Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 14, 2015

PERAYAAN PASKAH KRISTUS TELAH BANGKIT ALLELUIA!!!

Artikel oleh Helen John
Gambar oleh Helen John dan Helda Japanis 


SANDAKAN – Seramai 2,000 umat katolik di Katedral St. Mary telah hadir bersama-sama untuk merayakan Misa Kudus Paskah iaitu Hari Kebangkitan Tuhan Yesus Kristus yang diselebrankan oleh Rev. Fr Thomas Makajil.
Dalam homili, Fr Thomas Makajil mengatakan pada masa kini terlalu banyak cabaran duniawi yang kita hadapi terutama dalam waktu prapaska ini. Namun kita bersyukur oleh kerana iman, kita tetap dapat meneruskan kehidupan dengan berfokus pada Tuhan. Dalam dunia moden kini, persoalan yang sering kita dengar adalah tentang apakah ada kehidupan disebalik kematian? Namun, bagi kita kesaksian rasul-rasul dan para martir yang mati oleh kerana iman mereka  pada Yesus menggambarkan adanya sesuatu yang berlaku semasa kehidupan Yesus yang disaksikan oleh para rasulnya.

Rev. Fr. Thomas juga menyatakan rasa syukurnya kepada semua baptisan baru yang telah diterima masuk dalam keluarga katolik dan ini juga kerana kesaksian kita pada mereka.


PERAYAAN PASKAH DI PUSAT DEWAN PAROKI KATEDRAL ST. MARY SANDAKAN

Sempena dengan perayaan paskah ini, majlis makan malam telah diadakan secara potluck. Turut hadir dalam memeriahkan perayaan ini Rev Fr Thomas Makajil, Rev Fr Sunny Chung, Romo Benyamin dari Larantuka, Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC), Religious of the Good Shepherd (RGS), Seminarian Stanley, dan Sdra. Pilis Malim selaku Pengerusi Pastoral Paroki.

Acara dimulakan dengan persembahan koir yang dipimpin oleh Sdra Sundry. Seterusnya ucapan pembukaan oleh Rev Fr Thomas Makajil, katanya salah satu yang membawa kita bersatu adalah semangat kekitaan serta berkomuniti dan ini membawa kita untuk bersatu dalam Tuhan.

Pelbagai persembahan dan permainan turut disediakan untuk memeriahkan majlis paskah antaranya tarian daripada Kerasulan Belia Katolik, persembahan muzik dan nyanyian oleh Christopher Aban, dan juga tarian oleh ibu-ibu yang diketuai oleh Valeria selaku pengerusi majlis pada malam itu.

Majlis berakhir pada pukul 9 malam dan doa penutup oleh Rev. Fr Thomas Makajil.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent