Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 26, 2017

Kejohanan Bola Sepak - Solidariti antara Gereja sambil Beramal Kasih

Laporan dan gambar oleh Rini Stella

Sandakan
: Satu Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka bagi umat Kristian Bahagian Sandakan 2017 telah diadakan di Padang Forestry Research Centre (FRC), Sepilok pada 14 dan 15 Oktober 2017. Acara ini merupakan anjuran KKD St. Francis of Assisi
, Sepilok dengan kerjasama Aramaiiti Football Club (AF) yang diketuai oleh Sdra. Victor bin Joseph dan dibantu oleh Sdra. Fabian Koret.
Sdra. Dimeh memberikan sedikit kata-kata semangat disusuli doa pembukaan
Gimik perasmian kejohanan oleh Sdra. Dimeh Koyopo
13 kumpulan telah menyertai kejohanan ini termasuk pasukan pihak penganjur dan pasukan jemputan dari Keningau. Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada Gereja Katolik, S.I.B dan Anglikan. Acara ini diadakan dengan tujuan mencari dana KKD St. Francis of Assisi serta mengeratkan silaturahim sesama umat antara gereja di Sandakan.
Turut hadir memberi sokongan ialah Rev. Fr. Christopher Ireneus, Sr. Maria Dipal, RGS dan Pengerusi Komiti Pastoral Gereja St. Mark iaitu Sdra. Dimeh Koyopo. Sdra. Victor dalam ucapannya menyatakan syukur dan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang telah menyertai acara ini dan berharap semua pasukan bermain dengan penuh semangat dan sukacita.
Sdra. Victor memberikan ucapan
Rev. Fr. Christopher (baju biru) bersama Sdra. Dimeh menyaksikan perlawanan Bola Sepak
Pasukan yang memenangi acara ini telah membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai RM400 (johan), RM350 (naib johan), RM300 (ketiga) dan medal (keempat). Selain itu, anugerah pemain terbaik dan penjaga gol terbaik masing-masing telah menerima trofi. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Fr. Christopher Ireneus.
Johan: MARIAN TEAM
Naib Johan: GMB
Tempat Ketiga: SONETA FC

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent