Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 14, 2012

Pesta Kaamatan Peringkat Paroki Katedral St Mary Ke-8 (Hari Pertama)

Oleh FRANCO AMIGO
Gambar oleh Milton Moses Yong dan Raymond Lee

Sandakan – Dengan Tema “Iman Mewujudkan Solidariti Komuniti”  atau dalam bahasa Dusun-nya “Kotumbayaan Popogirot Pisompuruan”  sambutan Pesta Kaamatan peringkat Paroki yang ke-8 telah diadakan pada 5hb dan 6hb Mei 2012 di Gereja St. Mark, batu 12, Sandakan selaku tuan rumah pada tahun ini.

Melalui perayaan ini dan bersesuian dengan tema pada tahun ini, umat-umat bukan sekadar berpesta, tetapi juga dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat dan mesra sebagai satu komuniti yang beriman dengan menanam sifat tolak ansur dan rendah hati dan juga disatukan dalam satu keluarga besar. Proses ini memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat berkomuniti tanpa mengira bangsa, keturunan dan pangkat untuk terus menikmati kesatuan iman yang teguh sebagai pengikut penyelamat kita, Yesus Kristus dan diselaraskan dengan kebudayaan kita melalui perayaan Pesta Kaamatan.
Fr Thomas melakukan sumpitan sebagai tanda pembukaan bagi pelbagai acara sukaneka.
Lazimnya seperti tahun-tahun sudah, perayaan berlangsung selama 2 hari. Pada hari pertama, pelbagai acara sukaneka dan acara padang yang menarik dan meriah telah diaturkan. Acara permulaan adalah acara Sukaneka tradisi yang telah dirasmikan oleh Rektor Paroki St. Mary Rev.Fr. Thomas Makajil seawal jam 8.00 pagi dengan menyumpit (monopok) beberapa biji belon. 
Hendrikus, Wakil dari Gereja OLOF, Beluran.
Rosmawati, satu-satunya belia perempuan yang menyertai acara melastik.
Dia berjaya mendapat tempat ke-3 untuk Pasukan Katedral St Mary. 
Acara Selipar Gergasi. Juara untuk kategori lelaki ialah dari Pasukan Gereja St Mark.
Acara boling kelapa kategori perempuan.
Juara adalah Pasukan dari Gereja St Mark.
Acara lontar peluru. Gelaran juara dipegang oleh Hildi Poili dari Pasukan Katedral St Mary.
Acara-acara sukaneka yang dipertandingkan  adalah; selipar gergasi berkumpulan, isi air dalam botol, bawa telur atas sudu, melastik, boling kelapa, monopok, lontar peluru, menirih padi, lari atas tempurung, tiup belon, mengupas buah pinang, mengupas kulit kelapa tua, memanjat tiang licin dan tarik tali. Semua acara telah disertai dan diwakili oleh lapisan kategori kanak-kanak, dewasa, lelaki dan wanita dari empat perwakilan Gereja iaitu, St. Mark, Bt.12, Katedral St. Mary, Sandakan, St. Paul, Ulu Dusun dan Our Lady of Fatima, Beluran yang berakhir lebih kurang jam 4.00 petang. Acara tarik tali (akhir/Final) merupakan acara kemuncak sukaneka. Juara keseluruhan bagi tahun ini ialah Gereja St Mark manakala naib juara jatuh kepada Katedral St Mary. Tempat ketiga dan keempat masing-masing diduduki oleh Gereja St Paul, Ulu Dusun dan Gereja Our Lady of Fatima.  
Pasukan dari Katedral St Mary menduduki tempat ke-3 bagi kategori perempuan. 
Pasukan dari Gereja St Mark ini telah mendapat tempat ke-2
bagi acara tarik tali kategori perempuan.
Pasukan St Mark sedang berhempus pulas bagi acara tarik tali kategori lelaki.
Pasukan dari Katedral St Mary telah berjaya menjadi juara bagi acara ini.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent