Laporan oleh Shirley Joseph
Gambar oleh Rogena R. Sining dan Philippa Philip
SANDAKAN: Konferensi Amos ke-3 pada hari yang ketiga dan terakhir juga dimulakan dengan sesi pujian pagi.
Sesi: “Bergerak Bersama Sebagai “Gereja Tujuan” (Bahagian 2)
Saudara Dominic Lim adalah moderator sesi. Sesi ini mengetengahkan tindakan susulan selepas program Amos ke-2, Pertemuan Pastoral Tripartit ke-3 dan ke-4.

Saudara Dominic memulakan sesi tersebut dengan imbasan serta tindakan susulan selepas program Amos dan pertemuan-pertemuan pastoral tripartit yang lalu. Kemudian, semua peserta dibahagikan kepada 11 kumpulan. Berikut merupakan soalan dan saranan untuk perbincangan kumpulan tersebut:
Kumpulan A dan B
Mendekati umat yang merantau agar kaum buruh migran dan perantau tetap mempertahankan iman dan menjadi rasul awam yang baik
Kumpulan C
Membuat banci (mendata) para migran dan perantau
Kumpulan D
Adakan program penyesuaian diri dan kesedaran untuk buruh migran mengenai bermigrasi yang beriman, legal dan produktif
Kumpulan E
Memberi informasi tentang institusi kewangan rasmi untuk memudahkan pengiriman wang
Kumpulan F
Mengoptimalkan informasi dan komunikasi antara keuskupan dalam pengurusan dokumen sakramen perkahwinan serta penyediaan bahan-bahan yang sesuai untuk program kesedaran dan pembentukan iman para buruh migran dan perantau
Kumpulan G
Training of Trainers (ToT) dalam bidang paralegal khusus buat para pelayan dalam migrant desk dan yang terlibat dalam pelayanan migrasi untuk menangani masalah migran
Kumpulan H
Mengambil berat pendidikan dan pengajaran agama Katolik bagi anak-anak migran
Kumpulan I
Menggalakan para migran dan perantau membentuk komuniti dan bantu mereka dalam usaha pelayanan antara sesama mereka
Kumpulan J
Membuat jaringan dengan keuskupan-keuskupan asal di Filipina (Networking with the Philippine dioceses of origin)
Kumpulan Paderi dan Religius
1. Menyediakan peluang bagi para pastor dan kaum religius dari keuskupan asal dan transit untuk melayani di keuskupan tujuan dengan izin uskup setempat
2. Selaraskan yuran proses dokumentasi untuk penerimaan sakramen perkhawinan
3. Memorandum Of Understanding (MoU) dengan keuskupan-keuskupan asal yang lain
4. MoU dengan Kerajaan Indonesia melalui Konsulat Indonesia di Kota Kinabalu dan Tawau

Kumpulan para paderi dan religius
Mereka telah diberikan 30 minit untuk membuat perbincangan. Selepas itu, setiap kumpulan harus menyampaikan laporan hasil perbincangan masing-masing.
Semasa sesi penggulungan, Dominic mengatakan bahawa semua cadangan yang diperolehi daripada konferensi ini akan dikompilasi dan dikaji semula oleh satu tim khusus dengan menggabungkan pernyataan akhir Pertemuan Pastoral Tripartit ke-5 nanti. Kemudian, hasilnya akan diedarkan kepada ketiga-tiga keuskupan di Sabah selewat-lewatnya pada hujung tahun 2017.
Uskup Julius Dusin Gitom dalam ucapan penutupnya mengucap syukur kerana melalui konferensi ini, isu-isu para migran dapat dilihat dari sudut pastoral dan juga undang-undang. Beberapa keputusan dan resolusi juga dapat dibuat dan bersedia ke arah pelaksanaan. Yang Mulia berharap agar ketiga-tiga komisi di semua keuskupan di Sabah akan mengadakan mesyuarat dan perbincangan lanjut untuk tindakan susulan. Uskup Julius juga menyatakan penghargaannya kepada tim penganjur, kakitangan Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan, pemberi sumbangan berbagai bentuk daripada pelbagai pihak serta penglibatan aktif daripada semua peserta.

Perayaan Ekaristi diadakan sebagai acara penutupan Konferensi Amos ke-3. Selebran utama, Uskup Julius mengatakan semasa homilinya bahawa semangat pengorbanan Padre Pio boleh dibawa ke dalam pelayanan kepada mereka yang lemah terutamanya migran. Yang Mulia menyeru kepada para peserta agar menjalankan tugasan dan tanggungjawab pelayanan kepada migran di paroki masing-masing agar resolusi Konferensi Amos ke-3 dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan Firman Tuhan dapat bertumbuh. Katanya, "Tuhan memerlukan setiap kita untuk menyediakan tempat dan suasana yang sesuai bagi para migran. Maka, tentunya segala usaha membuahkan hasil."
Konferensi hari ketiga telah berakhir selepas makan tengah hari.

No comments:
Post a Comment