Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 18, 2020

Catholic Campus Students' Gathering ke 4



Di kala umat manusia sedang berusaha memerangi penularan wabak Covid - 19, pihak Gereja juga berusaha mencari jalan untuk menjangkau umat-umatnya. Inilah yang sedang dilakukan oleh Kerasulan Belia Keukupan Sandakan. Kebaikan yang dapat di lihat dari situasi pandemik ini adalah dorongan untuk berfikir di luar kotak. Salah satunya adalah penggunaan media dan teknologi yang semakin menjadi trend dalam menghubungkan antara sesama manusia. Kebanyakan program - program penjangkauan juga dilakukan melalui medium media yang dijalankan secara maya dan kreatif.

Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan melalui Pelayanan Kampus telah menganjurkan program Catholic Campus Students' Gathering (CCSG) kali ke 4. Program ini sepatutnya dijadualkan pada bulan Oktober tahun ini namun keadaan pandemik Covid - 19 ini tidak mengizinkan ianya diadakan secara fizikal. 

Maka dengan itu program ini telah diadakan secara maya selama tiga hari iaitu dari 4 sehingga 6 Disember 2020. Seramai 50 pelajar kampus Katolik telah mengikuti program yang bertemakan 'ARISE'. Turut serta dalam program alam maya ini adalah para belia bekerja dan lepasan pelajar Universiti serta pelajar form 6.

Belakang tabir persiapan Misa Pembukaan CCSG 4


Rev. Fr. Dafrinn Diwol

Program CCSG 4 hari pertama telah dimulakan dengan Misa pembukaan oleh Rev. Fr. Dafrinn Diwol yang juga merupakan Penasihat Rohani bagi Kerasulan Belia Keuskupan. Dalam homilinya, beliau mengingatkan kepada semua yang mengikuti Misa secara langsung ini untuk menghidupi iman melalui pelayanan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Fr. Dafrinn juga mengajak semua belia kampus untuk bangkit bukan secara fizikal tetapi bangkit secara iman kepada Tuhan.

Sejurus selepas Misa, peserta program CCSG 4 ini telah diberikan satu pautan bagi aplikasi Zoom agar dapat memasuki ruangan maya program CCSG 4. Pengacara program, Philippa Phillip dan Maxine telah mengalu - alukan kehadiran semua orang dengan memberikan pengenalan kepada program CCSG 4. Para peserta kemudiannya di bawa dalam Time of Life untuk nyanyian dan ice-breaking. 

Pengacara yang ceria: Maxine dan Philippa Phillip

Time of Life: Lagu - lagu yang dinyanyikan semasa program CCSG 4

Ice Breaking yang dikendalikan oleh Voney dan Edelisa

Intipati hari pertama adalah renungan kepada tema 'ARISE' yang telah di sampaikan oleh Raynold Thomas. Formula untuk 'Arise' telah dikongsikan kepada para peserta iaitu bermula dengan panggilan Tuhan yang memerlukan respon atau sahutan peribadi agar dapat 'bangkit' bersama dengan Yesus Kristus. Renungan tema ini diakhiri dengan video 'Pulihkan' yang dinyanyikan oleh pelajar - pelajar Katolik dari Keuskupan Kota Kinabalu. 


Intipati hari kedua adalah sesi Hubungan dengan Tuhan yang disampaikan oleh Sr. Rusiah Garuk, fsic. Sesi ini dimulakan dengan mengajak para peserta mengenali keperibadian Yesus. Dengan pengenalan ini maka semua orang dapat menjalinkan persahabatan yang asli dengan Yesus. Dokumen hasil tulisan Bapa Suci Fransiskus iaitu Christus Vivit juga dikongsikan terutama sekali yang menyentuh berkenaan hal - hal persahabatan dengan Yesus dalam nota 150 sehingga 157. Persahabatan dengan Yesus tidak dapat dipatahkan. Meskipun berulang kali manusia memutuskan persahabatan ini, Yesus tetap setia menanti 'kepulangan' mereka dan memperbaharui persahabatan itu.

Sesi Hubungan dengan Tuhan oleh Sr. Rusiah Garuk, fsic


Ramai orang telah terkesan dengan keadaan terkini sejak bermulanya pandemik Covid - 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang di arah oleh pihak kerajaan, termasuklah para pelajar kampus. Hal yang berlaku ini merupakan satu perkara yang sangat baru dan ramai yang 'terhenti' seketika dalam menjalankan kehidupan biasa masing - masing. Ada yang mengalami gangguan emosi dan mental sehingga menyebabkan keadaan menjadi tekanan dan seterus mengalami kemurungan diri.

Maka pada hari yang ketiga, pihak penganjur telah mengetangahkan sesi Kesihatan Mental yang disampaikan oleh Puan Daria  P. Joseph K. seorang kaunselor yang berdaftar dan juga seorang pensyarah di Sidma College Sabah/UNIRAZAK, Sabah.

Sesi Kesihatan Mental oleh Puan Daria P. Joseph. K

Sesi ini sangat membantu para pelajar untuk mengenali keadaaan atau apabila berada dalam tekanan dan bagaimana untuk mengatasi sekiranya ia berlaku. Selesai sahaja sesi ini, ramai pelajar, memenuhi ruang chat dengan soalan - soalan kepada Puan Daria. Selain menjawab pertanyaan para pelajar, Puan Daria juga mengongsikan talian dan badan - badan yang menawarkan khidmat kaunseling.

Setiap kali selepas sesi, Tim Para Liturgi akan membawa para peserta untuk renungan dan perkongsian berdasarkan kepada sesi - sesi yang disampaikan. Ini membantu para peserta untuk mendalami sesi yang disampaikan serta mengekspreskan perasaan dan pemikiran secara mereka peribadi.

Tim Para Liturgi meminpin dalam doa pembukaan dan doa pentup di bagi program CCSG 4

Di akhir program pada hari ketiga, para peserta dibawa dalams sesi peneguhan yang dikendalikan oleh Tim Para Liturgi. Dalam sesi ini setiap peserta dibawa mengimbasi tema yang telah dikupas pada hari pertama dan disusuli dengan video bertajuk 'Arise'. Para peserta kemudian diminta untuk menulis perkataan atau gambar yang menunjukkan mereka telah 'bangkit' dan meletakkannya dalam Page Facebook Temasya Belia Keuskupan Sandakan.








Sesi pada hari terakhir diteruskan dengan ucapan dari Anna Teresa selaku Kordinator Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan dan Corey Felino Henry selaku Kordinator Program CCSG kali ke -4 ini. Corey, dalam ucapannya mengucap berbanyak terima kasih di atas kehadiran para pelajar dalam program ini dan kepada para penganjur yang bertungkus lumus di belakang tabir untuk menjayakan program CCSG kali ke 4 ini.

Kordinator Program CCSG ke 4: Corey Felino Henry

Program CSSG 4 diakhiri dengan 'group photo' secara maya


Sebahagian daripada para penganjur program CCSG 4 2020

Thursday, December 3, 2020

'HOME IS WHERE THE HEART IS' - PERTEMUAN SEMULA PARA GRADUAN YOUTHPREPLINK KEUSKUPAN SANDAKAN

Pada 28 November yang lalu, pertemuan semula graduan - graduan YPL telah diadakan secara maya melalui penggunaan aplikasi ZOOM. Seramai 90 graduan dari batch 1 sehingga batch 9 telah mengikuti pertemuan ini. Turut serta dalam pertemuan ini adalah para pendamping dan para sahabat YPL yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran YPL sejak tahun 2011 sehingga 2019.

Penganjuran pertemuan semula YPL telah dijadualkan berlangsung pada bulan Mei 2020. Namun keadaan pandemik Covid - 19 yang amat serius ketika itu telah melumpuhkan penganjuran daripada diteruskan. Lebih - lebih lagi Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang telah diarahkan oleh pihak Kerajaan menjadikan pertemuan secara fizikal tidak dapat dilaksanakan. 

Namun keadaan ini juga telah memaksa semua orang untuk membiasakan diri menjalankan hidup dalam keadaan norma baharu termasuklah cara bermesyuarat dan pengendalian program melalui atas talian. Melalui platform ini, pertemuan semula graduan YPL dapat dilakukan secara maya. 

Pertemuan semula para graduan pernah diadakan pada tahun 2014 dan 2016. Pertemuan kali ini merupakan yang kali ke -3 bagi peringkat Keuskupan Sandakan. Tema yang diberi adalah "Memories bring back Memories bring back YOU"

Tujuan utama penganjuran ini selain daripada mengumpulkan para graduan, adalah untuk bertanyakan khabar antara sesama dan memberi ruang untuk menyegarkan serta membaharui iman.

Pertemuan semula atau lebih mesra di sebut sebagai reunion di dalam Bahasa Inggeris telah dimulakan dengan mengalu - alukan semua graduan dan jemputan apabila mereka mulai memasuki ruang maya ini. Pengacara program kemudiannya menyampaikan orentasi ringkas berkenaan penggunaan aplikasi ZOOM sepanjang program dijalankan.

Pengacara program Virtual YPL Reunion: Ferdy@Cacai Amigo dan Girald@Akkai Palipus

Sesi diteruskan dengan pembacaan serta renungan Injil dan disusuli dengan doa pembukaan oleh Tim Para Liturgi. Program kemudiannya diteruskan dengan video ucapan pendek dari pendamping - pendamping YPL. Antaranya ialah Sr. Jossie Sili, rgs, Jell Joseph, Evelyn Doikin, Sharon Tan, Wilfred Frederick (Boy) dan Seminarian Andy Borine Tingadon. 

Meskipun tidak dapat dilakukan secara fizikal, namun Time of Life tetap diadakan dalam bentuk yang lebih kreatif. Dalam sesi ini, para graduan dibawa menyanyikan lagu - lagu aksi dan lagu penyembahan yang sering dinyanyikan semasa penganjuran YPL yang lalu. Setiap lagu yang dimainkan telah membawa para graduan mengamit kenangan lalu. Seterusnya ice breaking yang dikendalikan oleh tim Time of Life (TOL). Antara games yang di ketengahkan adalah meneka gambar dan 'true or lie'. 

Time of Life


Para graduan kemudiannya dibawa untuk mengimbas kenangan lalu di dalam tayangan video 'YPL's Yesteryears' bagi batch 1 sehingga 5. Kotak chat dalam aplikasi ZOOM dihujani dengan mesej para graduan yang menyatakan kerinduan mereka.

Reunion ini diteruskan dengan sesi perkongsian dari Esther Albert Alim, seorang ibu yang mempunyai seorang anak, bekerja sebagai seorang dietitian di Hospital Tawau dan melayani dalam belia sebagai ahli Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau dan Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan. Beliau juga telah mendampingi peserta - peserta YPL sejak 2013.

Esther Albert Alim mengongsikan pengalamannya berdasarkan kepada tema: Memories bring back memories, bring back you.

Dalam sesi ini, Esther telah mengongsikan realiti hidup yang berlaku dengan dirinya terutama sekali dalam situasi pandamik covid - 19 yang telah hampir menyebabkan dirinya 'hanyut' dan membawa kepada membuat keputusan yang salah. Maka keadaan ini telah membuatkan dirinya rasa tidak layak. Namun Tuhan itu maha pengasih, semua hal di dunia akan berubah namun kasih Yesus tetap sama baik hari kelmarin, hari ini dan esok, dan Dia senantiasa menanti kepulangan anak - anak-Nya. Setiap orang tidak dapat lari daripada cabaran hidup, namun setiap cabaran mempunyai ilmu yang boleh dipelajari dan membawa kepada pertumbuhan diri untuk menjadi lebih matang dan bijak. Sama soalnya dengan kesilapan dan kegagalan hidup kerana ia merupakan 'pengajar' terbaik dalam kehidupan untuk menjadi seorang individu yang baik.

Di akhir perkongsian, Esther mengingatkan tentang misi panggilan. Semua Katolik dipanggil untuk menghidupi misi untuk menjadi versi terbaik diri mereka dan memberikan yang terbaik di dalam setiap panggilan tidak kira sebagai seorang yang bekerja, seorang anak, seorang isteri atau suami dan sebagai diri mereka sendiri dan paling utama menjadi pembawa cahaya Yesus Kristus kepada semua orang.

Video 'Just one You' dan 'Memories' (versi YPL Keuskupan Sandakan) yang  telah dinyanyikan oleh beberapa para graduan YPL menjadi pengakhir bagi sesi perkongsian Esther. Inilah kebaikan untuk bertemu semula (reunion), membawa para graduan kembali melihat kenangan YPL agar mereka dapat menemui diri mereka semula.

Lagu 'Just One You' merupakan lagu yang wajib dinyanyikan setiap kali penganjuran YPL dan ini telah dilakukan sejak penganjuran YPL 2013.

Video 'YPL's Yesteryears' bagi batch 6 sehingga 9 ditayangkan dan diikuti dengan perkongsian kumpulan melalui 'breakout room'. Ramai graduan mengongsikan bahawa perkongsian Esther sangat di fahami kerana ia amat berkaitan rapat dengan kehidupan yang mereka sedang alami. Ini membuatkan mereka merasakan tidak bersendirian dalam pergolakan yang mereka alami. 

Perkongsian Esther sedikit sebanyak telah membantu para graduan untuk melihat semula diri mereka dan ekpresi ini dapat dilihat dalam sesi 'The Colour of My Memories.' Setiap graduan YPL menyatakan perasaan masing - masing dalam satu aplikasi Mentimeter dimana satu pautan khas diberikan untuk setiap graduan isi berdasarkan kepada soalan 'How do you feel about your memories today?'. Expresi mereka secara langsung keluar di permukaan skrin dengan pelbagai warna. Setiap warna melambangkan kenangan - kenangan tidak kira baik dan tidak baik yang telah membentuk keperibadian setiap individu menjadi diri mereka pada hari ini.

Setelah selesai sesi tersebut, Tim Para Liturgi mengambil ahli ruangan program dalam sesi peneguhan. Dalam sesi ini semua yang hadir di minta untuk menyalakan lilin sebagai lambang diri mereka dan cahaya Kristus. Sesi ini sangat memberi kesan kepada para graduan kerana setiap kata - kata peneguhan yang disampaikan memberikan semangat kepada mereka di dalam hidup masing - masing. Masa Tuhan sentiasa tepat dan indah. 









Di akhir sesi peneguhan, satu video 'Insan Tadau (Suatu Hari nanti)' versi YPL Keuskupan Sandakan telah ditayangkan. Video ini memperlihatkan kekuatan kasih yang di alami semasa penganjuran YPL yang terdahulu. Satu persahabatan yang di anggap satu keluarga yang menyokong, mendukung dan menerima antara sesama tanpa melihat warna kulit, bangsa dan status.

Jason Alexander Degullacion - Pengerusi Penganjuran Virtual Reunion YPL 2020
Jason Alexander Degullacion: Kordinator Pengajuran Virtual YPl Reunion

Sebelum mengakhiri reunion ini, Jason Alexander Degullacion, kordinator bagi penganjuran Virtual YPL Reunion ini menyatakan rasa terharu,gembira dan syukur kerana program berjalan dengan baik dan terjadi melintasi ekpektasinya. Dia juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada ahli tim penganjur di atas dedikasi dan komitmen dalam merealisasikan program secara maya ini. Jason juga berharap agar, pandemik ini akan berlalu agar YPL batch 10 dapat dijalankan tahun hadapan. Beliau sangat menghargai setiap yang hadir dan memohon agar semua orang akan terus 'keep in touch'.

Anna Teresa, selaku Kordinator komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan juga menyampaikan rasa gembira dan syukur. Beliau telah berjalan bersama dengan YPL sejak 2011 sehingga ke hari ini dan apabila melihat semua para graduan, Anna menyatakan bahawa generasi YPL akan datang 'will be in good hands' kerana mempunyai graduan - graduan yang akan meneruskan program dan semangat YPL ini. 

Program pada malam yang indah itu di akhiri dengan doa penutup dan pengambilan gambar. Meskipun program itu sudah berakhir, para graduan telah meneruskan sesi 'catching up' dalam aplikasi whatsapp Group bacth mereka masing - masing.

Puji Tuhan di atas peluang dan kesempatan yang telah menambahkan satu lagi memori dalam senarai kenangan YPL Keuskupan Sandakan.

Wednesday, December 2, 2020

Inspiration that leads to Charity

Sandakan - Inspired by the Franciscan Sisters of Kota Kinabalu, a parishioner together with two friends came forward to give a hand by volunteering themselves to sew the Personal Protective Equipment (PPE) clothing.



Margarette Sikuit with Elizabeth Ubing and Rosaline Phillip, parishioners of St Paul's Catholic Church, started their mission sewing the PPE clothing on the 7 November 2020 which took place in her own home. It had taken them two weeks to complete 150 PPE clothing that is ready to be used by frontliners at the Duchess of Kent's Hospital Sandakan.
The material had been provided by the hospital that was arranged earlier by the staff of the Diocesan Pastoral Centre and that of the Hospital's Logistic Pharmacy Unit personnel.

On the 27 November 2020, the completed PPE was handed over to the Hospital's Director, Dr. Francis Paul. Aside from Margarette, Elizabeth and Rosaline, also present in this event was Bishop Julius and Deacon Stephen Esguerra.
Dr. Francis expresses his gratitude to Bishop Julius and the church, especially the three Samaritans for their kindness in volunteering to sew the PPE clothing. A report from News Straits Time dated 19 November 2020, Sandakan recorded the highest Covid-19 infections throughout Sabah and was declared as Red Zone by the government. Thus, it is very crucial to have all PPEs in stock for frontliners as they are dealing with increasing numbers of Covid - 19 patients.
Bishop Julius conveyed his thankfulness to Dr. Francis and the hospital for the trust given to the church through Margarette and her companions. It is a blessing to be part of the mission of helping those in need, especially in this time of the pandemic.
Margarette and her team mates are looking forward to any assistance needed. She is assuring that they will be there to help.
A photo-taking together ended the auspicious day.

Monday, November 30, 2020

Sandakan First Virtual Rosary Prayer

by Sandakan Parish Social Communications Ministry

Sandakan:  During this challenging time, where parishioners can not gather, a rosary prayer has been done virtually, through the initiative of the Sandakan Parish Youth Apostolate in collaboration with the Marian Live Streaming Crew on the 23 November 2020 at 8.00 pm.  They are all committed to bringing the church close to the parishioners to have a strong devotion to Mother Mary, by all means, to show that the church cares.

This first virtual rosary prayer led by Justine Marcus (PYA Assistant Coordinator 2) aims to invite the parishioners to meditate on the mysteries of the Holy Rosary with the prayer intentions on issues that the world is facing due to covid - 19 pandemic and prayer for protection from this deadliest virus and for caring our nature and mankind from self-destruction.

The rosary prayer is recited in three languages English, Bahasa Malaysia and Chinese. As for the choir during the prayer was led by Cristopher Aban.

At the same time, all lights are turned off to respond the ‘Earth Hour’ campaign with the theme ‘Use Less Electricity’ that held every 23rd of the month (PROTEC Campaign held from 31 August 2020 – 31 August 2021).



Thursday, November 12, 2020

Adorasi & 'Benediction' anjuran KBP Sandakan

oleh Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan

Sandakan - Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan (KBP) buat julung kalinya telah mengadakan Adorasi dan ‘Benediction’ yang telah disiarkan secara langsung pada 9 November 2020 yang lalu.  Usaha ini bagi menyahut seruan gereja khususnya di Keuskupan Sandakan dan amnya bagi Paroki Sandakan untuk memberi peluang kepada para umat menyertai Adorasi & ‘Benediction’ secara maya yang terhenti akibat pandemik covid-19.

Adorasi dan ‘Benediction’ berdurasi sejam ini dilaksanakan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP).  Seramai 83 ‘viewers’ direkodkan sepanjang siaran langsung ini dan beberapa umat telah menghantar gambar sebagai tanda sokongan.

Berikut adalah beberapa gambar yang diperolehi daripada umat semasa Adorasi & ‘Benediction’ berlangsung. 

Saudari Susan Petrus dan Venessa William, Paroki Sandakan

Saudari Esther Ekok dan Keluarga, Paroki Sandakan

Saudara Horatio Nelson Janing

Saudari Esther John dan Keluarga, Paroki Tawau

KBP komited bahawa dengan norma baharu ini, cara penyampaian program kerohanian yang boleh dilakukan buat masa kini adalah melalui siaran langsung sepanjang tempoh kawalan pergerakkan ini.  Ia bagi memastikan semua umat mendapat suntikan rohani, memperolehi kekuatan melalui program kerohanian dan mengembalikan semula keyakinan sesetengah umat yang perlahan-lahan pudar.  Kekal di rumah, kekal selamat.
Saudara Ronald A. Premus, Paroki Sandakan

Saudari Anna Teresa Peter Amandus, Paroki Sandakan

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent