Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 11, 2017

PAROKI OLOF, BELURAN AKHIRNYA MEMPUNYAI TIM KERASULAN BELIA PAROKI YANG SAH!


BELURAN - Pada 17 September 2017 yang lalu seramai 11 pemimpin belia dari Paroki Our Lady of Fatima (OLOF), Beluran telah datang dan bertemu sekali lagi dalam mesyuarat bagi penubuhan Kerasulan Belia Paroki (KBP) OLOF. Pemimpin - pemimpin belia ini datang dari St. Yohanes Sakilan Desa, St. Paul Ulu Dusun dan OLOF Beluran. Selain daripada mereka, perwakilan dari St Anthony Bukit Garam dan St Emmanuel Jaya Bakti juga turut di undang namun tidak dapat menghadirkan diri atas sebab komitmen masing - masing. Turut serta dalam mesyuarat penubuhan ini adalah Bapa Uskup Julius Dusin Gitom selaku Paderi Paroki, Saudara Hendrikus Nadus selaku pengerusi Majlis Pastoral Paroki (MPP), Saudara Gabriel perwakilan MPP dan Sr. Lilian Unsoh selaku Pembantu Penasihat Rohani Komisi Keraulan Belia Keuskupan.

Pada 28 Mac 2017 yang lalu Komisi Kerasulan Belia Keuskupan telah turun padang ke Paroki OLOF, Beluran untuk membantu dalam pembentukan awal KBP dengan menyampaikan pengenalan dan sejarah penubuhan Komisi, carta organisasi, menyampaikan peranan dari penaung sehinggalah Kerasulan Belia Katolik. 

Saudari Anna Teresa selaku Kordinator Komisi KBK telah mempengerusikan mesyuarat penubuhan. Beliau sekali lagi mengongsikan peranan KBK dan KBP. Ini adalah supaya mereka yang dipilih untuk menjadi tim KBP ini akan lebih memahami peranan dan dapat melaksanakan tanggungjawab yang dipercayakan kepada mereka terutama sekali dalam hal - hal pastoral untuk belia.



Kehadiran Bapa Uskup sangat dihargai kerana jelas bahawa pembentukan KBP ini sangat penting. Ahli tim KBP yang rasmi terdiri daripada 10 pemimpin yang mewakili gereja - gereja dibawah naungan Paroki OLOF. Bapa Uskup berharap agar ada kesatuan dalam pelayanan serta wujud persahabatan dikalangan tim agar dapat berjalan bersama dalam melayani gereja terutama sekali dalam belia.

Pembentukan iman tim KBP ini akan diteruskan dengan rekoleksi yang pertama sebagai tim KBP OLOF, Beluran yang akan diadakan kelak.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent