Lahad Datu: Kem Krisma yang julung kalinya telah diadakan di Gereja St. Dominic pada 16hb September 2017. Kem ini dihadiri oleh calon penguatan daripada Paroki St
Dominic dan Outstasi sekitar. Seramai
14 Calon dewasa dan 136 Calon Remaja serta 20 orang para pembimbing telah menyertai kem ini.
Kem Krisma ini merupakan yang pertama diadakan di Paroki St. Dominic kerana sebelum ini hanya diadakan retret bagi Calon Penguatan. Kem ini bertujuan untuk mempersiapkan para calon untuk menerima Sakramen Penguatan pada 5hb Nov 2017 akan datang. Objektif utama bagi Kem Krisma ini adalah ‘Menjadi Saksi Kristus Yang Berkesan'.
Program ini dimulai dengan pendaftaran seawal jam 7 pagi disusuli dengan Pentahtaan Alkitab yang dipimpin oleh Rev. Fr. Simon Kontou.
Sesi pertama ialah Menghidupi Panggilan Baptis yang dipimpin oleh Sr Evelin Tivit. Beliau mengadakan bengkel dan soalan. Antara soalan-soalan yang dikemukakan ialah ‘cabaran utama orang muda untuk menghidupi panggilan Baptis'.
Dalam sesi kedua ialah Penyataan tentang Sakramen. Melalui sesi ini, para calon diajak untuk mengenali Sakramen dengan lebih mendalam.
Masuk kepada sesi ketiga, Sr Evelin memberikan katekisis tentang Ekaristi, Yesus Roti Kehidupan. Di dalam sesi ini, para calon mengadakan aktiviti tentang urutan Misa.
Dalam sesi kedua ialah Penyataan tentang Sakramen. Melalui sesi ini, para calon diajak untuk mengenali Sakramen dengan lebih mendalam.
Masuk kepada sesi ketiga, Sr Evelin memberikan katekisis tentang Ekaristi, Yesus Roti Kehidupan. Di dalam sesi ini, para calon mengadakan aktiviti tentang urutan Misa.
Melalui sesi Pertobatan, pembimbing PMK saudari Vilma mengadakan aktiviti ‘Knee Injury/ Spiritual Healing’ untuk memperlihatkan para calon bagaimana melalui proses pertobatan.
Sesi terakhir, Sr Evelin memberi penjelasan tentang tajuk sesi iaitu ‘Kamu adalah SaksiKu (7 Maksud Buah Roh Kudus)' dan berakhir dengan aktiviti menyusun teka silang kata .
Kem Krisma ini ditutup dengan perkongsian, renungan dan evaluasi yang dipimpin Sr Evelin Tivit dan di akhiri dengan Raptai Calon Penguatan di dalam Gereja.
No comments:
Post a Comment