Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 11, 2017

WELCOMING JUNIOR PARTY (WJP) UMS SANDAKAN 2017

Disediakan oleh Theressa Maria Mccaffrey danLinus Sondungan
Gambar oleh Valna Nana Valentine dan Martin Celestine

Sandakan - Pada 24 September 2017 yang lalu, satu pertemuan untuk pelajar kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) cawangan Sandakan telah diadakan di Gereja St. Petrus Sungai Manila. Pertemuan yang dikenali sebagai Welcoming Junior Party (WJP) ini bertujuan untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar yang baru mendaftar pada awal September tahun ini. 

Objektif utama aktiviti ini diadakan adalah bagi memperkenalkan organisasi pelajar katolik UMS atau lebih dikenali sebagai Catholic Student Family (CSF) yang diketuai oleh saudara Madfianney Madius dan dibantu oleh belia St Petrus. CSF bertujuan untuk mengumpulkan para pelajar katolik agar mendapat bimbingan daripada gereja dan juga pelajar-pelajar senior  memandangkan pelajar-pelajar datang daripada berlainan tempat dan ada yang agak jauh dari Sandakan contohnya, dari Sarawak dan sekitar kawasan Sabah seperti Keningau dan Kota Kinabalu. Seramai 36 peserta termasuk penganjur dan 5 orang tetamu undangan khas wakil dari Kerasulan Belia Paroki (KBP) Sandakan dan Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) yang menghadiri pertemuan ini.

Aktiviti ini diadakan selepas Misa Kudus yang dipimpin oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom. Kemudian diteruskan dengan jamuan makan tengahari. Setelah itu, sekitar jam 2.00 petang aktiviti Pujian dan Penyembahan dijalankan di dalam Gereja St Petrus yang dipimpin oleh saudari Theresa dan saudara Voney manakala doa pembukaan dipimpin oleh saudara Nikmael Nikson. Antara lagu pujian yang dinyanyikan ialah “Gelora Sukacita” manakala lagu penyembahan pula ialah “Hati Sebagai Hamba”.

Puji-pujian dan penyembahan

Seterusnya, Pengerusi Organisasi Gereja St. Petrus iaitu saudara Linus Sondungan telah memberikan sedikit ucapan alu-aluan kepada peserta, begitu juga dengan Pengerusi Belia St Petrus iaitu saudara Ajron dan diserahkan kepada saudari Anna, selaku Koordinator Belia Keuskupan Sandakan untuk memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai belia dan perjalanan belia dalam Keuskupan Sandakan. Sr Lilian Unsoh, fsic turut berkongsi pengalamannya sebagai seorang pelajar dan banyak lagi.

Aktiviti Games telah dikendalikan oleh saudari Valna, saudari Valerie, saudari Ivy dan saudari Cathy sebagai satu medium ice breaking bagi merapatkan hubungan solidaritas para peserta dan tetamu undangan melalui permainan Zombies dan Newspaper Music yang menyeronokkan serta diiringi dengan gelak tawa para peserta dan penganjur. Setelah itu, aktiviti diteruskan dengan sesi pengenalan diri dari segi nama, asal, umur, tahun dan kursus (bagi pelajar UMS) serta sedikit kata-kata perkongsian daripada mereka mengenai perjumpaan ini. 

Games Zombie
Akhir sekali, aktiviti diakhiri dengan doa penutup yang dipimpin oleh Sr Lilian dan dua buah lagu kesyukuran daripada saudara Byron Clifford dan saudari Anna. Semoga aktiviti seperti ini dapat menaikkan lagi semangat pelayanan dalam kalangan pelajar serta belia dan bersatu sebagai keluarga dalam Kristus tanpa mengira bangsa, umur dan kedudukan antara sesama. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.


Makan tengahari bersama
Bergambar kenangan bersama setelah selesai aktiviti WJP

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent