Oleh Sr Liza Augustine fsic
gambar oleh John Wong, SOCCOM Tawau
Tawau : Seramai 116 orang ahli Legio Maria daripada
sembilan praesidium menghadiri upacara Acies di Paroki Holy Trinity, Tawau pada 19hb April, 2015.gambar oleh John Wong, SOCCOM Tawau
Upacara
tersebut disaksikan oleh Sdra. Patrick Benjamin Tim, Presiden Comitium dari
Kota Kinabalu, Seminarian Walter Milter dan Pemimpin Rohani Sr. Liza Augustine fsic
yang bermula pada jam 11 pagi hingga tengahari.
Upacara
Acies ini diadakan untuk memperbaharui janji dan komitmen oleh semua ahli dalam
pertubuhan Legio Maria bagi semua ahli yang aktif mahupun yang tidak aktif
sekali dalam setahun.
Upacara
ini dimulai dengan perarakan masuk yang didahului oleh Presiden Kuria Cina
Sdra. Charles Wong, dan diikuti oleh Presiden Kuria Bahasa Malaysia dan presiden setiap praesidium.
Selepas
perarakan ini, Doa Rosari diadakan yang dipimpin oleh Pemimpin Rohani Kuria
Legio Maria (BM) Sr. Liza Augustine fsic.
Selepas
Doa Rosari, Pemimpin Rohani Sr. Liza Augustine fsic memimpin pembacaan daripada buku pegangan Legionaries tentang Acies dan dikuti dengan perkongsiannya.
Beliau sekali lagi mengingatkan kepada semua ahli Legionaries yang
memperbaharui janji mereka agar menjadikan Bonda Maria sebagai teladan dalam
penyerahan diri yang total kepada Tuhan.
Dalam
perkongsian, Sr. Liza menekankan tentang sikap Bonda Maria yang menyerahkan
seluruh hidupnya kepada Tuhan sebagai alatNya dalam menyebarkan Khabar Gembira
iaitu kebangkitan Kristus yang telah memberikan kita harapan, dan bahawa kematian
sudah dikalahkan.
“Dengan
pembaharuhan janji ini sebagai perajurit Bonda Maria, pantaslah ahli legionaries
berusaha sungguh-sungguh untuk mengongsikan Berita Baik ini terutama sekali bagi mereka yang sudah lemah dalam iman, mereka yang terpinggir serta mereka yang
sakit, kesepian dan memerlukan cahaya dalam kasih Kristus”
Selepas
perkongsian itu, maka upacara memperbaharui janji dan komitmen bermula. Pemimpin
Rohani Sr. Liza fsic telah mendahului upacara ini dan diikuti oleh seramai
116 orang ahli secara bergilir-gilir. Upacara
Acies turut menerima kehadiran ahli-ahli auxiliary. Selesai
upacara Acies di Gereja Holy Trinity, semua ahli telah dijemput untuk jamuan
tengahari.
No comments:
Post a Comment