Oleh Tim Dokumentasi Komiti Katekatikal
Lahad Datu: Kem penyambutan telah diadakan pada 23hb September 2017 di gereja St. Dominic. Seramai 151 Calon Penyambutan yang hadir dari Paroki St Dominic dan Outstasi sekitar manakala seramai 22 orang pembimbing telah mengikuti kem ini. Kem Penyambutan ini merupakan yang pertama diadakan di Paroki St. Dominic kerana sebelum ini hanya diadakan retret bagi Calon Penyambutan.
Program ini dimulai dengan pendaftaran dan sarapan pagi seawal 7 pagi disusuli dengan Pentahtaan Alkitab pada 7.45 pagi yang dipimpin oleh Rev. Fr. Simon Kontou.
Sesi pertama dimulakan dengan sesi suaikenal serta Icebreaking dan diteruskan dengan bengkel tentang Sakramen Baptis yang dikendalikan oleh Pengerusi Komiti Katekatikal Paroki, Sdra Sebastian Francis. Pada akhir sesi ini, calon penyambutan dan pembimbing melakukan aktiviti 14 pernyataan Pembaptisan yang betul atau salah.
Sesi seterusnya iaitu sesi Ekaristi. Sdra Sebastian memberikan penerangan tentang Urutan Misa Kudus dalam bentuk ‘game’ iaitu aktiviti berkumpulan dimana mereka mengisi tempat kosong di dalam kertas yang disediakan tentang Urutan Misa.
Didalam sesi Pertobatan pula, aktiviti ‘Knee Injury/ Spiritual Healing’ telah diadakan untuk memperlihatkan para calon bagaimana untuk melalui proses pertobatan. Sesi yang sama telah dilakukan semasa Kem Krisma lalu.
Setelah makan tengahari, para calon dibawa bermain permainan mencari Harta Karun, dimana para calon akan diperlihatkan kelengkapan misa dalam bentuk gambar dan mencari gambar berkenaan di sekitar dewan. Setelah permainan ini selesai, para calon dibawa melihat sendiri kelengkapan Misa.
Pada sesi yang terakhir dalam Bengkel Anak yang Hilang, para calon membuat aktiviti menyusun cerita tentang anak yang hilang di dalam kumpulan dan seterusnya wakil setiap kumpulan akan menceritakan semula hasil kumpulan mereka di hadapan calon yang lain.
Kem ini diakhiri dengan perkongsian daripada calon penyambutan. Antara perkongsian mereka ialah agar aktiviti sebegini akan diadakan selalu.
Setelah ucapan penutup, kem ini diakhiri dengan doa penutup oleh pembimbing.
No comments:
Post a Comment