Laporan oleh Theressa Maria Mccaffrey
Pelajar Katolik Kampus, UMS cawangan Sandakan
untuk blog Keuskupan Sandakan
KOTA KINABALU - Pada 7 Oktober 2017, Catholic Student Council (CCS) Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah menganjurkan Hari Warga Kampus (HWK) ke-19 bertempat di Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu. Seramai 10 orang peserta mewakili Keuskupan Sandakan telah menyertai program tersebut, 3 orang pelajar daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) cawangan Sandakan, 5 orang pelajar daripada Politeknik Sandakan Sabah, dan 2 orang lagi merupakan pelajar daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau. Keseluruhan peserta daripada seluruh kampus sekitar Kota Kinabalu, Keningau dan Sandakan adalah lebih daripada 300 orang peserta.
Program dimulakan dengan Misa kudus pada jam 7 pagi sebagai pembukaan
HWK-19 dan diikuti dengan acara ice-breaking didewan, "Get to Know Me and You‟ dan seterusnya pujian dan penyembahan.
Sesi 1 telah disampaikan oleh Sdri. Serena mengenai “Iman, Pengharapan dan Kasih”. Berdasarkan kepada tajuk sesi, beliau mengongsikan tentang kehidupan sebagai pelajar dan juga
mengenai pengalaman beliau semasa menuntut di sebuah institut pengajian di luar negara serta
pengalamannya sebagai seorang misionaris.
Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan Synod on Youth 2018 – talk2francismy di mana para
peserta diberi maklumat mengenai satu laman web khusus bagi soal selidik yang memerlukan
kerjasama seluruh belia Katolik dan bukan Katolik untuk mengongsikan pengalaman masing-masing
bagi membincangkan bagaimana gereja Katolik mampu menyokong belia dalam
menghidupi iman dan memilih misi dalam hidup dengan lebih baik. Pope Francis akan
membincangkan isu-isu ini bersama-sama dalam perhimpunan Sinod bersama seluruh bishop di
seluruh dunia.
Program HWK ke 19 diteruskan dengan Sesi 2 yang bertajuk "Menghidupi Sabda Allah dalam Kehidupan‟ yang
juga dikongsikan oleh Sdri. Serena yang dikaitkan dengan Alkitab. Beliau membawa para peserta
untuk menitik beratkan pembacaan Alkitab sehari-hari agar mendengar kata-kata daripada Tuhan
kerana kepercayaan semata-mata adalah sia-sia tanpa memiliki kebenaran melalui Alkitab.
Beliau juga menegaskan pelajar untuk berdoa dan mempraktikkan "makan‟ dari segi Firman
Tuhan, memilih golongan kawan yang mahu bertumbuh dalam Kristus dan meraikan serta bersyukur atas perkara-perkara yang kecil.
Sesi yang terakhir telah dikendalikan oleh Sdra. Paulus iaitu "Apa yang Perlu Saya Lakukan
Selepas Ini?". Beliau mengajak semua peserta untuk menyimpulkan segala ilmu pengetahuan
yang diperolehi daripada Sesi 1 & 2 untuk dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari agar dapat menjadi seorang pelajar Katolik kampus yang imannya teguh.
Kemuncak
penutupan program ini diakhiri dengan acara "Malam Tematik‟ yang mempersembahkan sebuah
lakonan yang menyampaikan mesej yang tersendiri menurut tema HWK-19, "Karena Yang
Mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan besar kepadaku dan nama-Nya adalah kudus‟ –
Lukas 1:49. Semoga pelajar - pelajar Katolik Kampus yang telah menghadiri HWK ke 19 ini lebih dimantapkan iman mereka dan apa yang telah diperolehi akan dapat di kongsikan bersama dengan para pelajar Katolik kampus yang berada diKeuskupan Sandakan.
Gambar kenangan bersama - sama perwakilan dari Keuskupan Sandakan |
Theressa Maria berdiri di tempat yang ke - 4 dari kiri dan berbaju warna light blue. |
No comments:
Post a Comment