SAKILAN DESA – Program Rasa Sayang - Sayang (RSS) telah diadakan di kapela St. Yohanes Pembaptis, Sekilan Desa pada 7 sehingga 8 Oktober 2017. Program yang bertemakan
“kerana yang Mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan yang besar kepadaku
dan namaNya adalah kudus” (Lukas 1:49) telah dihadiri seramai 36 orang muda Katolik disekitar Sakilan Desa dan dari Komuniti Besar Keluarga Indonesia (KBKI).
|
Antara wajah-wajah peserta |
Program RSS ini merupakan ilham dan inisiatif para belia di Sekilan Desa yang dipimpin oleh Saudara Paulus Kopong dan saudari Marselina Kornelis yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara belia dan membawa
belia untuk lebih mengenali Yesus, Bonda Maria dan asal usul keturunan keluarga
sendiri dengan lebih mendalam.
Pelbagai aktiviti dan sesi yang telah dijalankan sepanjang
program ini. Antaranya adalah doa Taize, perkongsian dalam kumpulan dan renungan secara peribadi, aktiviti berkumpulan dan “Outdoor
Games”.
|
Aktivti dalam kumpulan "Persembahan Lakonan" |
|
Outdoor Games |
|
Doa Taize |
“Siapa Tuhan Yesus bagi saya?” merupakan sesi yang pertama yang telah
disampaikan oleh Sr. Lilian Unsoh fsic, selaku pembantu Penasihat Rohani
Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan. Sesi kedua iaitu "Siapakah Bonda Maria?" telah dikongsikan oleh saudari
Maria Fatimah, yang merupakan seorang rasul awam yang melayani umat di Keluarga Besar
Katolik Indonesia (KBKI). Sesi ketiga yang bertajuk “Gereja adalah satu Panggilan, Gereja adalah Apostolik” telah disampaikan oleh saudari Anna Teresa. Dalam sesi yang ke 3 ini, saudari Anna mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada anak - anak muda perantau agar tidak melupakan identiti serta asal - usul diri kerana identiti ini juga merupakan anugerah Tuhan dan perlu dihargai.
|
Para Penyampai Sesi Sr. Lilian (kiri), Saudari Maria Fatimah (tengah) dan Saudari Anna (kanan) |
Melalui program ini, kerohanian dan jasmani para peserta dapat disegarkan dan
dikuatkan. Hubungan antara sesama juga telah terbina dan semakin erat melalui aktiviti - aktiviti berkumpulan. Selain itu, keyakinan diri pada para belia juga dapat dimantapkan melalui sesi-sesi dan aktviti-aktiviti sepanjang program ini. Melihat kepada sokongan dan penerimaan positif dari para belia dan pemimpin Gereja Sakilan Desa, program RSS ini, diharapkan dapat diteruskan agar pembentukan iman dapat ditingkatkan dan persahabatan dapat diteguhkan.
|
Bergambar kenangan bersama selepas Ibadat Sabda |
No comments:
Post a Comment