Laporan oleh Tessa E. Socobos
LAHAD DATU: Silam Catholic Youth Apostolate (SCYA) telah mengadakan sebuah Program Kem Belia Alpha yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 6hb Oktober hingga 8h Oktober 2017. Kem ini diadakan di Borneo Paradise Eco Farm Resort, Kunak. Seramai 53 orang telah menyertai program ini. Antaranya ialah peserta dari Our Lady of Pilar Silam dan St. Nicholas Tampenau.

Objektif di dalam Alpha Belia ini adalah agar para belia mengalami
keintiman dengan Yesus, bukan sahaja mengalaminya namun juga untuk memperbaiki
hubungan ini, serta bertumbuh di dalamnya.
Kem
ini termasuklah 10 sesi yang diambil daripada tajuk-tajuk Kem Alpha (Siapakah Yesus?, Mengapakah Yesus Wafat?
Bagaimanakah saya yakin dengan Iman saya? Mengapa dan Bagaimanakah saya
berdoa? Mengapa dan Bagaimanakah saya membaca Alkitab? Siapakah Roh Kudus dan Apakah yang dilakukan oleh Roh Kudus? Bagaimanakah saya boleh dipenuhi
Roh Kudus? Bagaimanakah saya boleh mengatasi kejahatan? dan Adakah Tuhan masih
menyembuhkan masa kini?).
Selain daripada itu, perkongsian dalam kumpulan, Puji dan Sembah, doa berkumpulan(sesi penyembuhan), Faith in Action (FIA), dan Journey To Unity (“Amazing Race”). Bukan itu saja, sesi pertobatan dan pemeriksaan hati nurani juga telah disampaikan oleh Rev. Fr. Marcellinus Pongking diikuti dengan sesi Sakramen Rekonsiliasi. Tidak lupa juga Rev. Fr. Simon Kontou yang telah mengadakan Misa Ekaristi dan telah menyampaikan homili yang sangat baik.

Melalui kem ini, telah membawa sesuatu yang luar biasa dan telah mengubah ramai
peserta. Semestinya perubahan tersebut merupakan sesuatu yang sangat baik. Puji Tuhan!
Testimoni
peserta:
Mereka
bersyukur dan berterima kasih kerana melalui program ini, semua orang sangat “sporting”, semakin
kenal antara satu sama yang lain, gembira kerana mendapat kawan baru. Mereka juga telah
belajar dengan betul bagaimana untuk berdoa, membuka Alkitab, mendapat banyak
pengetahuan melalui sesi-sesi yang telah disampaikan. Mereka berharap
agar dapat menguatkan dan mengukuhkan iman mereka.
Mereka
juga bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menyertai program ini dan membuat mereka mendapat sentuhan dari kuasa Roh Kudus
lebih-lebih lagi semasa sesi penyembuhan. Ini membuatkan mereka menyedari
bahawa hari tersebut adalah hari yang paling indah bagi mereka apalagi bagi
yang pertama kali menyertai program seperti ini.
Mereka
juga sangat terharu dan gembira kerana bukan saja dapat memperbaiki komunikasi
dan hubungan dengan komuniti/kawan-kawan tetapi juga dengan Tuhan serta membawa diri
lebih dekat dengan Tuhan. Mereka sangat merasai kehadiran dan jamahan Roh
Kudus bekerja di dalam diri mereka.
Ternyata
semua usaha, jerih payah dan segala kesulitan untuk menjayakan kem ini tidak sia-sia.
Terima kasih kami ucapkan kepada Saudara Billy M. Socobos yang telah
memperkenalkan program Alpha ini kepada kami sejak berbulan yang lalu sehingga
kami dapat menjayakan program ini. Tidak lupa juga mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka
yang telah menyokong dan membantu dalam menjayakan program ini; kepada Paderi
Paroki, Fr.Simon Kontou dan Fr. Marcelinus Pongking (St.Dominic), kepada KUK,
Pengerusi KKD San Juan Silam, KWK dan komuniti Our Lady of Pilar Silam Chapel,
kepada para penaja, penceramah, Senior Alpha Kajang, dan kepada keluarga yang telah
membantu dalam menyediakan makanan dan keperluan kami, Belia St.Nicholas
Tampenau dan seterusnya kepada SCYA team ministry.
Tuhan sungguh baik ! Alleluia !
No comments:
Post a Comment