Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Tuesday, October 31, 2017

Misa Penutupan Bulan Rosari

oleh DS

Sandakan – Pada tanggal 28 Oktober Misa Penutupan Bulan Rosari telah diadakan di Pondok Meditasi, Puncak Maria, Katedral St. Mary, Sandakan. Seramai lebih kurang 150 orang umat telah mengikuti misa ini.
Doa Rosari telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi di hadapan groto Katedral St. Mary. Setelah doa Rosari selesai, semua umat perlahan-lahan bergerak menuju ke Puncak Maria untuk menghadiri Misa Kudus. Misa telah diselebrankan oleh Uskup Julius Dusin Gitom dan dibantu oleh Fr. Stanley William Matakim.
Pada awal misa, Bishop Julius menyeru umat yang hadir untuk mendoakan umat Kristian yang berada di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi penganiayaan terhadap umat Kristian semakin berleluasa.
“Mari kita berdoa untuk mereka yang hidup dalam penganiayaan khususnya mereka yang beriman kepada Kristus.” - Uskup Julius.
Pada hari yang sama, Gereja Katolik merayakan Pesta Santo Simon dan Santo Yudas. Semasa homili, Uskup Julius menyentuh tentang dua orang santo tersebut yang merupakan pengikut Yesus yang setia, penuh keimanan dan dedikasi dalam membawa injil. Mengikut tradisi, mereka pergi ke Persia untuk menyebarkan firman Tuhan dan mereka mati sebagai martir.
Kemudian, Yang Mulia meneruskan homilinya, “Seperti dalam Injil (Lukas 6:12), Yesus berdoa sebelum memilih 12 rasul-Nya. Hal ini menunjukkan bahawa jika kita ingin mengambil satu keputusan yang penting di dalam hidup kita, kita perlu berdoa sama seperti Yesus berdoa kepada BapaNya. Teladan yang pertama ialah Bonda Maria.  Kita percaya bahawa Bonda Maria telah banyak kali membawa Yesus pergi ke rumah ibadat, contohnya ketika mereka membawa Yesus ke Jerusalem untuk dipersembahkan di bait Allah. Hal ini memberi kita bayangan bahawa ibubapa Yesus merupakan orang yang takwa kepada Tuhan dan Bonda Maria adalah orang pertama yang mengajar Yesus untuk berdoa. Pada bulan Rosari ini, kita berkesempatan untuk berdoa bukan sahaja secara individu tetapi juga secara berkomuniti dan bersama dengan Bonda Maria. Kita mohon agar Bonda Maria sentiasa mendoakan kita. Walaupun kita menutup bulan Rosari ini tetapi tidak bererti bahawa kita berhenti berdoa. Sebab itulah kita diperingatkan dalam injil hari ini bahawa kehidupan Yesus juga berdoa kepada Tuhan. Oleh itu, marilah kita sentiasa berdoa kepada Tuhan agar kita sentiasa dekat dengan-Nya dan kehidupan kita sentiasa dibimbing oleh-Nya.”
Misa selesai kira-kira jam 11 pagi dan diikuti dengan bergambar bersama.

Friday, October 27, 2017

CHRIST-CENTERED COMMUNITY, SERVING ONE ANOTHER WITH LOVE

Reported by: Julita Kantod
Photos by: Soccom Tawau

Tawau: 18 October 2017 marked another historical moment for the Diocese of Sandakan, not only that they celebrated their 10th anniversary of the erection of the diocese and the episcopal ordination of His Lordship Bishop Datuk Julius Dusin Gitom, but also the unveiling and launching of their Vision and Mission Statements of the diocese.  These triple joy celebrations were hosted by the Parish of Holy Trinity Church, Tawau.
In light with the launching of the Vision and Mission (V & M) statements, the committee organized a Talk, a day earlier at 2.00pm in the parish hall. The Talk was on Basic Ecclesial Community (BEC) delivered by His Eminence Cardinal Anthony Soter Fernandez and later followed by questions and answers session. Since BEC is the pastoral thrust of this diocese, it is pertinent that it goes in the same direction in fulfilling the vision and mission of the diocese. In view of the importance of understanding and ownership of the V & M, the next session was allocated for a briefing on the V & M and Pastoral Plan of the Diocese of Sandakan by Mr. Pilis Malim, the Chairman Diocesan Focus Committee. In his briefing, he shared that it took them seven tedious years in formulating the V & M and finally seven lettered words summed up the statements which will guide the diocese in the coming years. It is the wish of the diocese that all parishes within its jurisdiction will incorporate the V & M to their pastoral planning. Around three hundred lay leaders, Bishops, Priests and Religious attended the Talk and Briefing.
Mr. Reynaldo De Los Santos
Later in the evening, the organisers headed by Mr. Reynaldo De Los Santos, hosted a dinner reception to commemorate the celebration in one of the leading hotels in town.
The summit of the 10th anniversary celebration was marked by a Thanksgiving Eucharistic Mass presided over by His Lordship Bishop Julius Dusin Gitom and con-celebrated by His Eminence Cardinal Anthony Soter Fernandez, His Grace Archbishop John Wong of Kota Kinabalu Archdiocese, His Lordship Bishop Cornelius Sim of Brunei Vicariate, His Lordship Bishop Cornelius Piong of Keningau Diocese, Rev. Msgr. Nicholas Ong of Holy Trinity Tawau, and all the priests from Sandakan and Keningau Dioceses. Among the 800 attendees, were the Mother General of the FSIC, religious nuns and the Parish Pastoral Chairmen and their councillors, Lay leaders from the five parishes within the Sandakan diocese (Holy Trinity Church Tawau, St. Mary Cathedral Sandakan, St. Dominic Lahad Datu, St. Martin Telupid, Our Lady of Fatima Beluran and St. Francis Assisi Paitan Mission). 
During His Lordship homily, he unveiled the Vision and Mission Statements of the Diocese as, “CHRIST-CENTERED COMMUNITY, SERVING ONE ANOTHER WITH LOVE”.  In his homily, the prelate called upon the congregation to reflect on the character of St. Luke which is also the Saint's Feast Day. He invited all to discern and reflect on the Saint’s characteristics to live in communion with others, encouraging each other and supporting each other, merciful, caring, concern, and committed to building the church of God. He further hoped to see a community that will share their talent, wisdom, knowledge, and energy towards achieving the diocese vision and mission.
After the Eucharistic celebration, Rev. Msgr. Nicholas Ong, the hosting parish, and Rector gave his address to the congregation for their support in making this celebration a success. In his short message, he stressed on a few points through - the BEC program as a platform in achieving the V & M, Eucharist as the priority of life, live in harmony within the community, deepening the faith to the younger generation for a continuity of the mission and, in a lighter jest, an encouragement for the family to multiply more.
While on his brief speech, His Eminence Cardinal Anthony Soter Fernandez stressed on the oneness of all human race as people of God, living as one human race and in the presence of God. His Eminence reminded all that a true Christian only knows one language, that is, the language of “Love” as what the diocese V & M propagated. 
In His Lordship Bishop Julius keynote address, he thanked God for this auspicious event of the 10th Anniversary of the Diocese of Sandakan. He acknowledges that not only the diocese celebrating this three-in-one-event but the diocese was honoured, for the first time in the history of this diocese, to have a Cardinal present to witness this celebration.

His Lordship Bishop Datuk Julius Dusin Gitom concluded the speech by sharing his hope to all the faithful in the Diocese of Sandakan, “10 years of a journey as one Diocese has taught us the importance of understanding, accepting, respecting and consideration within parishes, priests, Religious, lay Leaders and also as parishioners. There are many ups and downs: failures, tiredness, conflicts, but at the same time, we also experienced joy, happiness, peacefulness and spiritual and physical growth in our journey. Formulating the Vision and Mission consider a long and challenging part but to implement it is another challenge that will take longer time through perseverance and patience.” The prelate ends his address by encouraging all the delegates and representatives of the 5 parishes of Diocese Sandakan to dedicate their wisdom, talent, knowledge, to be committed and determine towards the achievement of the Vision and Mission Statements.
Witness by the congregation and the 3 other Dioceses and the Cardinal of Malaysia, His Lordship officially launched the Vision and Mission statement followed by signing the Diocesan Pastoral Plan Documents which were then handed over to the representatives of each Parishes, Paitan Mission and a copy given to the Cardinal and the Arch/Bishops of the visiting 3 Dioceses ( Kota Kinabalu, Keningau and Brunei Darussalam ).

Thursday, October 26, 2017

Kejohanan Bola Sepak - Solidariti antara Gereja sambil Beramal Kasih

Laporan dan gambar oleh Rini Stella

Sandakan
: Satu Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka bagi umat Kristian Bahagian Sandakan 2017 telah diadakan di Padang Forestry Research Centre (FRC), Sepilok pada 14 dan 15 Oktober 2017. Acara ini merupakan anjuran KKD St. Francis of Assisi
, Sepilok dengan kerjasama Aramaiiti Football Club (AF) yang diketuai oleh Sdra. Victor bin Joseph dan dibantu oleh Sdra. Fabian Koret.
Sdra. Dimeh memberikan sedikit kata-kata semangat disusuli doa pembukaan
Gimik perasmian kejohanan oleh Sdra. Dimeh Koyopo
13 kumpulan telah menyertai kejohanan ini termasuk pasukan pihak penganjur dan pasukan jemputan dari Keningau. Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada Gereja Katolik, S.I.B dan Anglikan. Acara ini diadakan dengan tujuan mencari dana KKD St. Francis of Assisi serta mengeratkan silaturahim sesama umat antara gereja di Sandakan.
Turut hadir memberi sokongan ialah Rev. Fr. Christopher Ireneus, Sr. Maria Dipal, RGS dan Pengerusi Komiti Pastoral Gereja St. Mark iaitu Sdra. Dimeh Koyopo. Sdra. Victor dalam ucapannya menyatakan syukur dan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang telah menyertai acara ini dan berharap semua pasukan bermain dengan penuh semangat dan sukacita.
Sdra. Victor memberikan ucapan
Rev. Fr. Christopher (baju biru) bersama Sdra. Dimeh menyaksikan perlawanan Bola Sepak
Pasukan yang memenangi acara ini telah membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai RM400 (johan), RM350 (naib johan), RM300 (ketiga) dan medal (keempat). Selain itu, anugerah pemain terbaik dan penjaga gol terbaik masing-masing telah menerima trofi. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Fr. Christopher Ireneus.
Johan: MARIAN TEAM
Naib Johan: GMB
Tempat Ketiga: SONETA FC

Wednesday, October 25, 2017

HARI WARGA KAMPUS KE-19

Laporan oleh Theressa Maria Mccaffrey 
Pelajar Katolik Kampus, UMS cawangan Sandakan
untuk blog Keuskupan Sandakan


KOTA KINABALU - Pada 7 Oktober 2017, Catholic Student Council (CCS) Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah menganjurkan Hari Warga Kampus (HWK) ke-19 bertempat di Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu. Seramai 10 orang peserta mewakili Keuskupan Sandakan telah menyertai program tersebut, 3 orang pelajar daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) cawangan Sandakan, 5 orang pelajar daripada Politeknik Sandakan Sabah, dan 2 orang lagi merupakan pelajar daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau. Keseluruhan peserta daripada seluruh kampus sekitar Kota Kinabalu, Keningau dan Sandakan adalah lebih daripada 300 orang peserta.

Program dimulakan dengan Misa kudus pada jam 7 pagi sebagai pembukaan HWK-19 dan diikuti dengan acara ice-breaking didewan, "Get to Know Me and You‟ dan seterusnya pujian dan penyembahan. 

Sesi 1 telah disampaikan oleh Sdri. Serena mengenai “Iman, Pengharapan dan Kasih”. Berdasarkan kepada tajuk sesi, beliau mengongsikan tentang kehidupan sebagai pelajar dan juga mengenai pengalaman beliau semasa menuntut di sebuah institut pengajian di luar negara serta pengalamannya sebagai seorang misionaris. 

Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan Synod on Youth 2018 – talk2francismy di mana para peserta diberi maklumat mengenai satu laman web khusus bagi soal selidik yang memerlukan kerjasama seluruh belia Katolik dan bukan Katolik untuk mengongsikan pengalaman masing-masing bagi membincangkan bagaimana gereja Katolik mampu menyokong belia dalam menghidupi iman dan memilih misi dalam hidup dengan lebih baik. Pope Francis akan membincangkan isu-isu ini bersama-sama dalam perhimpunan Sinod bersama seluruh bishop di seluruh dunia.

Program HWK ke 19 diteruskan dengan Sesi 2 yang bertajuk "Menghidupi Sabda Allah dalam Kehidupan‟ yang juga dikongsikan oleh Sdri. Serena yang dikaitkan dengan Alkitab. Beliau membawa para peserta untuk menitik beratkan pembacaan Alkitab sehari-hari agar mendengar kata-kata daripada Tuhan kerana kepercayaan semata-mata adalah sia-sia tanpa memiliki kebenaran melalui Alkitab. Beliau juga menegaskan pelajar untuk berdoa dan mempraktikkan "makan‟ dari segi Firman Tuhan, memilih golongan kawan yang mahu bertumbuh dalam Kristus dan meraikan serta bersyukur atas perkara-perkara yang kecil. 

Sesi yang terakhir telah dikendalikan oleh Sdra. Paulus iaitu "Apa yang Perlu Saya Lakukan Selepas Ini?". Beliau mengajak semua peserta untuk menyimpulkan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada Sesi 1 & 2 untuk dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari agar dapat menjadi seorang pelajar Katolik kampus yang imannya teguh. 

Kemuncak penutupan program ini diakhiri dengan acara "Malam Tematik‟ yang mempersembahkan sebuah lakonan yang menyampaikan mesej yang tersendiri menurut tema HWK-19, "Karena Yang Mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan besar kepadaku dan nama-Nya adalah kudus‟ – Lukas 1:49. Semoga pelajar - pelajar Katolik Kampus yang telah menghadiri HWK ke 19 ini lebih dimantapkan iman mereka dan apa yang telah diperolehi akan dapat di kongsikan bersama dengan para pelajar Katolik kampus yang berada diKeuskupan Sandakan.

Gambar kenangan bersama - sama perwakilan dari Keuskupan Sandakan
Theressa Maria berdiri di tempat yang ke - 4 dari kiri dan berbaju warna light  blue. 

RASA SAYANG - SAYANG BERSAMA ORANG MUDA KATOLIK KBKI

SAKILAN DESA – Program Rasa Sayang - Sayang (RSS) telah diadakan di kapela St. Yohanes Pembaptis, Sekilan Desa pada 7 sehingga 8 Oktober 2017. Program yang bertemakan “kerana yang Mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan yang besar kepadaku dan namaNya adalah kudus” (Lukas 1:49) telah dihadiri seramai 36 orang muda Katolik disekitar Sakilan Desa dan dari Komuniti Besar Keluarga Indonesia (KBKI).


Antara wajah-wajah peserta
Program RSS ini merupakan ilham dan inisiatif para belia di Sekilan Desa yang dipimpin oleh Saudara Paulus Kopong dan saudari Marselina Kornelis yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara belia dan membawa belia untuk lebih mengenali Yesus, Bonda Maria dan asal usul keturunan keluarga sendiri dengan lebih mendalam.

Pelbagai aktiviti dan sesi yang telah dijalankan sepanjang program ini. Antaranya adalah doa Taize, perkongsian dalam kumpulan dan renungan secara peribadi, aktiviti berkumpulan dan “Outdoor Games”. 


Aktivti dalam kumpulan "Persembahan Lakonan"
Outdoor Games
Doa Taize
“Siapa Tuhan Yesus bagi saya?” merupakan sesi yang pertama yang telah disampaikan oleh Sr. Lilian Unsoh fsic, selaku pembantu Penasihat Rohani Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan. Sesi kedua iaitu "Siapakah Bonda Maria?" telah dikongsikan oleh saudari Maria Fatimah, yang merupakan seorang rasul awam yang melayani umat di Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI). Sesi ketiga yang bertajuk “Gereja adalah satu Panggilan, Gereja adalah Apostolik” telah disampaikan oleh saudari Anna Teresa. Dalam sesi yang ke 3 ini, saudari Anna mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada anak - anak muda perantau agar tidak melupakan identiti serta asal - usul diri kerana identiti ini juga merupakan anugerah Tuhan dan perlu dihargai.


Para Penyampai Sesi Sr. Lilian (kiri), Saudari Maria Fatimah (tengah) dan Saudari Anna (kanan)
Melalui program ini, kerohanian dan jasmani para peserta dapat disegarkan dan dikuatkan. Hubungan antara sesama juga telah terbina dan semakin erat melalui aktiviti - aktiviti berkumpulan. Selain itu, keyakinan diri pada para belia juga dapat dimantapkan melalui sesi-sesi dan aktviti-aktiviti sepanjang program ini. Melihat kepada sokongan dan penerimaan positif dari para belia dan pemimpin Gereja Sakilan Desa, program RSS ini, diharapkan dapat diteruskan agar pembentukan iman dapat ditingkatkan dan persahabatan dapat diteguhkan.

Bergambar kenangan bersama selepas Ibadat Sabda

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent