat menyakiti diri saya sendiri. Hidup saya amat tertekan. 


Melalui dorongan kawan-kawan, saya terbuka hati untuk mengikuti kelas IKD. Semasa kelas IKD terutamanya melalui perkongsian kawan-kawan, saya sudah mula faham dan sedar akan kepentingan untuk sentiasa bersama Tuhan. Ini adalah kerana Dia penyelamat umat manusia sejagat dan melalui Dia juga, saya berubah menjadi seorang yang lebih penyabar. 

Terima kasih kepada para pembimbing dan kawan-kawan atas kesabaran dan semangat ambil peduli sepanjang saya berada di IKD. Selama setahun berada di kelas IKD, iman saya sudah mulai bertumbuh dan percaya dalam segala ajaran Yesus dan kerana melalui Dia jugalah, kehidupan saya penuh dengan sukacita.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent