Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Tuesday, April 21, 2015

Kuria Legio Maria (BM) Katedral St Mary, Sandakan Merayakan Acies

Artikel oleh Elisabeth Michael
Gambar oleh Helen John dan Helda Japanis
SANDAKAN, 31hb Mac – Seramai 52 orang ahli Legio Maria daripada lima praesidium menghadiri upacara Acies di Katedral St Mary, Sandakan. Upacara tersebut disaksikan oleh Paderi Paroki Rev. Fr. Thomas Makajil, Pemimpin Rohani Sr. Appollonia Gumpu fsic dan Seminarian Bro. Stanley William Matakim.
Upacara Acies lazimnya diadakan sekali dalam setahun. Ia merupakan upacara pembaharuan janji dan komitmen dalam pertubuhan Legio Maria untuk semua ahli yang aktif. Lima Praesidium yang terlibat; Praesidium Ratu Pengasih, Praesidium Ratu Takhta Kebijaksanaan, Praesidium Ratu Kerahiman, Praesidium Ratu Perdamaian dan Praesidium Ratu Cahaya. Upacara dimulakan dengan Doa Rosari dipimpin oleh Presiden Kuria Legio Maria (BM) Bro. Julius Kasu.
Acara disusuli dengan Perayaan Ekaristi yang diupacarakan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil. Dalam homilinya, Fr Thomas berkata bahawa pertubuhan Legio Maria merupakan antara pertubuhan kerasulan awam yang paling awal diperkenalkan di negeri Sabah. Pertubuhan yang berpusat di Dublin, Ireland ini telah begitu banyak menghasilkan rasul awam yang membantu menyebarluas karya penginjilan di negeri ini. Beliau mengharapkan pelayanan berdasarkan teladan Bonda Maria ini dapat diteruskan dan diperluaskan demi membantu gereja.
Upacara memperbaharui janji dan komitmen dimulakan selepas homili dan didahului oleh Rev. Fr. Thomas diikuti oleh Pemimpin Rohani Sr. Appollonia fsic, pemimpin kuria seterusnya semua ahli Legio Maria. Seramai 52 orang ahli telah melafazkan pembaharuan janji mereka. Upacara Acies turut menerima kehadiran tiga orang ahli auxiliary, seorang ahli percubaan dan tiga orang ahli junior.
Selesai upacara Acies di Katedral St. Mary, semua ahli berkumpul di Bilik Kateketikal untuk jamuan ringan. Presiden Kuria, sdra Julius dalam ucapan singkatnya menyatakan kesyukuran dan kegembiraan beliau dengan penglibatan semua ahli dalam upacara tersebut. Beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak Kuria kepada Rev. Fr. Thomas, Sr. Appollonia fsic dan Seminarian Bro. Stanley William Matakim. Upacara Acies berakhir dengan doa penutup serta berkat daripada Rev. Fr. Thomas. 

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent