oleh Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan
Sandakan - Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan (KBP) buat julung kalinya telah mengadakan Adorasi dan ‘Benediction’ yang telah disiarkan secara langsung pada 9 November 2020 yang lalu. Usaha ini bagi menyahut seruan gereja khususnya di Keuskupan Sandakan dan amnya bagi Paroki Sandakan untuk memberi peluang kepada para umat menyertai Adorasi & ‘Benediction’ secara maya yang terhenti akibat pandemik covid-19.
Adorasi dan ‘Benediction’ berdurasi
sejam ini dilaksanakan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP). Seramai 83 ‘viewers’
direkodkan sepanjang siaran langsung ini dan beberapa umat telah menghantar
gambar sebagai tanda sokongan.
Berikut adalah beberapa gambar yang diperolehi daripada umat semasa Adorasi & ‘Benediction’ berlangsung.
Saudari Susan Petrus dan Venessa William, Paroki Sandakan |
Saudari Esther Ekok dan Keluarga, Paroki Sandakan |
Saudara Horatio Nelson Janing |
KBP komited bahawa dengan norma baharu ini, cara penyampaian program kerohanian yang boleh dilakukan buat masa kini adalah melalui siaran langsung sepanjang tempoh kawalan pergerakkan ini. Ia bagi memastikan semua umat mendapat suntikan rohani, memperolehi kekuatan melalui program kerohanian dan mengembalikan semula keyakinan sesetengah umat yang perlahan-lahan pudar. Kekal di rumah, kekal selamat.
No comments:
Post a Comment